PLUS NASIHAT PELANGGAN LEBUHRAYA UNTUK SEMAK STATUS KAD TOUCH ‘N GO SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk menyemak status kad Touch ‘n Go mereka di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login sebelum perjalanan pulang ke kampung pada musim perayaan ini. Pelanggan lebuh raya tidak dapat melepasi plaza tol jika mempunyai status kad yang tidak aktif atau tamat tempoh di mana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas di plaza tol yang terlibat.

“Kami menasihatkan pelanggan kami yang mempunyai kad Touch ‘n Go yang tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad yang baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah Touch ‘n Go di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Memandangkan pelanggan lebuh raya mungkin tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad Touch 'n Go tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.

Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan MyKad mereka yang turut dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go dan boleh ditambah nilai untuk kegunaan di lebuh raya. Begitu juga ahli kad kesetiaan Watsons di mana mereka mempunyai kad yang juga dilengkapi dengan cip Touch ‘n G, yang boleh digunakan di plaza tol ketika pulang ke kampung.

Bagi kemudahan untuk menambah nilai Touch 'n Go, PLUS telah menyediakan pusat tambah nilai di R&R terpilih, mesin ATM dan kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS, serta kemudahan lain, termasuk 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza tol terpilih. Sebagai tambahan, terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuhraya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   atau layari www.touchngo.com.my.

PLUS ADVISES HIGHWAY CUSTOMERS TO CHECK THE STATUS OF THEIR TOUCH ‘N GO CARDS PRIOR TO BALIK KAMPUNG 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) advises all  its highway customers to check the validity of their Touch ‘n Go cards at http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login prior to their Balik Kampung travel this festive season. Dormant or expired cards if used at the toll plaza will be declined by the system and they may not be able to pass through the toll plaza, which will result in traffic congestion.

“We advise our customers with dormant or expired  Touch ‘n Go cards to obtain a replacement from Touch ‘n Go authorised retailers and sales agents across the country,” said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

As highway customers may not have had the opportunity to travel during the 2020 Movement Control Order (PKP), their Touch 'n Go cards will be inactive as no toll transactions are made within 12 months in a row.

Alternatively, MyKad with embedded Touch ‘n Go chips can be topped up for use at the highways. Similarly, Watsons loyalty card members have cards that are also embedded with Touch ‘n Go chip, which is usable at the toll plazas when travelling back home to their kampongs.

For the ease and convenience of top-ups, there are over 11,000 available Touch ‘n Go reload centres provided at selected R&Rs, ATM machines, and convenience stores along PLUS highways, as well as other facilities, which includes 67 Self Service Kiosks (SSK) at selected toll plazas. There are also 22 Touch ‘n Go counters at selected petrol stations along PLUS highways which allows top up without additional charges. For further information regarding Touch ‘n Go top up facilities, contact the Touch ‘n Go Careline at This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. or visit www.touchngo.com.my.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles