Media Release

PLUS SASAR PERKENAL PEMBAYARAN TERBUKA DI JAMBATAN PULAU PINANG DAN BKE SEPTEMBER INI

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.

 Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “PLUS akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat ini menjelang September yang akan datang. Malah, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang. Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang.”

Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila ia dilaksanakan kelak.

“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambah beliau.

PLUS TUTUP LORONG KIRI DI TEROWONG MERU LALUAN KUALA KANGSAR-IPOH BAGI KERJA FASA KEDUA PENAMBAHBAIKAN TURAPAN JALAN

 Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja Fasa Kedua Penambahbaikan Turapan Jalan. Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai 20 Mac (Isnin) hingga 14 April (Jumaat) 2023, antara jam 9:00 malam hingga 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut, laluan kontra akan diaktifkan secara berkala sekiranya perlu bergantung kepada keperluan semasa untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit. 

Justeru, pengguna yang menghala ke selatan/Ipoh/Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

PLUS TO CLOSE LEFT LANE AT MERU TUNNEL (KUALA KANGSAR-IPOH STRETCH) FOR PHASE 2 PAVEMENT REHABILITATION WORK 

 Highway users plying the Meru Tunnel  (Kuala Kangsar-Ipoh stretch) on the North-South Expressway (NSE) are advised to plan their journey following the temporary closure of the left lane at the tunnel between KM260.30 and KM262.05 (Southbound) for Phase Two Pavement Rehabilitation Work. The temporary closure will be activated in stages from March 20 (Monday) to April 14 (Friday), 2023, between 9:00 pm and 12:00 pm daily. 

Throughout the duration, a contra flow will be staggered activated at the affected stretch depending on traffic situation to facilitate smoother traffic flow. 

As such, all highway users heading south/Ipoh/Kuala Lumpur are strongly advised to plan their journey via the PLUS App to check the traffic conditions, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS from time to time when passing through the affected stretch. 

Additionally, highway users can get the latest traffic information or in the event of any emergencies, please contact PLUSLine at 1800-88-0000.

 

LEBIH 100 GERAI MAKANAN DI R&R PLUS MENAWARKAN MENU RAHMAH

- Menu Rahmah dilaksana secara berperingkat sejak 23 Februari

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mensasarkan lebih daripada 100 gerai makanan yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang 1,130 kilometer di rangkaian lebuh rayanya menawarkan Menu Rahmah menjelang pertengahan Mac ini. Langkah ini bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta sokongan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

 Fasa Pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti rehat di R&R PLUS telah mula ditawarkan sejak 23 Februari lalu di beberapa R&R serta Hentian Sebelah di Wilayah Tengah di Lebuhraya PLUS.

Di R&R PLUS, Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari (antara 12 tengah hari hingga 2 petang) dan makan malam (antara 7 malam hingga 9 malam) di geraigerai terpilih yang mengambil bahagian. Sebagai permulaan, sebanyak 8 buah R&R dan 6 Hentian Sebelah telah mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna lebuh raya iaitu R&R Tapah (Arah Utara & Selatan), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Utara), R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan).

 Fasa Kedua yang melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di Wilayah Utara dijangka akan dilaksanakan sebelum 2 Mac, manakala Fasa Ketiga yang melibatkan Wilayah Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula dijadual dilaksanakan sebelum 9 Mac.

Menteri Kerja Raya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang untuk mengadakan tinjauan pelaksanaan Menu Rahmah di R&R Dengkil (Arah Selatan), hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani serta Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

OVER 100 FOOD OUTLETS OFFERING MENU RAHMAH AT PLUS R&Rs

- Menu Rahmah rolled out in stages since 23 February

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) targets more than 100 food outlets at its rest and service areas (R&Rs) across its 1,130KM-long highway network to offer Menu Rahmah by middle of March. The move is in support of the Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi’s call for highway concessionaires to support the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living’s Menu Rahmah initiative for the Rakyat.

 The First Phase implementation of Menu Rahmah for highway users was rolled out since 23rd February at selected R&Rs and lay-bys in the Central Region on PLUS offering lunch (between 12 noon and 2 pm) and dinner (between 7 pm and 9 pm) at selected participating food outlets.

For a start, 8 R&Rs and 6 lay-bys are now offering Menu Rahmah to highway users at Tapah R&R (Northbound & Southbound), Ulu Bernam R&R (Southbound), Rawang R&R (Northbound), Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, Seremban R&R (Northbound), Dengkil R&R (Northbound & Southbound), Simpang Pulai Lay-by (Northbound & Southbound), Serdang Lay-by (Northbound & Southbound) and Nilai Lay-by (Northbound & Southbound).

The second phase, which covers R&Rs and lay-bys in the Northern Region, is expected to be rolled out before 2nd March. The third phase, which will be implemented before 9th March, will cover R&Rs and lay-bys at the Southern Region as well as Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Today, the Minister of Works and the Minister of Domestic Trade and Cost of Living, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub paid a visit to the Dengkil R&R (Southbound) to take closer look at the implementation of Menu Rahmah at PLUS.

Also present were the Director-General of the Malaysian Highway Authority, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Board of Director of PLUS and Managing Director of UEM Group, Dato’ Mohd Izani Ghani and PLUS Chief Operating Officer Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

 

PLUS HARGAI KERJASAMA PENGGUNA KETIKA INSIDEN KEMALANGAN LORI TANGKI DI LALUAN KUALA KANGSAR - IPOH UTARA (ARAH SELATAN)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengucapkan terima kasih atas kerjasama pengguna lebuh raya ketika insiden kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki di KM265.6 (Arah Selatan) berhampiran Terowong Menora pada 8 Mac 2023.

Dalam insiden tersebut, pasukan Bomba dan Hazmat telah dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan dan membuat penilaian. Berdasarkan penilaian, laluan di antara Kuala Kangsar dan Ipoh Utara telah ditutup sementara kepada semua kenderaan dan pengguna telah diarahkan untuk keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Kuala Kangsar.

Manakala, kenderaan yang terperangkap di dalam kesesakan berhampiran Terowong Menora telah diarahkan untuk membuat Pusingan-U di laluan khas di Terowong Menora.

Setelah pihak berkuasa berpuashati dengan tahap keselamatan di lokasi, laluan kontra telah diaktifkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke selatan. Pada masa yang sama, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sedang dijalankan di lokasi.

Maklumat trafik tentang insiden tersebut telah disalurkan secara berterusan menerusi papantanda elektronik di lokasi strategik serta media sosial PLUS.

 

PENYELARASAN SEMULA KADAR TOL DI PLAZA TOL TANJUNG KUPANG MULAI 1 MAC 2023

Pada 2018, sebagai langkah menggalakkan orang ramai beralih ke Plaza Tol Tanjung Kupang untuk keluar dan masuk ke Singapura, kadar tol waktu luar puncak telah diperkenalkan kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Tanjung Kupang. Namun begitu, walaupun sudah melebihi 5 tahun pelaksanaan, langkah tersebut kurang mendapat sambutan dan berdasarkan rekod, jumlah trafik harian yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang didapati masih sama sepertimana dicatatkan sebelum kadar waktu luar puncak tersebut ditawarkan. Tiada sebarang peningkatan trafik ketara di waktu luar puncak bagi Plaza Tol Tanjung Kupang.

Data trafik juga menunjukkan lebih daripada 50% daripada kenderaan yang menikmati kadar tol waktu luar puncak di Plaza Tol Tanjung Kupang merupakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

 Justeru itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2023, kadar tol waktu luar puncak di Plaza Tol Tanjung Kupang akan diselaraskan kepada kadar biasa. Dengan penyelarasan ini, pengguna semua jenis kenderaan yang melalui Plaza Tol Tanjung Kupang di lebuh raya Linkedua akan membayar tol dengan kadar biasa sepertimana kadar yang dicajkan pada waktu puncak pada ketika ini.

Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan pengguna yang melalui Plaza Tol Tanjung Kupang supaya memastikan mereka mempunyai baki kad Touch ‘n Go dan RFID yang mencukupi bagi mengelakkan kesulitan di lorong tol.

 *Mulai 1 Mac 2023, tiada lagi kadar tol waktu Luar Puncak ditawarkan. Sebaliknya, kadar tol diselaraskan kepada kadar biasa, iaitu kadar Waktu Puncak yang dilaksanakan ketika ini.

 

STANDARDIZATION OF TOLL RATES AT TANJUNG KUPANG TOLL PLAZA STARTING MARCH 1, 2023

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will reinstate the Tanjung Kupang Toll Plaza off-peak rate back to the original standard toll fare from 1st March 2023. With this standardization, all vehicles passing through the Tanjung Kupang Toll Plaza on the Linkedua highway will be charged as per the present peak hour rates.

PLUS advises highway users passing through the Tanjung Kupang Toll Plaza to have sufficient balance in their Touch 'n Go card and RFID e-Wallet for a smoother journey.

The off-peak hour toll rates were introduced in 2018 at the Tanjung Kupang Toll Plaza as part of a move to encourage the public to utilise the toll plaza to exit and enter Singapore.

However, after more than 5 years of its implementation, the move received lukewarm response from highway users and based on data, the number of daily vehicles at the Tanjung Kupang Toll Plaza remained identical to the traffic volume recorded before the off-peak hour toll rates were offered. There has been no significant increase in traffic during off-peak hours at the Tanjung Kupang Toll Plaza till today.

Traffic statistics also indicate that more than 50% of the vehicles during off-peak hours at the Tanjung Kupang Toll Plaza are Singapore registered vehicles.

 *From March 1, 2023, Off-Peak hours toll rates will be no longer offered. The Off-Peak Hours toll rates will be adjusted to the original normal rates, which are the current Peak Hour rates.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles