Media Release

KAWASAN REHAT PLUS DIBUKA 24-JAM SETIAP HARI SEPANJANG MUSIM PERAYAAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih daripada 2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuhrayanya pada setiap Hari Puncak di antara 29 April hingga 9 Mei yang akan datang bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Justeru, semua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta Hentian Sebelahnya kini telah bersedia untuk menerima lonjakan trafik ini.

 “Selama 2 tahun, ramai di antara kita tidak berpeluang untuk merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga di kampung. Apabila kita memasuki Fasa Peralihan Endemik, rakan-rakan niaga kami di semua R&R dan Hentian Sebelah kini berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka seperti sediakala dan menyajikan pelbagai hidangan lazat untuk dinikmati oleh semua pelanggan lebuhraya ketika mereka pulang ke kampung masing-masing,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Sepanjang musim perayaan ini, semua R&R dan Hentian Sebelah akan dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan lebuhraya. Di kawasan-kawasan rehat ini, PLUS menyediakan ratusan gerai makanan dan minuman, surau serta tandas awam yang disediakan sepanjang masa, demi keselesaan pelanggan.

“Oleh itu, kami mengingatkan semua pelanggan lebuhraya yang singgah di kawasan rehat supaya mematuhi SOP Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan,” kata Datuk Zakaria.

Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat ini, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan RELA.

Selain daripada itu, PLUS akan turut menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan-kawasan rehat ini.

“Walau bagaimanapun, sekiranya kawasan rehat tersebut didapati terlalu padat dan sesak sehingga memberi kesan kepada kelancaran perjalanan trafik di lebuhraya, ia mungkin terpaksa ditutup sementara dan akan dibuka semula secepat mungkin setelah keadaan kembali terkawal dan perjalanan trafik bergerak kembali stabil. Ketika langkah ini diambil, pelanggan lebuhraya dinasihatkan supaya terus ke kawasan rehat yang berikutnya atau berhenti di plaza tol berhampiran di mana tandas awam dan surau turut disediakan,” tambah Datuk Zakaria.

Menurutnya, terdapat 109 buah stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuhraya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan menggunakan tandas serta surau selain daripada mengisi minyak.

Bagi meraikan perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar, PLUS turut menawarkan kopi percuma kepada pelanggan yang singgah di kawasan rehat yang terpilih sebelum menyambung semula perjalanan mereka dalam keadaan yang lebih segar.

 

PLUS REST AREAS AND LAY-BYS TO OPERATE 24/7 THROUGHOUT RAYA PERIOD

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) expects more than 2 million vehicles on its highway network on each Peak Day between April 29th and May 9th in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebration. With this in mind, PLUS Rest and Service Areas (R&R) and lay-bys are well prepared to welcome back all highway customers.

 “Two years have passed since most families across the country have been able to see each other for Raya, and as we move into the endemic phase, our business partners at all R&Rs and lay-bys can conduct their businesses as usual to provide the delicious fare for everyone to enjoy, making their journey delightful Balik Kampung experience,” said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

All R&Rs and lay-bys will be operating 24-hours a day throughout the Raya period for the comfort and convenience of highway customers. With hundreds of food and beverage outlets and kiosks, suraus, and public restrooms made available 24 hours, highway customers can be rest assured that PLUS has their best interest and comfort at heart.

“As such, we remind all highway customers planning to stop at these rest areas to adhere to the latest Covid-19 SOPs issued by the Ministry of Health,” said Datuk Zakaria.

The ever-reliable RELA personnel will be on site to manage traffic flow within the rest areas.

In anticipation of a higher increase of volume of highway customers patronage, additional mobile toilets and water tankers are made readily available at R&Rs and lay-bys to accommodate the influx of visitors.

“In the event of over-crowding that disrupts traffic flow along the highway mainline, some of these rest areas will be temporarily closed to manage the congestion and will be immediately re-opened once the crowd had dispersed and traffic flow resumes back to normal. In such an occasion, highway customers are advised to proceed to the next nearest rest stop. Most importantly to highlight that alternatively, public restrooms and suraus are also available at the toll plazas and highway exit points,” Datuk Zakaria assured.

Additionally, there are 109 petrol service stations along PLUS highways for refuelling and for families to grab a quick snack, pray at the designated surau and toilet breaks.

 

 

 

To celebrate the Balik Kampung and Pulang Ke Bandar exodus, free coffee is available at selected rest areas to refresh the weary traveller.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles