Media Release

PLUS TAWAR PELUANG KONTRAK MELEBIHI RM900 JUTA SETAHUN KEPADA USAHAWAN TEMPATAN SEJAK LIMA TAHUN LALU

PLUS salah sebuah daripada 26 syarikat Anchor dalam merealisasikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menawarkan peluang kontrak secara purata bernilai lebih RM900 juta setiap tahun sejak 5 tahun lalu. Sebahagian daripada peluang kontrak tersebut turut melibatkan pemain-pemain industri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai manifestasi kepada komitmen PLUS terhadap pembangunan usahawan tempatan. Jumlah ini merangkumi penganugerahan kontrak dan penawaran pembelian kepada lebih 600 vendor yang berkelayakan. 

“Walau bagaimanapun, sebelum pandemik Covid-19 melanda, kontrak melebihi RM1 bilion setahun ditawarkan kepada vendor-vendor yang berkelayakan untuk menampung keperluan operasi Lebuhraya PLUS,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. 

 Pada ketika ini, PLUS merupakan salah satu daripada 26 buah syarikat ‘Anchor’ di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam merealisasikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 

“Di bawah program PPV ini, PLUS secara aktif menyediakan platform bagi membantu vendor-vendor yang berdaftar untuk memperkembangkan potensi perniagaan dan kepakaran mereka dengan lebih meluas,” tambah beliau. 

Sehingga kini, kira-kira 1,200 vendor tempatan telah berdaftar bersama PLUS. Mereka merangkumi pelbagai kategori termasuklah kontraktor, perunding dan pembekal yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang kerja antaranya penyelenggaraan, naik taraf, pengoperasian dan teknologi lebuh raya, ICT serta perkhidmatan korporat.

“Aktiviti-aktiviti perolehan di PLUS juga telah membuka peluang perniagaan kepada lebih ramai sub-kontraktor dan pembekal untuk turut sama terlibat dalam industri lebuh raya di negara ini. Ia sekaligus dapat memperluaskan peluang perniagaan kepada mereka yang terlibat di dalam perusahaan kecil dan sederhana, Ini juga dilihat sebagai inisiatif ke arah usaha memperkasa usahawan era baharu agar selari dengan pembangunan yang lebih lestari,” jelas Datuk Azman lagi. 

Beliau berkata demikian pada program PLUS Procurement Day di Persada PLUS hari ini. Program yang julung kali diadakan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Suriani Dato' Ahmad mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Tan Sri Noh Haji Omar. Turut hadir adalah pengurusan tertinggi PLUS, warga kerja serta lebih daripada 100 vendor PLUS.

PLUS Procurement Day bertujuan mengiktiraf sumbangan vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor kami dalam menyokong pengoperasian efisien lebuh raya kendalian PLUS. Program seumpama ini akan diteruskan lagi dalam memastikan vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor kami mendapat maklumat terkini dari segi arah tuju syarikat mahupun dari segi perkembangan teknologi dan keperluan pelanggan kami,” kata Datuk Azman.

Selain menumpukan usaha untuk meningkatkan operasi perolehan supaya menjadi lebih efisien dengan inisiatif pendigitalisasian dalam proses, Perolehan PLUS juga akan menumpukan lebih perhatian kepada pengukuhan hubungan antara pihak-pihak berkepentingan, terutama kepada para vendor. Inisiatif Hijau dalam Perolehan PLUS juga akan diperkenalkan mulai tahun 2023 bagi memacu implementasi Inisatif Hijau dalam perolehan. Advokasi berterusan berkenaan konsep perolehan hijau akan diberikan dari masa ke masa kepada vendor-vendor PLUS.

Pada majlis yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyampaikan Sijil Pengiktirafan Prestasi Vendor PLUS 2022. Pengiktirafan ini diberikan kepada vendor-vendor yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan penawaran pembelian produk kepada PLUS.

 

OVER RM900 MILLION WORTH OF HIGHWAY CONTRACTS AWARDED ANUALLY TO LOCAL VENDORS FOR THE PAST FIVE YEARS BY PLUS

- PLUS recognised by the Government as top 26 Anchor Companies in delivering Bumiputera Economic Transformation Agenda, in the 2030 National Shared Prosperity Vision

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has awarded over RM900 million annually in past 5 years to over 600 qualified vendors, comprising of Small and Medium Enterprises (SMEs) companies, covering contract awards and purchases. It strongly affirms PLUS’ commitment to develop local vendors.

“Prior to the Covid-19 pandemic, contracts worth over RM1 billion were awarded annually to qualified vendors in sustaining our highway operations,” explained PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail. 

PLUS has been selected as one of the 26 anchor companies by the Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (KUSKOP) under Ministry’s Vendor Development Programme in line the Government’s Bumiputera Economic Transformation Agenda stated in the 2030 Shared Prosperity Vision.

“Under the Vendor Development Programme, PLUS actively nurtures and provides strategic platforms for registered vendors to expand their businesses and develop their capabilities and expertise,” he added. 

Currently, a total of 1,200 local vendors ranging from contractors, consultants as well as suppliers offering a wide range of products and services covering maintenance, upgrading works, operations, highway technologies, ICT and corporate services are successfully registered with PLUS.

“PLUS’ robust procurement activities enables local sub-contractors and suppliers to participate in the highway industry and ecosystem. This offers wider business opportunities for small and medium enterprises with the aim of sustainable development for growth,” explained Datuk Azman.

He was quoted at the first-ever PLUS Procurement Day, an event officiated by the Secretary General, Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development, Dato' Suriani Dato' Ahmad representing the Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development, Yang Berhormat Tan Sri Noh Haji Omar at Persada PLUS today. Also present at the event were PLUS Management Team and employees and over 100 vendor representatives. 

“The PLUS Procurement Day is aimed at acknowledging the contributions and support of local vendors and contractors in ensuring smooth and efficient highway operations and services. The event will be held from time to time to enable and ensure our vendors and contractors to receive the latest company directives including the highway technologies and customers’ expectations and requirements,” said Datuk Azman.

Apart from elevating procurement operations and ensuring smoother digitization processes, PLUS’ Procurement team also focuses on strengthening its rapport with its stakeholders, most notably the vendors. The PLUS Procurement team will be introducing Green Initiatives in the procurement processes in 2023 where continuous advocacy programmes will be held for registered vendors. 

The PLUS Procurement Day event also saw the Secretary General Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development presents Vendor Performance Certificates acknowledging outstanding PLUS vendors.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles