Media Release

HENTIAN SEBELAH BUKIT GANTANG (ARAH UTARA) JUARA PERTANDINGAN R&R BERHIAS TERBAIK SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2022

 Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara) mengenepikan cabaran 34 kawasan rehat lain untuk muncul sebagai Juara Pertandingan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Berhias Terbaik anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Hentian sebelah yang terletak di KM225.6 di Lebuhraya Utara-Selatan tersebut berjaya menewaskan R&R Sungai Perak (Arah Utara) sebagai naib juara, R&R Tapah (Arah Utara) di tempat ketiga, R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) keempat dan Restoran Jejantas Sungai Buloh di tempat kelima. Anugerah Khas Juri pula dimenangi oleh R&R Paka (Arah Selatan).

 Sebagai Juara, Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara) berjaya memenangi wang tunai RM10,000. Manakala pemenang-pemenang naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM6,000. Pemenang tempat keempat pula membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tempat kelima RM4,000. Sementara itu, Anugerah Khas Juri memenangi wang tunai RM2,0000. 

 Menurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail, “Pertandingan Kawasan Rehat dan Rawat Berhias Terbaik tersebut dianjurkan bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan negara serta menanamkan semangat patriotisme di kalangan Rakan Niaga R&R dan pelanggan lebuh raya di kawasan rehat di semua rangkaian Lebuhraya PLUS.” 

 Sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tersebut, pelanggan yang berhenti rehat untuk menikmati juadah juga dapat merasai kemeriahan semangat patriotik dan menyaksikan hiasan kreatif bertemakan Bulan Kebangsaan yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang dikitar semula. 

 “Kerjasama erat antara Rakan Niaga di R&R dengan pihak pengurusan seksyen PLUS yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan ini berlangsung sangat dipuji.  Ia telah berjaya menyuntik semangat berpasukan yang tinggi sesama mereka dalam menghasilkan R&R berhias dengan sangat kreatif dan penuh dedikasi.” 

Dalam pertandingan pada tahun ini, setiap kawasan rehat yang bertanding perlu dihias mengikut tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bermula 15 Ogos sehingga 16 September lalu. Pertandingan diadili berdasarkan empat kriteria utama iaitu tema dan konsep, kerjasama, komunikasi/pembentangan dan keaslian konsep/perlaksanaan di antara Rakan Niaga di kawasan rehat masing-masing. 

Sebanyak 35 kawasan rehat termasuk hentian sebelah dan restoran jejantas sepanjang Lebuhraya PLUS termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah mengambil bahagian. Ini merupakan edisi ke-18 tahun penganjuran pertandingan ini.

 

BUKIT GANTANG LAY-BY (NORTHBOUND) TOPS PLUS’ BEST MERDEKA-DECORATED REST AREAS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Bukit Gantang Lay-by (Northbound) emerged as the winner of the Best Merdeka-Decorated Rest Areas Competition in conjunction with the recent Merdeka Month celebration, topping other 34 rest areas on the PLUS highway.

As the champion, the Bukit Gantang Lay-by (Northbound) walked away with RM10,000, while Sungai Perak R&R (Northbound) who came in second brought home RM8,000 and Tapah R&R (Northbound), RM6,000. Ayer Keroh R&R (Southbound) and Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant came in fourth and fifth places respectively. Meanwhile, LPT2’s Paka R&R grabbed the Special Jury Award and walked away with RM2,000.

 According to PLUS Managing Director Datuk Azman Ismail, "The Merdeka Best Decorated Rest and Service Area Competition was organized in conjunction with the Merdeka Month to promote patriotism amongst the business partners and customers at the rest areas.”

During the month-long celebration, PLUS highway customers were treated with colourful and vibrant Merdeka decorations produced from recycle items at the rest areas.

 "The teamwork and cooperation between the Business Partners at the rest areas and PLUS were evident and can be seen from the multiple decorations at the rest areas. The Competition helps to promote teamwork and to encourage collaboration amongst our Business Partners at the rest areas.”

 Themed “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, the competition took place between 15 August until 16 September where judging was based on four main criteria covering theme and concept, cooperation, communication/presentation and originality. 

This 18th edition of the competition saw the participation of 35 rest areas including lay-bys and Overhead Bridge Restaurant (OBR) along the PLUS Highway including East Coast Expressway 2 (Lebuhraya Pantai Timur 2).

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles