- Laman Utama
- Hubungi Kami
- Soalan Lazim
Soalan Lazim
Panduan untuk mendapat penjelasan dan jawapan pantas kepada soalan-soalan berkenaan PLUS Malaysia.
Pilihan
Soalan-Soalan Lazim
- Aduan anda akan diterima oleh pentadbir pihak ketiga yang bebas, yang akan memberikan pengakuan penerimaan, dengan syarat anda telah memberikan butiran hubungan.
- Aduan anda akan disalurkan oleh pentadbir pihak ketiga yang bebas kepada Ahli Lembaga berkenaan yang kemudiannya akan menentukan tindakan wajar seterusnya.
- Anda akan dikemaskini oleh pentadbir pihak ketiga bebas mengenai status penilaian dan/atau penyiasatan selaras dengan polisi dan prosedur PLUS.
- Identiti anda hendaklah dirahsiakan setakat yang mungkin melainkan jika dikehendaki sebaliknya oleh undangundang atau prosiding undang-undang.
- Dengan syarat aduan anda dibuat dengan telus anda akan dilindungi selaras dengan undang undang dan peraturan yang terpakai.
Anda boleh memilih untuk tidak memberikan nama yang mana butiran hubungan adalah tidak wajib, tetapi ianya amat digalakkan untuk memberikan butiran hubungan dan maklumat yang mencukupi bagi memudahkan tindakan seterusnya, termasuk penilaian dan/atau penyiasatan.
Sebarang kelakuan tidak wajar, tetapi TIDAK terhad kepada yang berikut:
- Penipuan, Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa atau Konflik Kepentingan
- Kecuaian Tugasan yang Berat
- Diskriminasi, Gangguan atau Buli
- Pemalsuan, Pencurian, Penyelewengan atau Penyalahgunaan Harta Hak Milik Syarikat
- Ketidakpatuhan kepada Polisi dan Prosedur Syarikat
Buat masa ini, PLUS Malaysia Berhad tidak menawarkan insentif khusus untuk memberikan maklum balas. Walau bagaimanapun, input anda sangat dihargai kerana dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan kami secara berterusan.
Tempoh respons untuk maklum balas tersebut mungkin berbeza-beza.Walau bagaimanapun, PLUS Malaysia Berhad akan berusaha untuk mengambil maklum dan memberi respons dalam tempoh yang munasabah.
Halaman Maklum Balas dihasilkan untuk menyediakan saluran kepada pengguna agar mereka dapat berkongsi pandangan, cadangan dan kebimbangan mereka mengenai lebuh raya PLUS.
Ya, PLUS akan melakukan pemaklumkan jika terdapat sebarang kemas kini berkaitan proses atau keperluan pendaftaran.
PLUS komited untuk melindungi semua maklumat peribadi yang diberikan kepada kami. Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda, kami mungkin perlu
berkongsi maklumat peribadi anda dengan Pihak Ketiga yang Dibenarkan yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami. Mereka terikat secara kontrak untuk menjaga privasi dan keselamatan maklumat peribadi tersebut (contohnya, penyedia insurans dan sebagainya).
Dalam keadaan tertentu, kami juga mungkin dikehendaki secara undang-undang untuk mendedahkan maklumat peribadi anda bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa kerajaan, badan pengawalseliaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi dan Notis Privasi PLUS.
Kesesuaian mungkin berbeza, tetapi pelayar yang biasa digunakan adalah seperti Google Chrome dan Microsoft Edge biasanya disokong.
Format PDF diterima untuk semua muat naik dokumen. Walau bagaimanapun, format Excel juga dibenarkan untuk dokumentasi pengalaman kerja.
Perniagaan yang memenuhi kriteria yang tertentu layak untuk mendaftar. Ini termasuklah pematuhan kepada standard undang-undang dan kewangan.
Proses pendaftaran biasanya mengambil masa 7 hari bekerja jika tiada sebarang masalah. Vendor akan menerima pemberitahuan melalui e-mel jika permohonan tersebut berjaya atau memerlukan penjelasan/maklumat lanjut diperlukan.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Waktu operasi minimum adalah 15 jam.
Ya, semua pemohon mesti mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan dan wajib mematuhi undang-undang Malaysia.
Permohonan adalah tertakluk kepada perbincangan lanjut, semakan dan penilaian yang akan dijalankan oleh PLUS.
Untuk menjamin tahap keselamatan dan perlindungan data tertinggi ke atas semua maklumat yang diberikan kepada PLUS, kami memastikan bahawa kawalan dan tahap keselamatan yang mencukupi ada disediakan selaras dengan dasar PLUS.
Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana Pejabat Bahagian terdekat di sepanjang lebuh raya PLUS atau ke alamat Ibu Pejabat seperti di bawah:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN INOVASI KAWASAN REHAT
PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD
Tingkat 2, Menara Korporat, Persada PLUS,
Persimpangan Bertingkat Subang,
KM 15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Permohonan dibuka sepanjang tahun bergantung kepada kekosongan lokasi. Sekiranya tidak ada kekosongan segera, permohonan akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan.
Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Bahagian yang terdekat atau sila rujuk pautan di bawah atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut:
PLUS hanya akan menilai dan menyemak semula permohonan yang lengkap. Mereka yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Setiap permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:
a. Cadangan Perniagaan dan Cadangan Konsep.
b. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (“KP”).
c. Salinan dokumen pendaftaran syarikat/perniagaan/pemilik tunggal.
Perusahaan
- Borang D dan/ E bersama-sama dengan maklumat perniagaan dan pemilik.
Sdn Bhd
- Borang 9,24,44,49 dan Penyata Cukai
d. Penyata akaun bank semasa selama 4 bulan.
Kriteria Pemilihan untuk Pelantikan Pengendali Gerai di sepanjang lebuh raya kami adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tinggal berhampiran, dalam lingkungan tidak lebih daripada 30km dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Sebelah atau Restoran Jejantas yang dipilih.
- Pemohon tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis.
- Pemohon menunjukkan minat yang mendalam untuk memulakan perniagaan dengan idea perniagaan yang menarik.
- Individu atau syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”).
- Semua permohonan tertakluk kepada terma dan syarat PLUS Berhad.
Melakukan penilaian berkala terhadap indikator utama – menggunakan metrik, penanda aras, dan sasaran untuk peningkatan berterusan.
Mengutamakan amalan mesra alam, penglibatan komuniti, dan kelestarian ekonomi.
Dengan mengamalkan kaedah yang cekap dalam pembinaan, penyelenggaraan, dan operasi. Ini termasuk mengurangkan pembaziran, mengoptimumkan penggunaan bahan, serta menggunakan teknologi bagi meningkatkan kecekapan sumber.
Dengan langkah-langkah seperti menggunakan teknologi cekap tenaga, menggalakkan penggunaan bahan mesra alam, dan meneroka amalan pengangkutan lestari.
Melalui amalan lestari dalam pembinaan, penyelenggaraan, dan operasi. Ini termasuk kecekapan tenaga, pengurusan sisa, serta penglibatan dalam projek pemulihan hutan.
Kelestarian memastikan operasi kita memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang. Ia penting untuk mengurangkan jejak alam sekitar, menggalakkan keselamatan jalan raya, menyokong komuniti setempat, serta memupuk tempat kerja yang pelbagai dan inklusif.
Ya, sila rujuk pada papan tanda had laju di lebuh raya PLUS.
Hubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan. Mereka akan memberikan panduan dan bantuan untuk memastikan keselamatan anda.
Jika kenderaan anda mengalami kerosakan, sila berhenti di lorong kecemasan, hidupkan lampu kecemasan, lalu bergerak ke belakang penghadang lebuh raya.
Selain melalui Kit Pemasaran, anda boleh mendapatkan butiran lanjut di laman web PLUSTrack: www.plustrack.com.my
Anda hanya boleh mendapatkan kad PLUSTrack melalui keahlian PLUSTrack. Untuk maklumat lanjut mengenai PLUSTrack, sila layari www.plustrack.com.my
Kad PLUSTrack direka khas untuk kegunaan tol sahaja, manakala Kad Touch ‘n Go biasa boleh digunakan untuk tol serta perbelanjaan lain.
Ia adalah kad prabayar (debit) yang disertakan dengan penggunaan akses untuk tol sahaja. Pengendali kenderaan komersial perlu mendaftar untuk mendapat manfaat daripada program PLUSTrack.
Sebuah program yang diwujudkan untuk pengendali kenderaan komersial yang menyediakan kemudahan, penjimatan, pengurusan dan kawalan yang efisien.
Kenderaan persendirian bermaksud kenderaan milik individu. Untuk mengumpul mata, kelas kenderaan anda mestilah Kelas 1 di semua lebuh raya PLUS kecuali Jambatan Pulau Pinang untuk Kelas 2.
Syarat asas untuk menjadi ahli PLUSMiles adalah:
- Semua pelanggan mestilah berusia 18 tahun ke atas dan tinggal di Malaysia, Singapore & Thailand.
- Pendaftaran adalah wajib.
- Semua kelas kenderaan layak untuk mendaftar. Walau bagaimanapun, hak untuk mendapat Mata Ganjaran hanya terpakai kepada kenderaan persendirian sahaja.
- Pendaftaran adalah sah untuk individu sahaja.
Portal PLUSMiles adalah portal untuk ahli PLUSMiles mengakses dan kemas kini maklumat akaun PLUSMiles, mendapat berita terkini dan menyemak transaksi perjalanan tol.
Program PLUSMiles adalah program kesetiaan yang memberi ganjaran & faedah oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk ahli PLUSMiles.
Melalui PLUSMiles, anda boleh:-
- Kumpul 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap 1 km di Lebuhraya PLUS atau dengan berbelanja RM1 melalui sistem tanpa tunai di R&R;
- Tebus Mata Ganjaran PLUSMiles anda untuk mendapatkan pelbagai hadiah istimewa atau makanan & minuman tempatan yang lazat di kawasan R&R kami, Produk dan Baucar melalui aplikasi PLUS;
- Nikmati keistimewaan gaya hidup istimewa dan eksklusif daripada pelbagai Rakan Niaga kami; dan
- Jadilah yang pertama untuk mengetahui promosi terbaharu kami atau berita melalui e-mel anda, akaun Facebook PLUSMiles dan Aplikasi PLUS.
Nasihat Waktu Perjalanan atau ‘Travel Time Advisory’ (TTA) adalah satu tempoh masa perjalanan berperingkat yang disyorkan untuk pelbagai destinasi di sepanjang lebuh raya. TTA ini diwujudkan untuk menambah baik aliran lalu lintas di laluan utama semasa musim perayaan dengan membuat penjadualan perjalanan yang proaktif bagi menyediakan aliran lalu lintas yang lebih lancar dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesesakan semasa waktu sibuk.
PLUSTrack adalah program yang diwujudkan untuk pengendali pengangkutan yang menyediakan kemudahan, penjimatan, pengurusan dan kawalan yang berkesan untuk pengendali pengangkutan anda. Ia merupakan penyelesaian untuk pengurusan pengangkutan harian dengan cekap dan program ini turut memberi ganjaran rebat bertingkat (tertakluk kepada Terma dan syarat PLUSTrack). Syarikat pengangkutan boleh memohon dengan mengisi borang pendaftaran PLUSTrack.
Kad Touch ‘n Go (termasuk kad PLUSMiles), SmartTAG, RFID dan Pembayaran Terbuka dengan menggunakan kad debit atau kredit di semua Plaza Tol Sistem Terbuka di PLUS kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang.
Buat masa ini terdapat 48 Hentian Sebelah (termasuk titik vista dan pusat trak) dan 27 R&R (termasuk restoran jejantas) di semua lebuh raya yang dikendalikan PLUS.
Kawasan R&R (Rehat & Rawat) yang terletak setiap 80 hingga 100 kilometer, menyediakan kemudahan seperti gerai makanan, pondok rehat, motel lebuh raya (lokasi terpilih sahaja), surau, stesen minyak, tandas awam, kedai serbaneka, ATM, telefon awam, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.
Hentian Sebelah atau mini R&R terletak setiap 25 hingga 50 kilometer di sepanjang lebuh raya. Kawasan Hentian Sebelah ini menawarkan kemudahan asas seperti tandas awam, telefon awam, tempat letak kereta dan pondok rehat. Walau bagaimanapun, beberapa Hentian Sebelah yang dinaik taraf menawarkan kemudahan tambahan seperti gerai makanan, stesen minyak, surau dan lain-lain.
Dapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol (1800-88-0000), aplikasi PLUS, pembantu maya PUTRI, perkhidmatan X PLUStrafik, papan elektronik yang terletak di lokasi-lokasi strategik di sepanjang lebuh raya dan stesen-stesen radio utama.
Pengiraan bayaran tol adalah berdasarkan kadar tol semasa (sen/km) dan jarak perjalanan. Jarak dikira dari Had Sempadan Penyelengaraan PLUS (LMR) dan bukan dari plaza tol masing-masing. Jarak ini disemak dan diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
31 Disember 2028
Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), sebuah lebuh raya sepanjang 748 km dari sempadan Thailand di utara ke sempadan Singapura di selatan Semenanjung Malaysia;
Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) – Lebuh raya sepanjang 35km yang menghubungkan Jalan Duta dan Bukit Raja di Klang;
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – Lebuh raya sepanjang 23km yang menghubungkan Seremban dan Port Dickson;
Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (ELITE) – Lebuh raya sepanjang 63km yang menghubungkan persimpangan Nilai Utara di NSE dan Shah Alam di NKVE;
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA) – Jambatan kedua yang merentasi antara Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di Johor dan jalan tol yang menghubungkan persimpangan kedua ke NSE dengan panjang keseluruhan 47km;
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – Lebuh raya sepanjang 17km yang menghubungkan Kulim di Kedah ke Seberang Perai di Pulau Pinang;
Jambatan Pulau Pinang, laluan penting yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai di tanah besar dengan panjang keseluruhan 13.5 km.
Untuk memulakan tuntutan, sila lengkapkan Borang Tuntutan Kemalangan yang tersedia di Borang Tuntutan Kemalangan. Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan muat naik semua dokumen sokongan seperti yang dikehendaki. Sila pastikan juga bahawa anda telah membaca dan memahami maklumat dalam Prosedur Tuntutan sebelum menghantar tuntutan.
Anda boleh menyerahkan dokumendokumen yang diperlukan seperti di bawah melalui Portal Perisikan Pelanggan. Sila maklum bahawa anda juga dikehendaki memasukkan nombor telefon & nombor tiket anda dengan betul.
1. Invois cukai
2. Laporan polis
3. Kad pengenalan
4. Lesen memandu
5. Gambar kerosakan kenderaan
6. Gambar kenderaan selepas baik pulih
7. Kad pendaftaran kenderaan
8. Polisi Insurans Kenderaan/ Nota Perlindungan
9. Baucar Pelepasan (jika tuntutan terhadap polisi insurans sendiri telah dimulakan).
Proses ini biasanya mengambil masa sekitar tiga puluh (30) hari bekerja bermula dari tarikh dokumen lengkap anda diterima. Walau bagaimanapun, tempoh ini bergantung kepada proses siasatan dan mungkin memerlukan lebih daripada tiga puluh (30) hari bekerja sebelum keputusan dapat dimaklumkan kepada anda.
Surat akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda untuk memaklumkan keputusan tuntutan tersebut. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami melalui Portal Perisikan Pelanggan untuk mendapatkan maklumat status tuntutan anda.