PENGAKTIFAN LENCONGAN JALAN SUSUR KELUAR SEMENTARA DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT JURU (ARAH SELATAN) BAGI KERJA NAIK TARAF SISTEM PERPARITAN

 Dari masa ke masa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya di sepanjang rangkaian lebuh raya kendaliannya. Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah dengan menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan dengan lebuh raya kami beroperasi.

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf tersebut dijalankan secara berperingkat, PLUS akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur keluar ke arah Juru-Bukit Mertajam di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Selatan) untuk semua kenderaan mulai jam 12:00 malam, 21 Jun (Selasa) sehingga jam 11:00 malam, 29 Julai 2022 (Jumaat) akan datang (sila rujuk rajah yang disertakan).

Justeru, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS. Mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papantanda trafik ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja menaiktaraf dijalankan bagi menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua.

ACTIVATION OF TEMPORARY ROAD EXIT DIVERSION AT JURU INTERCHANGE (SOUTHBOUND) FOR DRAINAGE SYSTEM UPGRADING WORK 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) undertakes various initiatives to improve safety and comfort of the surrounding communities where it operates. One of the initiatives identified consists of upgrading the capacity of the existing drainage systems that are part of a Flood Mitigation Plan near Juru.

As such, to enable the upgrading works to be carried out in stages, PLUS will activate a traffic diversion from the exit ramp towards Juru-Bukit Mertajam at Juru Interchange (Southbound) for all vehicles from 12:00 am, June 21, (Tuesday) until 11:00 pm, July 29, 2022 (Friday) (please refer to the attached diagram).  

Therefore, those who are plying this stretch throughout the period are advised to plan their journeys and get the latest traffic information via the PLUS App. They are also advised to drive safely, adhere to speed limits and traffic signs, when passing through the area. 

PLUS would like to thank all highway customers for their cooperation throughout the upgrading period.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles