Kami Kisah Challenge

 

  1. Penganjur & Syarat Kelayakan

Peraduan “Kami Kisah Challenge” (“Peraduan”) ini dianjur oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad ("PLUS Berhad" atau “Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas pada 1 Januari 2022. Peserta hendaklah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport yang sah dan bermastautin di Malaysia.

 

  1. Tempoh Peraduan adalah bermula dari 6 Oktober 2022 pada jam 12:00:01 waktu Malaysia (GMT +8) dan akan tamat pada 16 Oktober 2022 pada jam 23:59:59 waktu Malaysia (GMT +8) (“Tempoh Peraduan”)

 

  1. Cara Menyertai Peraduan & Kriteria Kemenangan

 

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan (“Penyertaan”):

 

  1. Peserta (“Peserta”) yang menghantar Penyertaan dalam peraduan ini perlu mempunyai akaun Instagram sendiri dan ianya terbuka untuk tatapan awam;

 

  1. Peserta perlu "follow" dan "tag" akaun Instagram @plusmalaysia di ruangan "feed";

 

  1. Peserta hendaklah siarkan/pamerkan gambar beserta kapsyen ringkas dan menarik yang berkaitan dengan tip penjagaan kesihatan mental;

 

  1. Peserta perlu meletakkan tanda pagar (hashtag) #KamiKisah #WorldMentalHealthDay #WeSihatSelamat dan #Peraduan di akhir kapsyen;

 

  1. Hanya Penyertaan yang mempunyai hashtag yang betul dan tepat akan diambil kira;

 

  1. Gambar yang dihantar hendaklah menepati terma dan syarat yang ditetapkan. Gambar yang tidak menepati terma dan syarat akan terbatal secara automatik walaupun gambar yang dihantar sememangnya kreatif;

 

  1. Penyertaan akan dinilai oleh panel Juri dalaman dari pihak PLUS Berhad;

 

  1. 100 Penyertaan paling kreatif, terbaik dan memenuhi terma dan syarat akan dipilih oleh Penganjur sebagai Pemenang bagi Peraduan ini (“Pemenang”). Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan, pertanyaan dan / atau surat-menyurat berkaitan keputusan ini tidak akan dilayan; dan

 

  1. Penyertaan mestilah asli dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Penyertaan yang mempunyai unsur plagiarism akan terbatal secara automatik.

 

  1. Penyertaan dalam Peraduan adalah percuma dan ini akan dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan jelas oleh Peserta terhadap Terma dan Syarat Peraduan, Polisi dan Notis Privasi PLUS Berhad seperti yang termaktub dalam Perenggan 12, Terma dan Syarat Peraduan dan keputusan Penganjur.

 

  1. Tambahan kepada terma-terma dibawah Polisi dan Notis Privasi PLUS Berhad, Penganjur juga mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyalin, menyampaikan, mengagihkan, mempersembahkan secara terbuka, menerbitkan, mengeluarkan, atau mempamerkan mana-mana penyertaan, atau mana-mana bahagian daripada penyertaan, dalam mana-mana dan semua media termasuk tetapi tidak terhad kepada semua bentuk Internet, televisyen, dan protokol aplikasi tanpa wayar (Wireless Application Protocol).

 

  1. Penyertaaan tidak boleh mengandungi bahan yang memaparkan unsur-unsur fitnah, provokasi, lucah, ganas, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, ketidakupayaan fizikal, orientasi seksual atau umur), menyalahi undang-undang (contohnya pengambilan alkohol di bawah umur, penyalahgunaan bahan, dan lain-lain) menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menghina atau berbentuk gangguan.

 

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan yang diinginkan namun hanya satu Penyertaan sahaja yang akan dipilih. Sekiranya Peserta mempunyai akaun yang berbeza tetapi pemilikan identiti yang sama ia akan dikira sebagai satu (1) penyertaan sahaja.

 

  1. Pengumuman dan Penebusan Hadiah

 

  1. Pemenang Peraduan ini akan dimaklumkan melalui ‘direct message’ (DM) pada 3 November 2022 oleh Admin ke akaun Peserta (“Pemenang”). Jika Admin TIDAK menerima sebarang jawapan daripada Pemenang dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas dimaklumkan tentang kemenangan tersebut, pemilihan Pemenang tersebut akan terbatal dan seterusnya pihak Penganjur Peraduan berhak untuk meneruskan pemilihan semula Pemenang lain yang layak. Penganjur Peraduan TIDAK bertanggungjawab dalam sebarang cara jika pemberitahuan melalui DM tidak diterima oleh Pemenang atau pemberitahuan melalui DM tidak dibaca oleh Pemenang. Pemenang yang telah dihubungi oleh Admin melalui DM dikehendaki untuk mengemukakan butiran peribadi dengan jawapan DM.(“Butiran Peribadi”)

 

  1. Sebarang Butiran Peribadi yang dikemukakan oleh Pemenang antara lain seperti nama dan nombor MyKad (seperti yang dinyatakan di dalam MyKad), nombor telefon, dan alamat emel, adalah dianggap sebagai persetujuan Pemenang tersebut ke atas Peraturan, Terma dan Syarat Peraduan dan Polisi dan Notis Privasi PLUS Berhad seperti yang termaktub dalam Perenggan 12, Terma dan Syarat Peraduan.

 

  1. Pemenang yang gagal menghantar Butiran Peribadi dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh dimaklumkan ATAU memberikan Butiran Peribadi yang tidak lengkap atau tidak tepat akan dibatalkan kemenanganya dengan serta-merta tanpa sebarang notis.

 

  1. Seramai 100 Pemenang bakal menerima hadiah untuk Peraduan ini (“Hadiah Peraduan”) adalah tertakluk kepada terma dan syarat di sini:-

 

  1. Hadiah Peraduan untuk 100 Pemenang adalah e-Wallet Touch ‘n GO sebanyak RM50.00. Pemenang akan dihubungi melalui e-emel yang diberikan melalui Butiran Peribadi.

 

  1. Sekiranya Pemenang ini merupakan Ahli PLUSMiles dengan akaun PLUSMiles yang sah, Pemenang akan menerima 5,000 Mata Ganjaran PLUSMiles tambahan. Mata Ganjaran PLUSMiles tambahan akan dikreditkan ke dalam akaun PLUSMiles Pemenang dalam masa dua (2) bulan selepas peraduan ini berakhir. Hari Bekerja untuk tujuan terma dan syarat ini merujuk kepada mana-mana hari yang bukan hari Sabtu, Ahad atau cuti umum atau cuti bank di Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan;

 

  1. Sekiranya Pemenang BUKAN Ahli PLUSMiles, Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui e-mel bagi mengajak Pemenang untuk mendaftar sebagai Ahli PLUSMiles yang baharu untuk memenangi 5,000 Mata Ganjaran PLUSMiles tambahan. Sekiranya Pemenang tidak mendaftar sebagai Ahli PLUSMiles dalam masa yang ditetapkan, Penganjur akan menganggap Pemenang tidak berminat dan tidak akan memperolehi 5,000 Mata Ganjaran PLUSMiles tambahan.

 

  1. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa.

 

  1. Liabiliti dan Tanggungjawab

Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh Peserta yang menyertai Peraduan ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.

 

Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang mungkin timbul daripada atau dalam sehubungan dengan Peraduan ini.

 

Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh Peserta untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap. 

 

Semua Peserta bersetuju dan memahami bahawa Instagram tidak mempunyai sebarang penglibatan dengan Peraduan ini sama ada dari segi tajaan, atau penyeliaan. Instagram juga tidak terikat dengan apa-apa perjanjian dengan Penganjur dan/atau peserta Peraduan ini.

 

  1. Hak Penganjur

Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Setiap Peserta juga bersetuju bahawa, tambahan kepada terma-terma di bawah Polisi dan Notis Privasi PLUS Berhad, Penganjur juga berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta dan/atau para Pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan/atau para Pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video/sebarang muatan yang mereka telah sertakan untuk Peraduan ini. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.

Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta adalah dianggap telah membaca, memahami semua terma dan syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sama ada bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.

Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahihan peruntukan yang lain).

Setiap Peserta bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami terma dan syarat Peraduan ini dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Peraduan ini, sila hubungi PLUS Admin melalui DM/mesej peribadi di akaun Instagram Penganjur.

Terma dan syarat yang ditetapkan untuk Peraduan ini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

 

  1. Polisi dan Notis Privasi

Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan sebarang data peribadi kepada Penganjur, semua Peserta dan Pemenang adalah dianggap telah bersetuju seperti berikut:

  • Bahawa mereka telah membaca dan memahami Polisi dan Notis Privasi PLUS Berhad seperti yang boleh didapati di laman web korporat (http://www.plus.com.my) dan memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk memproses maklumat peribadi mereka dalam pengendalian Peraduan dan bagi apa-apa proses atau publisiti Peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa media; dan
  • Bahawa mereka bersetuju ke atas terma dan syarat Peraduan dan keputusan Peraduan oleh Penganjur.

 

 

Get rewarded on the road with our spot, snap and win contest.

PLUS Privacy Policy

To all our Stakeholders,

We, PLUS Malaysia Berhad and our subsidiaries (collectively, “PLUS”) respect your right to privacy and we respect all personal information you provide to us. The Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) was introduced in Malaysia to regulate the processing of personal information in commercial transactions and to safeguard the interest of individuals. Please note that we only collect your personal information in compliance with the PDPA. We require your personal data to understand your needs and provide you with a better service, and in particular for the following reasons:

  • to communicate with you;
  • to provide services to you;
  • to process your payment transactions;
  • to respond to your inquiries;
  • to administer your participation in contests;
  • to conduct internal activities;
  • to conduct market surveys and trend analysis;
  • to provide you with information on products and services of PLUS;
  • for other legitimate business activities of PLUS; and
  • for such other purposes in relation to your contract with PLUS.

Please note that we will let you know about any products or services which we believe may be of interest to you.  You will always be able to unsubscribe or opt-out of receiving our messages. Further, to comply with the provisions under the PDPA, PLUS has introduced the PLUS PRIVACY POLICY (“Privacy Policy”), which you may access through our webpage at www.plus.com.my. PLUS will comply with the Privacy Policy and the PDPA in relation to any personal information to which PLUS is given access to by any individual.

You may submit your written request, between 9.00AM and 5.00PM, Monday to Friday, if you have any questions in relation to the Privacy Policy; or for access to, or correction of your personal information or limit the processing of your personal information upon payment of a prescribed fee, to us at

PLUS PRIVACY POLICY (“Privacy Policy”) download here  >>>

Notis dan Dasar Privasi PLUS

PLUS Malaysia Berhad (“PLUS”) yang beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor dan syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu, atau gabungan PLUS, termasuk entiti-entiti di dalam Kumpulan Syarikat PLUS seperti Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd., Teras Teknologi Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “PLUS”, “Kami”) adalah komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan dan integriti Data Peribadi yang diberikan oleh anda. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), Notis Privasi ini bertujuan untuk menerangkan cara-cara kami mengguna dan memproses Data Peribadi anda serta pilihan-pilihan yang ada untuk anda memperbetulkan atau mengakses atau menghadkan akses kami kepada Data Peribadi anda.

  1. Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami

Kami dibenarkan mengumpul Data Peribadi yang berikut:-

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan / pasport
  • Jantina
  • Maklumat hubungan anda (seperti alamat e-mel, alamat dan nombor telefon bimbit anda)
  • Kewarganegaraan
  • Tarikh lahir
  • Negara, Negeri dan Bandar di mana anda menetap
  • Nombor Tag Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go anda
  • Data yang berkaitan dengan kenderaan anda (seperti negara di mana kenderaan anda didaftarkan, jenis kenderaan, buatan kenderaan, model kenderaan, tahun buatan kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan)
  • Nombor pengenalan pengilangan Kad Touch ‘n Go anda

(dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”)

Untuk memastikan anda dapat menikmati semua manfaat di bawah program PLUSMiles, kami memerlukan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi anda seperti yang tersenarai di atas atau menarik balik kebenaran bagi pemprosesan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan keseluruhan atau sebahagian daripada manfaat di bawah perkhidmatan-perkhidmatan dan program PLUSMiles tersebut kepada anda, yang mungkin ditawarkan kini atau yang mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Program PLUSMiles bermaksud semua program kesetiaan, ganjaran dan/atau insentif PLUSMiles yang ditawarkan atau dikendalikan oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, PLUSMiles, PLUSTrack dan e-PLUSMiles.

  1. Sumber Data Peribadi Anda

 

Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung, pihak kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti:-

 

  • apabila anda mengisi borang-borang permohonan atau pendaftaran atau borang-borang lain yang sama;
  • dari sumber-sumber awam yang tersedia seperti direktori-direktori;
  • dari laman-laman media sosial kami, sekiranya anda mengikuti (‘follow’), menyukai (‘like’) atau menjadi pengikut (‘follower’) halaman tersebut;
  • apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan kami di mana-mana acara atau aktiviti;
  • apabila anda mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh kami;
  • daripada mana-mana entiti atau bahagian kami serta syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan kami (ini termasuk mana-mana entiti dalam Kumpulan Syarikat PLUS);
  • dari rakan-rakan perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (“TnG”) seperti apabila anda mendaftar untuk Tag RFID TnG dan/atau sistem pembayaran elektronik transaksi TnG yang berasaskan akaun (seperti Pay Direct);
  • dengan menggunakan laman-laman web kami (“Laman Sesawang”). Data Peribadi anda juga boleh dikumpul dari kuki, suar web dan kaedah-kaedah teknikal lain yang mungkin melibatkan penghantaran Data Peribadi sama ada secara langsung kepada kami atau kepada pihak lain yang kami berikan kuasa untuk mengumpul maklumat bagi pihak kami yang digunakan di Laman Sesawang tersebut.

 

  1. Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

Kami mengumpul Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-tujuan”):

  • Untuk menilai dan memproses permohonan dan pendaftaran anda untuk program-program kesetiaan kami seperti program PLUSMiles kami;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan penebusan hadiah di bawah program kesetiaan kami seperti program PLUSMiles, termasuk untuk tujuan penghantaran penebusan hadiah tersebut;
  • Untuk menunaikan kewajipan kontrak kami terhadap anda;
  • Untuk tujuan-tujuan penyelidikan termasuklah bagi tujuan-tujuan sejarah dan statistik;
  • Untuk menyelaraskan sebarang data mengenai anda yang dipegang oleh kami atau syarikat-syarikat berkaitan kami dari semasa ke semasa;
  • Untuk membolehkan kami membangunkan, meningkatkan, memantau, mengkaji semula, dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan (termasuk perkhidmatan-perkhidmatan bukan berkenaan lebuh raya atau perkhidmatan-perkhidmatan tol yang mungkin ditawarkan oleh PLUS);
  • bagi penilaian dan analisis pasaran, pelanggan-pelanggan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk meminta pendapat anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami serta menjalankan penyelidikan mengenai pasaran dan tinjauan pelanggan;
  • Untuk memahami, menganalisa, meningkatkan dan memperbaiki kecekapan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami serta keperluan dan keutamaan anda;
  • Untuk meningkatkan pengalaman anda sebagai pengguna lebuh raya kami (seperti pengurusan aliran lalu lintas, menggalakan keselamatan lebuh raya, dan lain-lainnya);
  • Untuk memberikan komunikasi tetap kepada anda (selain daripada bahan-bahan pemasaran langsung) dari kami;
  • Untuk menyiasat aduan-aduan, menyiasat transaksi-transaksi yang disyaki mencurigakan dan penyelidikan untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan atau barangan-barangan;
  • Untuk memproses penyertaan anda dalam sebarang acara, aktiviti, pertandingan, promosi atau tinjauan yang dianjurkan oleh kami;
  • Untuk tujuan-tujuan pentadbiran dan operasi dalaman kami, seperti pengauditan, analisis data dan rekod-rekod pangkalan data;
  • Untuk membolehkan kami mematuhi kewajipan-kewajipan kami di bawah undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
  • Untuk membalas pertanyaan, komen, maklum balas atau permintaan-permintaan akses data anda dan memudahkan operasi harian kami;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau sebagaimana yang dibenarkan oleh keperluan undang-undang atau peraturan di dalam dan di luar Malaysia;
  • Untuk tujuan-tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
  • Untuk mengendalikan risiko; dan
  • Untuk sebarang tujuan lain yang anda telah bersetuju

dan anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan di atas dan mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis Privasi ini.

Tujuan-tujuan Pemasaran dan Promosi

Kami juga boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain seperti ("Tujuan-tujuan Tambahan"): -

  • untuk menghantar kepada anda apa-apa makluman, surat berita, kemas kini, kiriman, bahan promosi, keistimewaan, salam perayaan daripada kami, serta rakan-rakan perniagaan, penaja-penaja atau pengiklan-pengiklan kami;
  • untuk memaklumkan anda mengenai dan menjemput anda ke acara-acara, aktiviti-aktiviti atau pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh kami, atau rakan-rakan perniagaan, penaja-penaja atau pengiklan-pengiklan kami;
  • untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri mana-mana acara, aktiviti atau pertandingan dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
  • untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan-rakan perniagaan, pengiklan-pengiklan, syarikat-syarikat pengurusan acara atau penaja-penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, atau promosi-promosi mereka;

melalui pos, panggilan telefon, perkhidmatan mesej, serahan tangan dan/atau e-mel.

Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan Tambahan, sila maklumkan kepada kami dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Semua data peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami selama tempoh yang dibenarkan/dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, dan tempoh tersebut mungkin dilanjutkan sehingga selepas penamatan kontrak anda dengan kami.

  1. Pendedahan Data Peribadi anda

Kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-

  • pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga, ejen-ejen atau kontraktor-kontraktor kami yang bekerja dengan kami, termasuk pihak-pihak yang bekerja bersama kami dalam program PLUSMiles serta program-program atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mungkin diperkenalkan oleh kami dari semasa ke semasa;
  • syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan kami (ini termasuk mana-mana entiti dalam Kumpulan Syarikat PLUS);
  • rakan-rakan kongsi perniagaan, rakan-rakan kesetiaan, rakan-rakan pembayaran kami, dan mana-mana rakan lain yang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka mungkin menarik minat anda;
  • mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga, ejen atau kontraktor yang telah kami lantik atau syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan kami untuk membekalkan produk-produk/perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami sama ada di dalam atau di luar Malaysia tertakluk kepada kawalan-kawalan keselamatan yang mencukupi terhadap maklumat tersebut (seperti perkhidmatan-perkhidmatan pemprosesan data, penyelenggaraan sistem-sistem dan laman web, perkhidmatan-perkhidmatan media dan pemasaran, perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran, audit, perbankan);
  • mana-mana penerima serah hak, penerima hak milik (‘transferee’), peserta atau sub-peserta yang sebenar atau dicadangkan berkenaan hak atau perniagaan kami seperti berkaitan suatu transaksi korporat, contohnya penjualan sebuah anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau sekiranya ada kemungkinan pembubaran perniagaan berlaku;
  • sesiapa yang kami diwajibkan untuk membuat pendedahan kepada menurut keperluan mana-mana undang-undang, kaedah, peraturan, perintah mahkamah, kod amalan atau garis panduan yang mengikat kami termasuk tanpa had kepada, mana-mana pengawal selia undang-undang, badan kerajaan, atau badan yang diiktiraf industri, dan jika selainnya dikehendaki oleh undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
  • juruaudit, peguam, jururunding, dan penasihat-penasihat lain kami; dan
  • kepada pihak-pihak seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia. 

Data Peribadi anda mungkin dipindah kepada, disimpan dalam, digunakan dalam dan diproses dalam suatu bidang kuasa selain Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini atau jika pelayan-pelayan kami terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang diterangkan di sini.

  1. Hak-hak dan pilihan-pilihan anda

Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, aduan, permintaan akses atau pembetulan, atau permintaan untuk kami mengehadkan pemprosesan berkenaan Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan atau Tujuan-tujuan Tambahan, sila hubungi kami di:-

Ketua Pegawai Governans & Risiko

Nombor Hubungan : +603-7801 6666 atau

E-mel kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kami berhak untuk mengenakan bayaran untuk mengakses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang. Berhubung dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, contohnya apabila perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak sepadan dengan risiko privasi anda atau orang lain.

Sekiranya anda berhasrat untuk menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami secara bertulis melalui alamat e-mel di atas.

Sekiranya anda tidak mahu Data Peribadi anda dikumpulkan melalui kuki di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menyekat atau menyahaktifkan kuki, dengan memadamkan sejarah penyemakan imbas anda dan membersihkan cache dari pelayar internet anda.

 

  1. Data Peribadi daripada Individu-individu Bawah Umur dan Individu-individu Lain

Sekiranya Data Peribadi individu-individu bawah umur (individu-individu di bawah umur 18 tahun) diberikan kepada kami, anda, sebagai ibu bapa atau penjaga sah mereka dengan ini membenarkan pemprosesan Data Peribadi individu-individu bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Notis Privasi ini dan bertanggungjawab untuk tindakan-tindakan kanak-kanak tersebut.

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin telah memberikan data peribadi yang berkaitan dengan individu-individu lain (seperti pasangan, ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan anda) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperolehi persetujuan mereka untuk pemprosesan dan penggunaan data peribadi mereka mengikut cara yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.

  1. Pindaan Selanjutnya dan Pertikaian

Kami berhak untuk mengemas kini dan/atau meminda Notis Privasi ini. Kami akan memaklumkan anda mengenai pindaan penting kepada Notis Privasi ini melalui e-mel dan dengan memaparkan versi yang telah dikemaskini pada Laman Web kami, dan akan memerlukan kebenaran anda bagi pindaan - pindaan yang baru. Sekiranya anda terus melanggani program PLUSMiles anda akan dianggap sebagai telah menerima perubahan-perubahan tersebut.

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian di antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi dan digunapakai.

SELF-SERVICE KIOSK

PLUSRonda

Established on April 1 1990, PLUSRonda is the familiar name given to our team of dedicated personnel whose primary task is to patrol our Expressway and provide assistance to our customers wherever it is needed.

Fronting the Expressway's operations, the PLUSRonda personnel also check Emergency Telephones, fence lines and other roadside furniture on a regular basis, ensuring the timely repair of all damages.

Available 24-hours a day, 365-days a year, the PLUSRonda services reflect our commitment towards providing a safer and more convenient choice for travelers.

The services offered by the PLUSRonda include :

  • minor repairs to vehicles experiencing a mechanical fault or breakdown
  • towing services to the nearest toll plaza or Rest and Service Area (for Class 1 vehicles only)
  • traffic management and co-ordination of emergency services

To obtain PLUSRonda assistance, users can:-

  • Call the toll free PLUSLine at 1800 88 0000 or
  • Use the emergency telephones which are provided at every 2 kilometres along the PLUS expressways

PLUS continually improves PLUSRonda services by improving response time in attending to customers.