Media Release

TEMPOH PENGECUALIAN BAYARAN TOL DI PLAZA TOL SEMPADAN NEGARA DI JOHOR TAMAT ESOK, PLUS NASIHAT PELANGGAN LEBUHRAYA PASTIKAN BAKI KAD TOUCH ‘N GO MENCUKUPI

  • Kutipan tol akan disambung di Plaza Tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) & Tanjung Kupang (Linkedua) bermula 8 April 2022

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengingatkan bahawa tempoh pengecualian bayaran tol bagi pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan merentasi sempadan negara melalui plaza-plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (LInkedua) akan berakhir esok, 7 April 2022. Sehubungan dengan itu, bermula 8 April 2022 (Jumaat), semua operasi kutipan tol akan berjalan seperti biasa.

Oleh itu, pelanggan lebuhraya PLUS dinasihatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go serta e-Wallet Touch ‘n Go mereka aktif dan mempunyai baki yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan yang lancar dan tidak terganggu apabila operasi kutipan tol tersebut bersambung. Manakala, pelanggan lebuhraya yang menggunakan RFID untuk sistem VEP turut boleh mula menggunakan sistem tersebut di lorong RFID di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang. Untuk maklumat lanjut tentang tag RFID bayaran VEP, sila layari www.vep.jpj.gov.my.

Bagi pemandu Singapura yang bercadang menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka di Johor, mereka boleh berbuat demikian di 8 pusat tambah nilai di lebuhraya Linkedua. Selain itu, terdapat banyak pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di lokasi-lokasi sekitar Tambak Johor. Secara amnya, stesen minyak dan kedai serbaneka 24-jam turut menyediakan perkhidmatan menambah nilai kad Touch ‘n Go. Sebagai tambahan, urusan tambah nilai turut boleh dilakukan di kiosk layan diri di plaza tol dan kawasan rehat yang terpilih.

Pelanggan lebuhraya juga boleh merancang perjalanan mereka apabila memuat turun Aplikasi PLUS yang boleh menghubungkan pelanggan terus ke talian PLUSLine 1800 88 0000 sekiranya berlaku kecemasan. Selain daripada itu, terdapat lebih daripada 120 orang anggota PLUSRonda di jajaran lebuhraya di Negeri Johor. Anggota PLUSRonda sentiasa bersedia memberikan bantuan dan pertolongan di lebuhraya apabila diperlukan, 24-jam setiap hari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. PLUSRonda sentiasa bersedia untuk menjaga pelanggan lebuhraya dengan baik sepanjang perjalanan mereka.

Ketika dalam perjalanan, pengguna juga boleh menghubungi PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau ke laman web PLUS di www.plus.com.my dan berinteraksi dengan PUTRI, chatbot pertama lebuhraya ataupun menerusi saluran media sosial PLUS. PLUS amat menghargai semua maklumbalas yang diberikan oleh pelanggan dan komited untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul. Pada masa yang sama, PLUS turut memberi fokus kepada kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan.

Semua 29 buah R&R dan 50 buah hentian sebelah di lebuhraya PLUS disanitasi dan dibersihkan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatannya. Secara amnya, terdapat banyak gerai makan & minum serta gerai serbaneka disediakan di lebuhraya PLUS sepanjang 1,130 kilometer.

Adalah menjadi harapan kami untuk mengalu-alukan kepulangan anda ke pangkuan keluarga dengan selamat dan selesa.

TOLL WAIVER at BORDER TOLL PLAZAS IN JOHOR ENDS TOMORROW, PLUS REMINDS HIGHWAY CUSTOMERS TO ensure sufficient balance in THEIR TOUCH ‘N GO CARD for a smooth journey

  • Normal toll collection to resume at Bangunan Sultan Iskandar (Johor Bahru Causeway) & Tanjung Kupang (Linkedua) toll plazas from 8 April 2022

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to remind highway customers going across the Johor Bahru Causeway that the toll waiver at border toll plazas at Bangunan Sultan Iskandar (Johor Bahru Causeway) and Tanjung Kupang (Linkedua) which began on 1st April will end on 7th April. Normal operations via toll collection will resume from 8th April (Friday).

PLUS highway customers are advised to always ensure that their Touch ‘n Go e-wallet and card are active with sufficient balance to enjoy smoother and uninterrupted journey once toll collection resumes. Highway customers with VEP RFID tags are also able to use the RFID lane at Bangunan Sultan Iskandar and Tanjung Kupang. For further information on VEP RFID tags, please visit www.vep.jpj.gov.my.

For Singaporean drivers planning to top-up their Touch ‘n Go card in Johor, there are 8 Touch ‘n Go card reload points around Linkedua highway. Similarly, there are also multiple Touch ‘n Go card reload points around the vicinity of the Johor Bahru Causeway. Generally, petrol stations and 24-hour convenience stores also offer Touch ‘n Go card reload services. Top-ups are also available at Self Service Kiosks provided at selected toll plazas and rest areas.

The PLUS Mobile App is available to assist travel planning and provides immediate connection to the PLUSLine 1800 88 0000 for any emergencies. Rest assured there are more than 120 PLUSRonda personnel across the Johor highway stretch. They provide safety and emergency assistance to PLUS highway customers on-site when they need them the most. PLUSRonda are on call 24 hours-a-day, 7-days-a-week and 365-days-a-year, ready to respond to aid highway customers every step of the way towards a smooth and safe journey to their destination.

During your travels, please do contact us via the 24-hour toll-free PLUSLine at 1800 88 0000 or the PLUS website, www.plus.com.my for any assistance and chat with our first-ever highway chatbot, PUTRI or any of our SocMed channels. PLUS values the continuous  engagement with our customers and is firmly committed to addressing any issues while maintaining our quality and standards of service.

Highway customers have our assurance that all our 29 R&Rs and 50 Lay-bys are fully sanitised and cleansed to ensure the highest level of hygiene and safety is adhered to. In total, there are plenty of F&B outlets and convenience stores throughout the 1,130 PLUS-operated highways in Malaysia.

It is our wish to welcome you back safely and comfortably as you drive home to reconnect with your loved ones.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles