PLUS SARAN ORANG RAMAI MASUK LEBUHRAYA SEBELUM 9 PAGI PADA 4 HINGGA 6 FEBRUARI 2022

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pelanggan dari utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang pada 4 hingga 6 Februari ini supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan mula memasuki lebuhraya sebelum jam 9 pagi bagi mereka yang bertolak jauh dari ibu negara.

Jumlah trafik yang meningkat dicatatkan pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (2 Februari) apabila Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri. Lonjakan trafik dijangka akan berulang pada hari Sabtu 5 Februari dan Ahad 6 Februari berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan bersempena dengan cuti sekolah akan memulakan perjalanan mereka untuk kembali ke Lembah Klang.

"Kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA yang telah dikeluarkan," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

PLUS telah membuat persediaan rapi untuk memastikan pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan pulang yang selesa. Antaranya ialah menyediakan pasukan PLUSRonda tambahan untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah kerosakan kenderaan di lebuhraya. PLUS juga  bekerjasama dengan Polis Trafik (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang lebuh raya, menempatkan pasukan RELA untuk pengurusan trafik di plaza tol dan kawasan rehat serta menyediakan maklumat trafik melalui pelbagai saluran komunikasi PLUS.

"Pastikan baki kad Touch 'n Go atau Touch 'n Go e-Wallet (untuk transaksi RFID) anda mencukupi untuk menikmati perjalanan yang selesa di plaza tol dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan Covid-19 di R&R serta hentian sebelah. Gunakan aplikasi seperti Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya," tambah Datuk Zakaria.

Dapatkan maklumat dan keadaan trafik terkini melalui platfom media sosial PLUS seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, Youtube dan laman web www.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS untuk membantu anda merancang perjalanan.

 

PLUS ENCOURAGES HIGHWAY CUSTOMERS TO ENTER HIGHWAY BEFORE 9AM FROM 4TH TO 6TH FEBRUARY ONWARDS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) "Pulang Ke Bandar" or return to Klang Valley Travel Time Advisory (TTA) advises all customers from north and south to enter the highway before 9:00 am for travels between 4th to 6th February 2022.

An increasing traffic trend was recorded on the second day of CNY (February 2nd) when the North-South Expressway saw a surge in traffic from all states. A similar traffic pattern is expected to be repeated this Saturday 5th February and Sunday 6th February as those taking extended off days and school holiday begin their journey back to the Klang Valley.

“We urge the public to plan their safe journey home by following the TTA," said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

PLUS has made preparations to ensure highway customers enjoy a comfortable return journey to the city. Among these are the deployment of additional PLUSRonda teams to assist those who may encounter problems with their vehicles. Through the collaboration with the Traffic Police (PDRM) and Road Transport Department (JPJ) for enforcement along the highway, arranging RELA teams to facilitate traffic management at toll plazas and rest areas as well as providing traffic information updates through various PLUS communication channels, these initiatives are aimed to provide assistance in case of eventualities.

“Make sure that your Touch 'n Go card or Touch 'n Go e-Wallet (for RFID transactions) balance is sufficient to enjoy an interrupted journey at the toll plazas and always adhere to the Covid-19 prevention SOPs at the R&Rs as well as lay-bys. Do use travel apps such as Waze or Google Map to pre-emptively plan your route to avoid traffic congestion along the highway," added Datuk Zakaria.

Access to the latest highway news, traffic situation across the multiple PLUS Malaysia social media platforms such as Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube and website www.plus.com.my as well as via the PLUS App, which will help in one’s journey planning.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles