As part of its continued efforts to enhance customer experience, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be carrying out pavement maintenance works which will effect partial road access to its parking areas of the Seremban R&R (Northbound) at KM272.2 on the North-South Expressway from 12.01am, July 31st (Saturday) until 2.00pm on August 3rd 2021 (Tuesday).
To facilitate the maintenance works, an alternative access route and heavy vehicle parking areas has been established to ensure, highway travelers can continue to utilize the public facilities as their comfort remains the company’s priority throughout the period.
PLUS also advises highway customers to visit the Senawang Layby (Northbound) at KM248 or the Nilai (Northbound) Lay-by at KM287.2 to enjoy a more comfortable alternative stop along their journey.
PLUS would like to thank all highway customers for their cooperation to ensure a smooth journey during the period. In the spirit of #KitaJagaKita, your collaboration ensures a more comfortable journey for all.
PENUTUPAN JALAN SUSUR MASUK KE KAWASAN R&R SEREMBAN (ARAH UTARA) DI KM272.2
~Kerja-Kerja Penyelengaraan Jalan Tingkatkan Keselesaan Pelanggan Lebuh Raya ~
Sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan yang lebih selesa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang melibatkan penutupan sebahagian jalan susur dan ruang meletak kenderaan di R&R Seremban (Arah Utara) di KM272.2 di Lebuhraya Utara-Selatan mulai jam 12:01 pagi, 31 Julai (Sabtu) sehingga jam 2:00 petang 3 Ogos 2021 (Selasa) ini.
Sehubungan itu, bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut, laluan dan ruang meletak kenderaan alternatif untuk kenderaan berat dibuka bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menggunakan kemudahan awam di R&R tersebut supaya keselesaan mereka tetap menjadi keutamaan sepanjang tempoh tersebut.
Dalam masa yang sama, PLUS juga menasihatkan para pelanggan lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian sebelah Senawang (Arah Utara) di KM248 atau Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara) di KM287.2 sekiranya perlu mendapatkan kemudahan rehat alternatif yang lebih selesa sepanjang perjalanan mereka.
PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.