PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Volvo Trucks Malaysia (Volvo) bekerjasama dalam memacu keselamatan dan mewujudkan penyelesaian lestari bagi industri kenderaan berat di Malaysia. Pengarah Urusan PLUS dan Volvo Trucks Malaysia memeterai kolaborasi tersebut melalui majlis menandatangani perjanjian di Persada PLUS baru-baru ini.
Kerjasama julung kali di antara kedua-dua organisasi ini termasuklah bertukar-tukar kepakaran dan teknologi dalam industri serta sumber ke arah mencapai sistem yang lebih selamat untuk pengguna kenderaan berat.
Kerjasama ini juga akan memberi laluan kepada PLUS untuk merancang dan memudahkan pembangunan stesen pengecasan kenderaan elektrik untuk kenderaan komersial di lebuh raya kendalian PLUS. Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “PLUS kini sedang menyediakan pembangunan infrastruktur pengecasan yang diperlukan untuk menyokong kenderaan penumpang elektrik di lebuh raya kami. Ini merangkumi persediaan untuk trak elektrik dan kenderaan komersial pada masa akan datang.
Menerusi kolaborasi ini, Volvo Trucks Malaysia juga akan memperkenalkan pengangkutan Elektromobiliti pertama di Malaysia selaras dengan usaha global mereka dalam menyokong agenda pelepasan karbon yang lebih rendah.
PLUS komited untuk terus meningkatkan aspek keselamatan di sepanjang lebuh raya melalui pendekatan 3E yang merangkumi aspek Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya kami. PLUS dan Volvo turut akan bekerjasama dalam membangunkan program keselamatan kenderaan berat, dengan tujuan untuk melengkapkan pemandu dengan pengetahuan keselamatan dan pengendalian kenderaan berat yang lebih baik. Program keselamatan ini akan diperluaskan kepada ahli PLUSTrack untuk meningkatkan lagi keselamatan mereka ketika memandu di lebuh raya PLUS.
“PLUSTrack adalah program yang dibangunkan oleh PLUS untuk pelanggan kenderaan komersial dan berat di lebuh raya kami. Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pengalaman pelanggan kenderaan komersial kami sambil menambah nilai melalui ganjaran kesetiaan, keistimewaan dan perkongsian pendidikan oleh rakan kongsi kami,” tambah Datuk Azman.
Menurut Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’ Connell, “Industri pengangkutan telah berkembang pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Inovasi teknologi telah menggerakkan kami ke arah meningkatkan kecekapan dan standard keselamatan yang lebih tinggi dan Volvo Trucks berada di barisan hadapan dalam memacu kemungkinan ini. Potensi yang ditawarkan oleh automasi, elektromobiliti dan kesalinghubungan melalui pendigitalan sistem pengangkutan, adalah sangat besar.”
“Dengan pemilikan awal kepada akses pangkalan data industri fleet dalam peruntukan pengoperasian dan senario dunia sebenar, kami muncul sebagai peneraju utama dalam memacu penerimaan dan meningkatkan manfaat industri fleet dan kesannya kepada perniagaan secara menyeluruh,” tambahnya.
“Kelestarian telah menjadi kekuatan yang sangat kuat yang merupakan perdebatan berterusan dalam ruang mobiliti. Kami ingin menjelaskan bahawa Volvo Trucks bertekad untuk memacu industri kami ke arah masa depan yang lestari,” katanya lagi.
“Kami terus menjadi penyedia penyelesaian pengangkutan global yang terkemuka, dan kami akan bekerjasama dengan PLUS sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia untuk memacu perubahan. Peranan kedua-dua pihak ini boleh menjadi skala sebagai teras ekosistem untuk masa depan mobiliti untuk Malaysia adalah penting dan kami teruja dengan apa yang akan kami cipta ke arah masa akan datang,” jelas Anthony O’ Connell.
Menerusi satu inisiatif global Kumpulan Volvo iaitu Program Iron Women, kerjasama strategik ini akan membolehkan Volvo meningkatkan status sosio-ekonomi pemandu trak profesional di Malaysia dan mendorong perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam pemilikan sumber dan penglibatan peranan semua jantina (gender inclusivity) bagi menangani kekurangan pemandu mahir dan terlatih dalam industri. PLUS juga akan berkongsi program ini dengan ahli PLUSTrack sebagai sebahagian daripada sasaran Volvo kepada pelanggan kenderaan berat.
“Kami teruja untuk berada di barisan hadapan yang melakukan perubahan. Kami benar-benar berharap kerjasama dengan VOLVO Trucks Malaysia ini akan menjadi langkah positif ke arah meningkatkan keselamatan pelanggan lebuh raya dan untuk memacu elektromobiliti dalam industri kenderaan komersial,” kata Datuk Azman.
PLUS MALAYSIA BERHAD AND VOLVO TRUCKS MALAYSIA COLLABORATE IN DRIVING SAFETY AND CO-CREATING SUSTAINABLE SOLUTIONS FOR HEAVY VEHICLES
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and Volvo Trucks Malaysia (Volvo) are collaborating in driving safety and co-creating sustainable solutions for the heavy vehicles industry in Malaysia. The Managing Directors of both PLUS and Volvo Trucks Malaysia formalized the alliance through a signing ceremony at Persada PLUS recently.
This unique and inaugural collaboration includes exchanging industry-leading expertise and technology insights as well as resources towards achieving a safer system for heavy vehicle users.
The collaboration will also set a path for PLUS to plan and facilitate the future development of electric vehicle charging stations for commercial vehicles on PLUS managed highways. According to PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, “PLUS is currently facilitating the development of charging infrastructures needed to support passenger electric vehicles on our highways. This will also enable us to include our preparation for electric trucks and commercial vehicles in the future.”
Volvo Trucks Malaysia will soon be introducing their first Electromobility range in Malaysia in line with their global effort in supporting the lower emissions agenda.
PLUS is committed to continue to champion safety along the highway through the 3E approach that includes aspects of Engineering, Enforcement, and Education to further improve the level of safety on our highways. PLUS and Volvo will also work together in developing a heavy vehicle safety programme, with the aim of equipping drivers with better safety knowledge and handling of heavy vehicles. This safety programme will be extended to PLUSTrack members to further enhance their safety on PLUS highways.
“PLUSTrack is a programme developed by PLUS for commercial and heavy vehicle customers on our highways. The programme aims to help uplift the experience of our commercial vehicle customers whilst adding value via loyalty rewards, privileges and educational sharing by our partners,” added Datuk Azman.
According to Volvo Trucks Malaysia Managing Director Anthony O’ Connell, “The transport industry is evolving at unprecedented pace. Technological innovations have moved us towards greater efficiency and higher safety standards and Volvo Trucks stands at the forefront of driving these possibilities. The potential offered by automation, electromobility and connectivity, through the digitization of the transport system, is immense.”
“Simply by being the leader that has access to data to fleets in real world scenarios and deployments, we will emerge as the foremost leader to drive adoption and scaled benefits of both fleet and business impact as a whole,” he added.
“Sustainability has become a hugely powerful force that is a constant debate in the mobility space. We have made our position clear to all, that Volvo Trucks is determined to drive our industry towards a sustainable future,” he said.
“We continue to be a leading global transport solution provider, and we will work together with PLUS as the biggest highway operator in Malaysia to drive the change. The heights of where both leaders can scale as the core of the ecosystem for the future of mobility for Malaysia are significant and we are excited of what we will drive towards tomorrow,” Anthony O’ Connell further explained.
With the first milestone of introducing the Iron Women Programme, a Volvo Group Global Initiative, this strategic partnership will enable Volvo to uplift the socio-economic status of professional truck drivers in Malaysia and push for gender inclusivity, ultimately addressing the shortage of skilled and certified drivers in the industry. PLUS will also share the programme with its PLUSTrack members as part of Volvo’s outreach to heavy vehicle customers.
“It is always exciting to be at the forefront of change. We truly hope that this partnership with VOLVO Trucks Malaysia will be a positive move forward towards improving the safety of highway customers and to spur the drive of electromobility in the commercial vehicle industry,” Datuk Azman concluded.