Media Release

PLUS LAUNG KOMITMEN ‘NET ZERO’

 Bertepatan dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pengendali lebuh raya yang utama di Malaysia, mengorak langkah dalam memajukan kelestarian melalui komitmen untuk mencapai sasaran Net Zero menjelang tahun 2050, selari dengan aspirasi negara. Ini termasuklah komitmen jangka masa pendek untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam ekosistem operasi lebuh rayanya sebanyak 35% menjelang 2030 berbanding tahun 2017.

Komitmen ini adalah berdasarkan kepada pencapaian PLUS dalam mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25% melalui pelaksanaan pelbagai langkah kecekapan tenaga seperti pengubahsuaian lampu LED dan pemanfaatan tenaga boleh diperbaharui melalui pemasangan panel solar di pejabat dan kawasan rehat, di mana PLUS telah menerima beberapa pengiktirafan dan anugerah tenaga di peringkat kebangsaan dan serantau. Bertitik-tolak daripada kejayaan yang signifikan ini, PLUS bertekad untuk memberikan sokongannya terhadap sasaran Net Zero 2050 negara dengan mengoptimumkan tenaga boleh diperbaharui, mempraktikkan amalan mobiliti rendah karbon, memanfaatkan penyelesaian berdasarkan alam semula jadi dan menggalakkan pemikiran serta budaya ekonomi kitaran. 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Sebagai pengendali lebuh raya yang terbesar di Malaysia, kami percaya kami berupaya untuk menerajui kelestarian dalam memajukan industri lebuh raya. Komitmen kami terhadap sasaran Net Zero membolehkan kami menerajui inovasi dan kerjasama yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.” 

Beliau seterusnya menekankan, “Bagi mencapai misi kami bagi menghubungkan komuniti untuk mencorakkan masa hadapan yang selamat dan lestari, kami juga komited untuk beroperasi secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial sambil mengamalkan amalan tadbir urus yang baik.” 

PLUS bakal melancarkan Laporan Kelestarian pada penghujung bulan ini di mana ia akan memaparkan penzahiran yang menyeluruh terhadap usaha-usaha syarikat yang berterusan dalam mencorak masa hadapan yang lestari.

PLUS UNVEILS ITS NET ZERO COMMITMENT 

 In conjunction with World Environment Day, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Malaysia's leading highway operator, takes a significant step towards advancing sustainability, through committing to a 2050 Net Zero Goal, aligned with national aspirations. This includes an interim-term target to reduce its greenhouse gas (GHG) emissions within its operations by 35% by 2030 against a 2017 baseline. 

This follows PLUS’ recent achievement of reducing 25% of its energy consumption through the implementation of energy efficient measures, such as retrofitting of LED lights and harnessing renewable energy through the deployment of solar panels at our offices and highway R&Rs. This has led PLUS to receive multiple national and regional energy recognitions and awards. Building on the momentum of this significant achievement, PLUS aims to strengthen its support towards the Nation’s 2050 Net Zero Goal through optimizing the harnessing of renewable energy, adopting low carbon mobility practices, tapping on nature-based solutions and driving a circular economy mindset. 

PLUS Managing Director, Datuk Nik Airina Nik Jaffar highlighted,
“As Malaysia’s largest highway operator, we believe in pioneering sustainability to advance the highway industry. Committing to a net zero goal will drive us towards innovation and collaboration which will contribute towards nation-building.” 

She further emphasized, “To realize our mission statement in connecting communities to shape a safe and sustainable future, we are committed to operate in an environmentally conscious and socially responsible manner while upholding good governance.” 

PLUS will launch its Sustainability Report this month, providing comprehensive disclosure of the company's continuous progress commitment towards shaping sustainable futures.

PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL TAPAH UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

- Kemudahan tersebut ditutup sementara mulai 1 Jun hingga 11 Ogos 2023 untuk kerja naik taraf 

 Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menaik taraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di KM326.8 di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup sementara mulai 1 Jun sehingga 11 Ogos 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dilaksanakan. 

Sebagai alternatif sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian-hentian sebelah atau plaza-plaza tol yang berdekatan.

PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

 

PLUS UPGRADES PUBLIC RESTROOM FACILITY AT TAPAH TOLL PLAZA LAY-BY

- The facility to be closed temporarily from June 1 to August 11, 2023 for upgrading works 

 As part of a continuous effort to provide a more convenient travel for highway users, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be upgrading the public restroom facility at the Tapah Toll Plaza Lay-by at KM326.8 on the North-South Expressway. As such, the facility at the designated toll plaza lay-by will be temporarily closed from June 1 to August 11, 2023, to facilitate the upgrading project. 

Alternatively, highway users are advised to utilise the public restroom facilities provided at the nearest Rest and Service Area (R&R), lay-bys or toll plazas throughout the closure. 

PLUS thanks all highway users for their attention and co-operation.

PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA SELEPAS WAKTU PUNCAK (11.00 MALAM – 5.00 PAGI) DI NKVE LALUAN SHAH ALAM-SUBANG DI KM9.5 HINGGA KM11.7, BAGI PROJEK NAIK TARAF JAMBATAN KTMB

Bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf Jambatan KTMB di KM11.25 (Arah Utara) yang merentangi Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dilaksanakan dengan lancar, PLUS akan mengaktifkan laluan kontra di antara Shah Alam – Subang di KM9.5 hingga KM11.7 di Lebuhraya NKVE bermula 19 Mei hingga 18 Jun 2023, mulai jam 11:00 malam hingga 5:00 pagi setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

 

Justeru itu, pengguna lebuh raya dari Shah Alam menghala ke Subang atau utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit. 

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000, Chatbot PUTRI atau menerusi Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

ACTIVATION OF CONTRA FLOW AT OFF-PEAK HOURS (11:00 PM – 5:00 AM) BETWEEN SHAH ALAM-SUBANG STRETCH AT KM9.5 AND KM11.7 ON NKVE FOR KTMB BRIDGE UPGRADING WORKS

To facilitate the upgrading works of a KTMB Bridge at KM11.25 (Northbound) which spans across the New Klang Valley Expressway (NKVE), a contra flow will be activated between Shah Alam and Subang at KM9.5 until KM11.7 on the NKVE Highway from 19 May to 18 June 2023, starting from 11:00 pm to 5:00 am throughout the period.

As such, all highway users from Shah Alam heading to Subang or north are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions throughout the period. 

Additionally, highway users are also advised to obey all traffic signages and instructions given by PLUS personnel from time to time when passing through the affected stretch. 

For more traffic information or assistance during emergencies, highway users can contact the PLUSLine at 1800-88-0000, PUTRI Chatbot or PLUS App.

BANTU LANCAR PERGERAKAN TRAFIK WAKTU PUNCAK DI ELITE: PLUS UJI ‘SMARTLANE’ DI LALUAN USJ-SEAFIELD

Ujian Rintis Awam bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2023 Isnin-Ahad (kecuali hari kelepasan am), 6:30 pagi – 9:30 pagi

Bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan USJ-Seafield terutamanya pada waktu puncak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam ‘SmartLane’ di laluan terbabit bermula 1 Jun yang akan datang“Ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya,” kata Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz. 

Menurutnya, ujian rintis awam laluan ‘SmartLane’ ini akan dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield di antara KM8.1 hingga KM6.1 (Arah Utara) di lebuhraya ELITE mulai jam 6:30 pagi hingga 9:30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Ahad (kecuali hari kelepasan am) bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2023. 

Sepanjang tempoh tersebut, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong sedia ada dan membantu melancarkan trafik pada waktu puncak pagi. 

 

“Ketika laluan ‘SmartLane’ ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan ‘SmartLane’ diaktifkan,” tambah beliau. 

“Berdasarkan kajian dan rekod PLUS, pertembungan trafik serta keadaan jalan yang sedikit mendaki menyebabkan peningkatan trafik yang tinggi dan sedikit perlahan di laluan tersebut. Oleh yang demikian, langkah proaktif PLUS melaksanakan ujian rintis awam laluan ‘SmartLane’ di kawasan terbabit adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh orang ramai pada waktu puncak setiap pagi pada hari-hari bekerja di Lebuhraya ELITE, di samping membantu PLUS memperbaiki tahap perkhidmatan kami di lebuh raya,” jelas Mohd Yusuf lagi. 

Menurutnya, PLUS juga telah melakukan pelbagai persediaan untuk melaksanakan inisiatif ini dengan pemantauan oleh anggota Polis, JPJ dan pasukan PLUSRonda serta memasang papantanda trafik dan menyediakan trak tunda tambahan di lokasi sekiranya berlaku kecemasan.

“Secara puratanya, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58% menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi,” tambah Mohd Yusuf.

Jelas beliau, laluan ‘SmartLane’ dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut.

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘SmartLane’ ini melalui papan tanda laluan ‘SmartLane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.

Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit.

 

FACILITATING SMOOTHER TRAFFIC FLOW ON ELITE: PLUS TO CARRY OUT ‘SMARTLANE’ PUBLIC PILOT DURING MORNING RUSH HOURS AT USJ-SEAFIELD STRETCH

Public pilot to commence from 1 June to 31 August 2023 Monday-Sunday (except public holidays), 6:30 am – 9:30 am 

As part of a move to help smoothen the traffic flow on the USJ-Seafield stretch, especially during morning rush hours on the North-South Expressway Central Link Expressway (ELITE), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will carry out a public pilot of the ‘SmartLane’ initiative starting from June 1st.

“This public pilot is conducted in collaboration with the Malaysian Highway Authority (MHA), the Royal Malaysian Police (PDRM) and the Road Transport Department (RTD. Its aim is to optimize the utilization of all lanes and increase lane capacity to reduce traffic congestion on critical highway stretches,” said Mohd Yusuf Abdul Aziz, PLUS Senior General Manager Operations.

According to Mohd Yusuf, the public pilot of the ‘SmartLane’ will be implemented on the USJ to Seafield stretch, between KM8.1 and KM6.1 (Northbound) on the ELITE highway, from 6:30 am to 9:30 am every Monday to Sunday (except public holidays) starting from June 1st until August 31st, 2023.

During this period, the far left most lane will be opened as an additional lane to increase the capacity of the existing lanes and help smoothen traffic during peak morning hours. 

“When the ‘SmartLane’ is activated, highway users are allowed to temporarily enter and drive on the emergency lane as a measure to increase lane capacity before being directed to re-enter the main highway lanes to continue their journey. However, highway users are strictly prohibited from using the shoulder/emergency lanes at other locations where no 'SmartLane' is activated,” he added.

“Based on PLUS’ study and records, the convergence of traffic and the slight uphill terrain contribute to high traffic volume and slower movement on that particular stretch. Therefore, PLUS’ proactive step to conduct a public pilot of the ‘SmartLane’ in the area is aimed at reducing traffic congestion faced by the public during peak hours on working days on the ELITE highway, while helping us improve our service level on the highway,” explained Mohd Yusuf.

He said, PLUS has made various preparations for the implementation of this initiative, including monitoring by the police, RTD personnel, and PLUSRonda teams, as well as installing traffic signages and providing additional tow trucks at the location in case of emergencies. 

“On average, approximately 75,000 vehicles ply the USJ-Seafield stretch on the ELITE highway every day. Out of that number, 58% use the stretch simultaneously during peak hours in the morning,” added Mohd Yusuf. 

He stated that the ‘SmartLane’ is expected to reduce travel time on the designated stretch during peak hours if there are no incidents such as accidents or vehicle breakdowns. 

Meanwhile, highway users can identify the use of the ‘SmartLane’ through ‘SmartLane’ signages and traffic controllers placed at the respective location or by referring to PLUS’ social media platforms on Facebook and Twitter PLUSTrafik.

At the same time, highway users are advised to comply with all traffic signages and instructions issued by PLUS from time to time when passing through the designated area.

PLUS BAIKI TURAPAN LORONG MOTOSIKAL & LAKSANA KERJA BERKAITAN PERABOT JALAN DI PLAZA TOL JURU UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

- Laluan motosikal dilencongkan sementara selama 3 minggu mulai 10 Mei 2023

Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja pembaikan turapan lorong motosikal dan kerja berkaitan perabot jalan secara berperingkat di Plaza Tol Juru di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh itu, lorong motosikal di laluan keluar Plaza Tol Juru (menghala ke utara/Sungai Dua) akan ditutup sementara selama tiga minggu mulai 10 Mei hingga 26 Mei 2023 bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan. 

Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan melalui tiga fasa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, lorong motosikal di lokasi tersebut dibuka seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad.  

Sehubungan itu, pengguna motosikal di laluan tersebut akan dilencongkan di laluan keluar paling kiri di Plaza Tol Juru sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit.

Justeru itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan Aplikasi PLUS atau menerusi Chatbot PUTRI. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

PLUS TO CONDUCT PAVEMENT REHABILITATION WORKS AT MOTORCYCLE LANE & HIGHWAY FURNITURE RELATED WORKS AT JURU TOLL PLAZA FOR MORE CONVENIENT

- Motorcycle lane to be temporarily diverted for 3 weeks from 10 May 2023

As part of a continuous effort to provide a more convenient journey for highway users, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will carry out motorcycle lane pavement rehabilitation & highway furniture related works in stages at the Juru Toll Plaza on the North-South Expressway. As such, the motorcycle lane at the Juru Toll Plaza (exit lane heading towards the north/Sungai Dua) will be temporarily closed for three weeks from 10 May until 26 May 2023.

The works will be carried out in three phases from Monday to Friday throughout the period. However, the motorcycle lane at the location will be operating as usual on Saturday and Sunday.

As such, motorcyclists at the designated location will be diverted to the left-most exit lane at the Juru Toll Plaza during the period. They are also advised to adhere to the traffic signages, and instructions given by PLUS personnel from time to time when passing through the affected stretch. 

All highway users are also reminded to plan their journey or to get the latest traffic conditions via the PLUS App or via the PUTRI chatbot. Additionally, please contact the PLUSLine at 1800-88-0000 in the event of any emergencies.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles