- Laman Utama
- Hubungi Kami
- Speak Up!
Speak Up!
Makluman anda amat dihargai. “Speak Up” untuk melaporkan sebarang kes penipuan, rasuah, gangguan dan salah laku lain.

Speak Up tentang...

- Penipuan, Rasuah, Korupsi, Penyalahgunaan Kuasa dan Konflik Kepentingan;
- Diskriminasi, Gangguan atau Buli; dan
- Pemalsuan, Kecurian, Penyelewengan atau Penyalahgunaan Harta Hak Milik Syarikat.
Anda boleh memilih untuk tidak memberikan nama, tetapi ianya amat digalakkan untuk memberi butiran perhubungan bagi memudahkan penyiasatan.
Identiti anda akan dirahsiakan, diterima dan diuruskan oleh pentadbir pihak ketiga yang bebas bagi pihak PLUS.
Saluran Speak Up PLUS
Anda boleh mengakses ‘Speak Up’ PLUS melalui saluran yang berikut:
PLUS Speak Up Channel
P.O. Box 8097,
Kelana Jaya Post Office,
2, Jalan SS 6/2, SS 6,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Berikan maklum balas anda
Kongsi pendapat anda tentang cara kami dapat menambah baik pengalaman anda di jalan raya.
Soalan Lazim
Panduan anda untuk mendapat penjelasan dan jawapan bagi soalan-soalan berkenaan Saluran ‘Speak Up’ PLUS.
- Penipuan, Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa atau Konflik Kepentingan
- Kecuaian Tugasan yang Berat
- Diskriminasi, Gangguan atau Buli
- Pemalsuan, Pencurian, Penyelewengan atau Penyalahgunaan Harta Hak Milik Syarikat
- Ketidakpatuhan kepada Polisi dan Prosedur Syarikat
Anda boleh memilih untuk tidak memberikan nama yang mana butiran hubungan adalah tidak wajib, tetapi ianya amat digalakkan untuk memberikan butiran hubungan dan maklumat yang mencukupi bagi memudahkan tindakan seterusnya, termasuk penilaian dan/atau penyiasatan.
- Identiti anda hendaklah dirahsiakan setakat yang mungkin melainkan jika dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang atau prosiding undang-undang.
- Dengan syarat aduan anda dibuat dengan telus anda akan dilindungi selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai.
- Aduan anda akan diterima oleh pentadbir pihak ketiga yang bebas, yang akan memberikan pengakuan penerimaan, dengan syarat anda telah memberikan butiran hubungan.
- Aduan anda akan disalurkan oleh pentadbir pihak ketiga yang bebas kepada Ahli Lembaga berkenaan yang kemudiannya akan menentukan tindakan wajar seterusnya.
- Anda akan dikemaskini oleh pentadbir pihak ketiga bebas mengenai status penilaian dan/atau penyiasatan selaras dengan polisi dan prosedur PLUS.