PLUS’ HUTAN KAMPUNG – SUNGAI DUA GOES LIVE WITH RFID ANPR TOLL PAYMENT FOR SEAMLESS, CONTACTLESS AND CASHLESS JOURNEYS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is pleased to announce that from this Sunday 31st October 2021, the Radio Frequency Identification (RFID) toll payment system along its Hutan Kampung-Sg Dua stretch will go live to enable more highway customers to enjoy seamless, contactless, and cashless journeys. This also signifies the end of its public pilot from July 2020.

 

 The RFID with an Automated Number Plate Recognition (ANPR) toll payment system at PLUS has been enhanced to safely and seamlessly enable customers to pass through the lane without interruptions at a higher recommended lane pass-through speed (30 km/h) versus SmartTAG (20 km/h). In addition, the RFID system at PLUS integrated with an ANPR system and a Toll Validation Center (TVC) which will enhance toll payments processing as the first step to a barrier-less, multi-lane free flow (MLFF) highway experience in the future. Promoting a hassle-free cashless and contactless payment experience in line with the next normal, the RFID system will also make it easier for customers to reload and maintain sufficient balance through secure online reloading and auto-reloading via the Touch ‘n Go (TNG) e-Wallet. 

 

“A first for the Malaysian highway industry, unique to the RFID experience at PLUS is the integrated ANPR and TVC system powered by Artificial Intelligence (AI) & machine learnings which features high-resolution cameras at both entry and exit lanes enabling all RFID customers to always pass through the toll lane seamlessly. At PLUS, the integrated ANPR and TVC system will be able to detect, analyze and resolve most common RFID customer issues automatically in the background without interrupting the customer’s journey experience at the lane,” noted Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS. 

 

Datuk Azman also projected RFID usage at PLUS’ Hutan Kampung – Sungai Dua stretch, currently the highest among all closed toll highways in Malaysia will increase up to 30% in the upcoming months following the lifting of inter-state travel restrictions by the Government. “We are collaborating with the states of Kedah and Penang to bring RFID to our local customers to gain a superior experience using RFID lanes,” he added.

 

Working in close collaboration with the Ministry of Works (KKR), the Malaysian Highway Authority (LLM) and Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), PLUS is also looking to expand access to RFID toll payments at all its highways from Juru to Skudai in early 2022.

 

PLUS invites all highways customers in Kedah and Penang to switch to RFID for a seamless highway experience at PLUS. The TNG RFID can be purchased for only RM35, less than half the price of a new SmartTAG device with the added convenience of no batteries required. Locations of the nearest authorized RFID fitment centers, as well as detailed RFID self-fitment step-by-step guide are available on both the TNG and TNG Digital websites, or via the PLUS mobile app which can be downloaded from Google Play Store or Apple App Store. To learn more about RFID and how it can help you enjoy seamless highway journeys, please visit www.plus.com.my. 

 

PLUS AKTIFKAN RFID DENGAN SISTEM ANPR SEPANJANG HUTAN KAMPUNG – SUNGAI DUA, JAMIN KELANCARAN PERJALANAN TANPA SENTUH DAN TANPA TUNAI

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mulai Ahad ini 31 Oktober 2021, sistem pembayaran tol Radio Frequency Identification (RFID) di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sg Dua akan diaktifkan secara langsung bagi membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar, tanpa sentuh dan tanpa tunai, sekaligus menamatkan tempoh ujian awamnya yang dijalankan sejak Julai 2020.

Sistem pembayaran tol RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) di PLUS telah dipertingkatkan demi keselamatan dan kelancaran perjalanan yang membolehkan pelanggan melalui lorong tersebut  pada kadar kelajuan 30 km/j berbanding 20 km/j di lorong SmartTAG. Di samping itu, sistem RFID di PLUS dengan ANPR dan Pusat Validasi Tol (TVC) akan meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang. Sebagai langkah menggalakkan pengalaman pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh sejajar dengan norma baharu, sistem RFID juga akan memudahkan pelanggan untuk menambah nilai dan mengekalkan baki yang mencukupi melalui tambah nilai atas talian yang lebih selamat dan tambah nilai automatik melalui Touch 'n Go e-Wallet.

 “Sistem pertama seumpamanya bagi industri lebuh raya Malaysia, keunikan pengalaman RFID di PLUS terletak pada gabungan sistem ANPR dan TVC yang diperkukuhkan dengan kemampuan Artificial Intelligence dan Machine Learning yang menggunakan kamera beresolusi tinggi di kedua-dua lorong masuk dan keluar, sekaligus membolehkan semua pelanggan RFID sentiasa melalui lorong tol dengan lancar. Sistem ANPR dan TVC bersepadu ini akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID secara automatik tanpa mengganggu pengalaman perjalanan pelanggan di lorong tersebut,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS). 

Datuk Azman juga mengunjurkan penggunaan RFID di laluan PLUS' Hutan Kampung – Sungai Dua, yang kini merupakan yang tertinggi di semua lebuh raya sistem tol tertutup di Malaysia akan meningkat sehingga 30% dalam masa terdekat berikutan kebenaran merentas negeri oleh Kerajaan. “Kami bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang untuk membawa RFID kepada pelanggan tempatan kami untuk menikmati pengalaman yang lancar menggunakan lorong RFID,” tambah beliau lagi.

Melalui kerjasama erat bersama  Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), PLUS juga sedang berusaha untuk memperluaskan akses kepada pembayaran tol RFID di sepanjang lebuh rayanya dari Juru ke Skudai mulai awal 2022.

PLUS menjemput semua pelanggan lebuh raya di Kedah dan Pulau Pinang untuk beralih kepada RFID bagi mengalami pengalaman lebuh raya yang lebih lancar. Tag TNG RFID boleh dibeli dengan hanya RM35,  jauh lebih murah daripada harga peranti SmartTAG baharu dengan tanpa penggunaan bateri. Lokasi pusat pemasangan RFID yang sah, serta panduan langkah demi langkah RFID boleh didapati di kedua-dua laman web TNG dan TNG Digital, atau melalui aplikasi mudah alih PLUS yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RFID dan bagaimana ia boleh membantu anda menikmati perjalanan lebuh raya yang lancar, sila layari www.plus.com.my.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles