Our Video
Filter
Categories
-
Media Releases
- Announcements/Events
- Gallery
MERAIKAN PERPADUAN & PATRIOTISME: 34 KAWASAN REHAT SEMARAKKAN SUASANA MERDEKA KEPADA PENGGUNA LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 30 Ogos 2023:- Pengguna lebuh raya yang singgah di kawasan rehat dan
rawat (R&R) di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berpeluang
merasai kehangatan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 apabila 34 R&R
sepanjang Lebuhraya PLUS dihiasi dengan pelbagai hiasan menarik bertemakan
kemerdekaan negara pada ketika ini.
PLUS HARGAI KERJASAMA SEMUA PENGGUNA LEBUH RAYA KETIKA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN TURAPAN SEMULA JALAN AKIBAT INSIDEN TUMPAHAN CECAIR Dl KM1.2 LEBUHRAYA ELITE – Semua laluan dibuka semula sejak 8.30 pagi ini
Petaling Jaya, 9 September 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula laluan susur Persimpangan Shah Alam dari Subang di Lebuhraya NKVE menghala ke arah Seafield/KLIA di Lebuhraya ELITE (Arah Selatan) kira-kira jam 8:30 pagi tadi.
PLUS RANGKUL ANUGERAH TENAGA ASEAN BAGI KATEGORI BANGUNAN CEKAP TENAGA
Petaling Jaya, 18 September 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pengendali lebuh raya yang utama di Malaysia, mengumumkan pencapaian cemerlangnya merangkul Anugerah Tenaga ASEAN bagi Kategori Bangunan Cekap Tenaga pada “ASEAN Energy Efficiency and Conservation Best Practices Awards 2023”.
PLUS MENINGKATKAN KECEMERLANGAN RAKAN NIAGA Dl KAWASAN REHAT DAN RAWAT (R&R) UNTUK TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PENGGUNA LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 27 September 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terus komited untuk membimbing, memupuk kecemerlangan dan pembangunan rakan-rakan niaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuh rayanya. Langkah ini termasuklah menyediakan pelbagai program seperti Program Insentif Rakan Niaga (BPIP) yang meliputi bimbingan, latihan, kursus dan seminar dalam meningkatkan kecemerlangan operasi, pengalaman pengguna dan menjana pendapatan.
PLUS DAN GENTARI MELANCARKAN STESEN PENGECAS PANTAS EV MODULAR MUDAH ALIH DILENGKAPI SISTEM SIMPANAN KUASA BATERI Dl MALAYSIA, Dl HENTIAN SEBELAH BEHRANG (ARAH UTARA)
Behrang, Perak, Malaysia – 17 Oktober 2023 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd (Gentari), melalui anak syarikat milik penuh, Gentari Green Mobility Sdn Bhd (Gentari Green Mobility) telah berkolaborasi untuk menyediakan Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih yang dilengkapi dengan Sistem Simpanan
Kuasa Bateri (BESS), di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara).
PLUS KELUARKAN JADUAL TTA UNTUK PENGGUNA RANCANG PERJALANAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
Petaling Jaya, 7 November 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali di Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 November hingga 14 November 2023. Jadual TTA tersebut boleh diperolehi menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUS’ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.