Media Release

PLUS BRINGS RAYA JOY TO 1,170 HIGHWAY FENCE LINE FAMILIES THIS AIDIL ADHA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) annual korban activity this year brought joys as it touched the hearts of 1,170 families. In the spirit of Rakan Negara (Friend of the Nation), PLUS has always looked out for ways to support and assist the communities along its 1,130km highway fence line especially during the festivities. The intention is purely to bring happiness and blessing, more so during this pandemic.

 “This year, aligned to approved COVID-19 SOP, PLUS contributed 10 cows to our fence line community across the North-South Expressway and LPT2 highways. It is a small gesture, to be able to bring happiness and blessing to the families living along our fence line during this meaningful celebration. We know, many of us must sacrifice and forego necessities which were once available before the pandemic. As an organization, we have an obligation to help those within our jurisdiction during these trying times,” explains Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

PLUS proactively involves its fence line community, especially amongst the B40 category in activities that are aimed at improving their quality of life, ranging from financial assistance, educational and entrepreneurial programs within the community.

PLUS BAWA KECERIAAN AIDIL ADHA KEPADA 1,170 KELUARGA DI SEPANJANG JAJARAN LEBUH RAYANYA

 Aktiviti ibadah korban tahunan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kali ini menyentuh sanubari serta membawa kegembiraan kepada 1,170 keluarga. Mendukung semangat Rakan Negara, PLUS sentiasa mencari inisiatif untuk terus membantu komuniti di sepanjang 1,130km rangkaian lebuh rayanya terutama sekali di musim perayaan. Harapan syarikat adalah luhur demi mencari keberkatan dengan menceriakan masyarakat yang terkesan akibat pandemik saat ini.

“Tahun ini, sejajar dengan SOP COVID-19 yang diluluskan, PLUS telah menyumbang sebanyak 10 ekor lembu untuk diagihkan kepada komuniti sepanjang Lebuhraya UtaraSelatan serta Lebuhraya LPT2. Semoga sumbangan kecil ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada seluruh keluarga penerima ketika meraikan perayaan yang bermakna ini. Kami memahami, ramai daripada kita harus berkorban dan melepaskan keperluan asas yang pernah dinikmati sebelum pandemik. Sebagai sebuah organisasi, kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka di dalam jajaran lebuh raya ketika tempoh yang sukar ini,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

PLUS dalam perancangannya sentiasa melibatkan komuniti sepanjang jajaran lebuhraya kendaliannya terutamanya golongan B40 dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, melalui sokongan kewangan, serta program-program pendidikan dan keusahawanan di dalam komuniti.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles