Media Release

EMERGENCY & LEFT LANES BETWEEN TAPAH AND BIDOR TO BE TEMPORARILY CLOSED FOR 5 DAYS FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS - Right Lane at KM329.65 to KM330.10 (South Bound) is passable for all vehicles

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and comfort and continuously seeks to improve both aspects on all its highways.

Therefore, to allow for a pavement maintenance work to be carried out smoothly, the emergency and left lanes between Bidor and Tapah at KM329.65 and KM330.10 (South bound) will be temporarily closed to all vehicles for 5 days from 9:00 am on 15th November (Monday) to 12:30 pm, 19th November 2021 (Friday).

However, the right lane of the affected stretch is still passable for all vehicles.

As such, all highway customers heading north are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the traffic conditions via CCTV feeds, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS personnel when passing through the affected stretch. 

Additionally, highway customers can get the latest traffic information or in the event of emergencies, please contact PLUSLine at 1800-88-0000.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

LORONG KECEMASAN & KIRI ANTARA TAPAH KE BIDOR AKAN DITUTUP SELAMA 5 HARI UNTUK KERJA PENYELENGGARAAN JALAN

  • Lorong Kanan di KM329.65 hingga KM330.10 (Arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.   

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah dan Bidor di KM329.65 hingga KM330.10 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama 5 hari kepada semua kenderaan mulai jam 9:00 pagi, 15 November (Isnin) sehingga Jumaat, 19 November 2021 jam 12:30 tengah hari akan datang.

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. 

Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

PLUS’ HUTAN KAMPUNG – SUNGAI DUA GOES LIVE WITH RFID ANPR TOLL PAYMENT FOR SEAMLESS, CONTACTLESS AND CASHLESS JOURNEYS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is pleased to announce that from this Sunday 31st October 2021, the Radio Frequency Identification (RFID) toll payment system along its Hutan Kampung-Sg Dua stretch will go live to enable more highway customers to enjoy seamless, contactless, and cashless journeys. This also signifies the end of its public pilot from July 2020.

 

 The RFID with an Automated Number Plate Recognition (ANPR) toll payment system at PLUS has been enhanced to safely and seamlessly enable customers to pass through the lane without interruptions at a higher recommended lane pass-through speed (30 km/h) versus SmartTAG (20 km/h). In addition, the RFID system at PLUS integrated with an ANPR system and a Toll Validation Center (TVC) which will enhance toll payments processing as the first step to a barrier-less, multi-lane free flow (MLFF) highway experience in the future. Promoting a hassle-free cashless and contactless payment experience in line with the next normal, the RFID system will also make it easier for customers to reload and maintain sufficient balance through secure online reloading and auto-reloading via the Touch ‘n Go (TNG) e-Wallet. 

 

“A first for the Malaysian highway industry, unique to the RFID experience at PLUS is the integrated ANPR and TVC system powered by Artificial Intelligence (AI) & machine learnings which features high-resolution cameras at both entry and exit lanes enabling all RFID customers to always pass through the toll lane seamlessly. At PLUS, the integrated ANPR and TVC system will be able to detect, analyze and resolve most common RFID customer issues automatically in the background without interrupting the customer’s journey experience at the lane,” noted Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS. 

 

Datuk Azman also projected RFID usage at PLUS’ Hutan Kampung – Sungai Dua stretch, currently the highest among all closed toll highways in Malaysia will increase up to 30% in the upcoming months following the lifting of inter-state travel restrictions by the Government. “We are collaborating with the states of Kedah and Penang to bring RFID to our local customers to gain a superior experience using RFID lanes,” he added.

 

Working in close collaboration with the Ministry of Works (KKR), the Malaysian Highway Authority (LLM) and Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), PLUS is also looking to expand access to RFID toll payments at all its highways from Juru to Skudai in early 2022.

 

PLUS invites all highways customers in Kedah and Penang to switch to RFID for a seamless highway experience at PLUS. The TNG RFID can be purchased for only RM35, less than half the price of a new SmartTAG device with the added convenience of no batteries required. Locations of the nearest authorized RFID fitment centers, as well as detailed RFID self-fitment step-by-step guide are available on both the TNG and TNG Digital websites, or via the PLUS mobile app which can be downloaded from Google Play Store or Apple App Store. To learn more about RFID and how it can help you enjoy seamless highway journeys, please visit www.plus.com.my. 

 

PLUS AKTIFKAN RFID DENGAN SISTEM ANPR SEPANJANG HUTAN KAMPUNG – SUNGAI DUA, JAMIN KELANCARAN PERJALANAN TANPA SENTUH DAN TANPA TUNAI

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mulai Ahad ini 31 Oktober 2021, sistem pembayaran tol Radio Frequency Identification (RFID) di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sg Dua akan diaktifkan secara langsung bagi membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar, tanpa sentuh dan tanpa tunai, sekaligus menamatkan tempoh ujian awamnya yang dijalankan sejak Julai 2020.

Sistem pembayaran tol RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) di PLUS telah dipertingkatkan demi keselamatan dan kelancaran perjalanan yang membolehkan pelanggan melalui lorong tersebut  pada kadar kelajuan 30 km/j berbanding 20 km/j di lorong SmartTAG. Di samping itu, sistem RFID di PLUS dengan ANPR dan Pusat Validasi Tol (TVC) akan meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang. Sebagai langkah menggalakkan pengalaman pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh sejajar dengan norma baharu, sistem RFID juga akan memudahkan pelanggan untuk menambah nilai dan mengekalkan baki yang mencukupi melalui tambah nilai atas talian yang lebih selamat dan tambah nilai automatik melalui Touch 'n Go e-Wallet.

 “Sistem pertama seumpamanya bagi industri lebuh raya Malaysia, keunikan pengalaman RFID di PLUS terletak pada gabungan sistem ANPR dan TVC yang diperkukuhkan dengan kemampuan Artificial Intelligence dan Machine Learning yang menggunakan kamera beresolusi tinggi di kedua-dua lorong masuk dan keluar, sekaligus membolehkan semua pelanggan RFID sentiasa melalui lorong tol dengan lancar. Sistem ANPR dan TVC bersepadu ini akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID secara automatik tanpa mengganggu pengalaman perjalanan pelanggan di lorong tersebut,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS). 

Datuk Azman juga mengunjurkan penggunaan RFID di laluan PLUS' Hutan Kampung – Sungai Dua, yang kini merupakan yang tertinggi di semua lebuh raya sistem tol tertutup di Malaysia akan meningkat sehingga 30% dalam masa terdekat berikutan kebenaran merentas negeri oleh Kerajaan. “Kami bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang untuk membawa RFID kepada pelanggan tempatan kami untuk menikmati pengalaman yang lancar menggunakan lorong RFID,” tambah beliau lagi.

Melalui kerjasama erat bersama  Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), PLUS juga sedang berusaha untuk memperluaskan akses kepada pembayaran tol RFID di sepanjang lebuh rayanya dari Juru ke Skudai mulai awal 2022.

PLUS menjemput semua pelanggan lebuh raya di Kedah dan Pulau Pinang untuk beralih kepada RFID bagi mengalami pengalaman lebuh raya yang lebih lancar. Tag TNG RFID boleh dibeli dengan hanya RM35,  jauh lebih murah daripada harga peranti SmartTAG baharu dengan tanpa penggunaan bateri. Lokasi pusat pemasangan RFID yang sah, serta panduan langkah demi langkah RFID boleh didapati di kedua-dua laman web TNG dan TNG Digital, atau melalui aplikasi mudah alih PLUS yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RFID dan bagaimana ia boleh membantu anda menikmati perjalanan lebuh raya yang lancar, sila layari www.plus.com.my.

 

SEREMBAN R&R (SOUTHBOUND) CLOSED FOR REJUVENATION ~ Upgrading Works for Highway Customers Future Comfort~

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) will be closing its Seremban (Southbound) Rest and Service Area (R&R) at KM274.6 on the North-South Expressway for a period of 14 months for upgrading works which will involve the entire premise beginning 13 October 2021 until 31 December 2022.  

During the construction period, all F&B outlets and the existing public facilities at the R&R will be closed. However, the petrol station will still be operational and is opened as usual and PLUS will be providing temporary facilities such as public restrooms, surau, parking spaces including food trucks to highway customers. 

As such, highway customers who are travelling south are advised to stop over at the Dengkil R&R, Nilai Lay-by, Senawang Lay-by, the Ayer Keroh OBR, Ayer Keroh R&R, or other nearby R&R or lay-bys location should they need to stop for food and other needs. Highway customers are also advised to utilise the public toilets and surau at the nearest toll plaza for their convenience.

Highway customers also have the digital options to indulge in the delectable offerings of the selected R&Rs business partners via the Pre-Order function at https://orderdisini.plus.com.my/ or PLUS Apps for take-away purpose.

Access to the latest highway news, traffic situation across the multiple PLUS Malaysia social media platforms such as Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube and website www.plus.com.my  as well as via the PLUS App, which will help in one’s journey planning.

R&R SEREMBAN (ARAH SELATAN) DITUTUP UNTUK NAIK TARAF

~ Kerja Penambahbaikan Jamin Keselesaan Pelanggan Pada Masa Hadapan~

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan menutup Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh 14 bulan bagi kerja-kerja menaik taraf yang akan melibatkan keseluruhan premis bermula 13 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2022.

Sepanjang tempoh penambahbaikan ini, semua outlet F&B dan kemudahan awam sedia ada di R&R akan ditutup. Walau bagaimanapun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa dan PLUS turut menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.  

Sementara itu, pelanggan lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk mendapatkan kemudahan makanan dan keperluan lain dengan lebih selesa. Pelanggan lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan tandas awam dan surau di mana-mana plaza tol yang terdekat.

Pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniaga R&R terpilih melalui fungsi Pra-Pesanan di https://orderdisini.plus.com.my/ atau menerusi Aplikasi PLUS untuk bawa pulang.

Dapatkan maklumat dan keadaan trafik terkini melalui platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, Youtube dan laman web www.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS untuk membantu anda merancang perjalanan.

PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan lebuh raya atas sokongan berterusan serta berharap dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada semua pelanggan pada masa akan datang

ANWAR ISHAK NAMED TERAS’ NEW CHIEF EXECUTIVE OFFICER ~Experienced Tech Specialist Aspires to Drive the Toll Industry to New Frontiers~

 TERAS Teknologi Sdn Bhd (TERAS) has appointed Anwar Ishak as its new Chief Executive Officer as it embarks on a new journey that will place the organization at the forefront of toll industry digitalization and also bring it into adjacent industries with new technologies. 

Anwar, who graduated with a Master of Engineering in Computer Systems and Electronics from King’s College of London has over 20 years of experience in the digital, tech start-up, and telecommunications space. Anwar was instrumental in developing and strengthening the technology aspect of various new media agencies, including an aviation start-up in the UK, where he successfully developed a web-based airport passenger and baggage boarding system, loyalty programs, and cashless payment systems, which are widely adopted and implemented by United Kingdom-based and worldwide clients. 

In 2017, Anwar returned to Malaysia to head the Digital IT function of Digi Telecommunications, where his key responsibility was to drive the digitalisation of the telco from a technology perspective which included transforming the way of working, managing expenditures, managing digitalisation strategies as well as research and development for new businesses.  

“I am excited to join TERAS at a time when RFID will be the catalyst of change for the logistics industry. As Malaysia’s focus is now on reviving its economy through the development of key infrastructure including the highways, I am overwhelmed by the endless possibility of the sustainability culture of PLUS Malaysia Berhad (PLUS) in ensuring technology and the Internet of Things (IoT) remains at the forefront of what we do, improving lives as we adapt to the new normal. I believe with the technological expertise of TERAS, PLUS will be able to stamp its position as the leader and lift the highway industry to greater heights through its digitalization adaptation,” exclaimed Anwar.  

As the new CEO of TERAS, Anwar will also be a member of the senior executive leadership of PLUS where he will be working alongside other C-Suites to ensure that digitization efforts will be sustainable and promotes growth within the company. 

In addition, Datuk Azman Ismail, TERAS Chairman said that Anwar’s appointment reflects the commitment of the company in ensuring PLUS continues to lead in the highway industry. Anwar is expected to enhance PLUS’ efforts to strengthen innovation beyond toll collection with the aim of modernizing the existing expressway and tolling systems, in line with the nation's aspiration to increase public-private partnership as outlined in the 12th Malaysia Plan (RMK-12).

 

ANWAR ISHAK DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERAS

~ Pengalaman Sebagai Pakar Teknologi Diharap Dapat Mendorong Industri Tol Secara Menyeluruh ~

TERAS Teknologi Sdn Bhd (TERAS) telah melantik Anwar Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi memulaan perjalanan yang akan meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi dalam industri tol dan juga melengkapkan industri berkaitan dengan teknologi baru.

Dengan kelulusan Sarjana Kejuruteraan dalam Sistem Komputer dan Elektronik dari King College of London, Anwar mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang digital, peralihan teknologi dan cabang telekomunikasi. Anwar berperanan dalam mengembangkan dan memperkukuh aspek teknologi dari pelbagai medium media baharu, termasuk penerbangan di sekitar London, di mana beliau berjaya mengembangkan sistem pengendalian penumpang dan bagasi lapangan terbang berasaskan web, program kesetiaan pelanggan dan sistem pembayaran tanpa tunai yang digunakan secara meluas bagi pelanggan yang berpangkalan di United Kingdom dan di seluruh dunia.

Pada tahun 2017, Anwar kembali ke Malaysia bagi mengetuai fungsi Digital IT di Digi Telecommunications, di mana antara tanggungjawab utamanya adalah memacu digitalisasi telco dari perspektif teknologi yang merangkumi perubahan cara kerja, mengurus perbelanjaan, menguruskan strategi digitalisasi serta penyelidikan dan pembangunan untuk peluang perniagaan baharu.

"Saya teruja dapat menyertai TERAS di mana RFID bakal dilihat menjadi pemangkin perubahan bagi industri logistik. Oleh kerana tumpuan Malaysia sekarang adalah untuk memulihkan ekonominya melalui pembangunan infrastruktur utama termasuk lebuh raya. Dengan budaya kelestarian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang secara konsisten dalam memastikan teknologi dan Internet berbagai perkara (Internet of Things) tetap berada di hadapan dalam apa yang dilakukan, ia dapat meningkatkan nilai kehidupan ketika kita menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. Saya juga percaya dengan kepakaran teknologi TERAS, PLUS akan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dan meletakkan industri lebuh raya ke tahap yang lebih tinggi melalui penyesuaian digitalisasi,” jelas Anwar.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, Anwar akan turut menjadi pasukan kepimpinan kanan PLUS, di mana beliau akan bekerjasama dengan Pengurusan Tertinggi PLUS yang lain untuk memastikan bahawa inisiatif pendigitalan akan dijalankan secara berterusan, sekaligus mendorong pertumbuhan dalam syarikat.

Dalam masa yang sama, Datuk Azman Ismail sebagai Pengerusi TERAS turut menjelaskan bahawa pelantikan Anwar mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan PLUS untuk terus menjadi peneraju dalam industri lebuh raya. Anwar juga diharapkan dapat meningkatkan usaha PLUS dalam memperkukuhkan inovasi menjangkaui kutipan tol dengan bermatlamatkan usaha pemodenan sistem kutipan tol dan lebuh raya sedia ada, selari dengan aspirasi negara untuk meningkatkan kerjasama pihak awam-swasta seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

PLUS TRAFFIC EXPECTED TO INCREASE WHEN INTER-STATE TRAVEL RESUMES ~ The Safety Of PLUS Highway Customers Remains Its No. 1 Priority ~

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) North South highway traffic is expected to increase between 1.1 million to 1.3 million vehicles daily when inter-state travel resumes after the announcement by the Government.

PLUS expects many Klang Valley residents as well as those from other states will seize this opportunity to travel for that long-awaited occasion to be with families and close friends.

"PLUS highways are well prepared for the reopening of interstate travel and all its 94 toll plazas across the northern and southern regions are ready for the influx vehicles once the restriction for interstate travel is lifted," confirms Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer PLUS Malaysia Bhd.

“We are indeed encouraged that over 90% of our adult population has been fully vaccinated and are now able to travel on our highway but are mindful of the Covid-19 SOPs.  We encourage them to take a break after a two-hour drive at our R&Rs and Lay-Bys to rejuvenate and relax. While countering their travel fatigue, please continue to diligently follow the MKN SOPs of checking your MySejahtera, wearing proper face masks, physical distancing, and hand sanitizing, as these still applies along our highways.” added Datuk Zakaria.

As safety and comfort remains our priority, PLUS personnel comprising of PLUSRonda, highway safety and maintenance crews as well as customer service personnel across its entire 1,130 km long-stretch are ever ready. Collaboration with the Traffic Police and Road Transport Department (JPJ) enhances highway enforcement that provides peace of mind to travellers. 

All public facilities at PLUS’ 29 R&Rs and 50 laybys are regularly sanitized under a regimented cleaning schedule and is a long-standing commitment ensuring that cleanliness is maintained as facilities such as suraus and washrooms are open 24 hours a day.

Highway customers also have the digital options to indulge in the delectable offerings of the selected R&Rs business partners via the pre-order function https://orderdisini.plus.com.my/  for take-away purpose.

Planning your journey is easy with the PLUS App which can be downloaded free from the PlayStore or AppStore. Today PLUS highway journey is more rewarding, by simply signing up as a PLUSMiles member via www.plus.com.my  

Access to the latest PLUS news, promotions, and traffic situation across the multiple PLUS Malaysia social media platforms such as Instagram, Facebook, LinkedIn, Twitter and Youtube.

PLUS JANGKA PENINGKATAN TRAFIK APABILA RENTAS NEGERI DIBENARKAN SEMULA

~ Keselamatan Pelanggan Lebuh Raya PLUS Kekal Sebagai Keutamaan No. 1 ~

 Trafik di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dijangka meningkat antara 1.1 juta hingga 1.3 juta kenderaan setiap hari apabila perjalanan antara negeri dibenarkan semula selepas pengumuman oleh Kerajaan.

PLUS menjangkakan ramai penduduk Lembah Klang serta dari negeri-negeri lain akan merebut peluang yang ditunggu-tunggu ini untuk bersama keluarga dan sahabat handai. 

"PLUS bersedia untuk membuka semula semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan untuk menerima pertambahan kenderaan sebaik sahaja sekatan perjalanan antara negeri ditarik balik", kata Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad. 

“Kami teruja bahawa lebih 90% daripada penduduk dewasa telah diberi vaksin sepenuhnya dan kini dapat melakukan perjalanan di lebuh raya kami seperti biasa, namun, ingin tetap memberi peringatan terhadap keperluan kepatuhan SOP Covid-19.  Kami menggalakkan mereka untuk berehat selepas memandu selama dua jam di R&R dan Hentian Sebelah kami untuk berehat dan menyegarkan tubuh mereka. Mereka diingatkan untuk tetap mengikuti SOP MKN termasuk memeriksa MySejahtera, mengambil suhu, memakai topeng muka yang betul, menjaga penjarakan fizikal, dan sentiasa memastikan kebersihan tangan mereka, kerana ia masih merupakan sebahagian SOP di sepanjang lebuh raya kami", jelas Datuk Zakaria.

Keselamatan dan keselesaan tetap menjadi keutamaan, maka kakitangan PLUS yang terdiri daripada PLUSRonda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di seluruh laluan sepanjang 1,130 km sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kerjasama dengan Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya yang memberi ketenangan kepada pelanggan lebuh raya.

Semua kemudahan awam di 29 R&R PLUS dan 50 Hentian Sebelah sentiasa dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang ketat sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang PLUS untuk memastikan kebersihan dikekalkan kerana kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

Pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniagaan R&R terpilih melalui fungsi pra-pesanan https://orderdisini.plus.com.my/ untuk di bawa pulang.

Perancangan perjalanan kini lebih mudah melalui fungsi Aplikasi PLUS yang dapat dimuat turun melalui PlayStore atau AppStore. Dapatkan lebih banyak ganjaran apabila anda mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui www.plus.com.my .

Dapatkan berita, maklumat keadaan trafik dan promosi terkini melalui kesemua platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Facebook, Instagram, LinkedIn dan Youtube.

PLUSLine: 1-800-88-0000

Toll Rates

plusmiles