Mengenai PLUSTrack
Apakah kad PLUSTrack?
Diperkenalkan pada tahun 2008, Kad PLUSTrack merupakan mekanisma Touch ‘n Go tambah nilai sendiri yang diperkenalkan sebagai alternatif kaedah pembayaran untuk pengendali pengangkutan komersial.
Tujuan utama PLUSTrack adalah untuk menghapuskan kaedah tradisional pemberian wang tunai kepada pemandu, serta mengurangkan risiko penyalahgunaan bayaran tol oleh pemandu.

Apa Kata Pengguna Kami

Cik. Aida,
TIONG NAM
"Dengan Program PLUSTrack, saya dapat menjejak perbelanjaan tol dengan mudah."

Cik. Yanti,
TASCO BERHAD
"Program PLUSTrack banyak membantu saya sebagai pengendali pengangkutan untuk menguruskan pengangkutan dengan lebih berkesan."

Cik. Idayu,
XIN HWA TRADING & TRANSPORT SDN BHD
"Program PLUSTrack memudahkan saya mengelakkan salah laku pemandu kerana kad ini hanya boleh digunakan untuk bayaran tol sahaja."

Cik. Sharifah,
LEE TING SAN LORRY TRANSPORT
"Bagi saya, ia memberikan ketenangan fikiran kerana saya boleh menjejaki perjalanan pemandu melalui penyata elektronik (e-Statement)."
Manfaat Program PLUSTrack
Tingkatkan kecekapan dan dapatkan kawalan yang lebih baik dengan kad prabayar PLUSTrack, yang direka untuk memberikan pengalaman pengurusan pengangkutan komersial yang lebih lancar.
Sebab Utama Menjadi Ahli
PLUSTrack merupakan salah satu inovasi produk oleh PLUS yang direka khas untuk memenuhi keperluan sektor komersial pelanggan kami, seperti pengendali pengangkutan komersial dari organisasi tuan/puan yang dihormati. Kad PLUSTrack ialah kad prabayar (debit) yang menawarkan kemudahan penggunaan yang lebih mudah, fleksibel dan boleh dipercayai kepada pengendali pengangkutan komersial. Ia membolehkan pengguna untuk menambah nilai, memantau, serta mengawal perbelanjaan tol dengan lebih cekap. Dengan sokongan terminal tambah nilai yang dipasang di permis pelanggan, pengguna boleh menambah nilai kad PLUSTrack pada bila-bila masa, menjadikan pengurusan pengangkutan komersial lebih mudah dan efisien.
Penjejakan dan Pemantauan Dalam Talian
Anda boleh menjejak dan menguruskan pergerakan pengangkutan anda dengan penyata digital Touch 'n Go.

Tambah Nilai Yang Lebih Mudah
Anda boleh menambah nilai kad dengan mudah di premis anda sebelum pengangkutan anda memulakan perjalanan.
Penjenamaan Peribadi
Anda boleh menulis butiran organisasi dan nombor pendaftaran pengangkutan pada setiap kad.
Kawalan Perbelanjaan Yang Lebih Baik
Anda boleh menguruskan pembayaran tol harian dengan membuat tambah nilai sendiri agar perjalanan lebih mudah.
Penjejakan dan Pemantauan Dalam Talian
Anda boleh menjejak dan menguruskan pergerakan pengangkutan anda dengan penyata digital Touch 'n Go.

Tambah Nilai Yang Lebih Mudah
Anda boleh menambah nilai kad dengan mudah di premis anda sebelum pengangkutan anda memulakan perjalanan.
Penjenamaan Peribadi
Anda boleh menulis butiran organisasi dan nombor pendaftaran pengangkutan pada setiap kad.
Kawalan Perbelanjaan Yang Lebih Baik
Anda boleh menguruskan pembayaran tol harian dengan membuat tambah nilai sendiri agar perjalanan lebih mudah.

Boleh Diakses di Semua Lebih Raya
Kad PLUSTrack juga boleh digunakan di lebuh raya bukan kendalian PLUS.
Kawalan Penggunaan Kad
Kad PLUSTrack boleh digunakan secara eksklusif untuk pembayaran tol sahaja.

Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik
Meningkatkan kecekapan organisasi dengan memperkemaskan pengurusan aliran tunai.
Talian Bantuan Khusus
Kami akan menyediakan latihan dan sokongan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi anda.

Boleh Diakses di Semua Lebuh Raya
Kad PLUSTrack juga boleh digunakan di lebuh raya bukan kendalian PLUS.

Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik
Meningkatkan kecekapan organisasi dengan memperkemaskan pengurusan aliran tunai.
Kawalan Penggunaan Kad
Kad PLUSTrack boleh digunakan secara eksklusif untuk pembayaran tol sahaja.
Talian Bantuan Khusus
Kami akan menyediakan latihan dan sokongan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi anda.


as PLUSTrack member and start to enjoy all the great benefits
Apakah HEVTEC?
HEVTEC ialah Persidangan Kenderaan Berat yang dianjurkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Persidangan ini menjadi platform khusus untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dalam sektor kenderaan berat. HEVTEC menghimpunkan pihak berkepentingan utama daripada peneraju industri hinggalah kepada agensi Kerajaan, bagi memupuk kerjasama dan perkongsian ilmu ke arah perubahan yang lebih bermakna.
Persidangan ini berteraskan kepada Pendekatan 5E Keselamatan Jalan Raya PLUS: Kejuruteraan, Pendidikan, Penguatkuasaan, Pelan Tindak Balas Kecemasan, dan Penilaian. Menerusi lima teras ini, HEVTEC berusaha merangka dan melaksanakan inisiatif keselamatan yang berimpak tinggi di lebuh raya seluruh Malaysia.
HEVTEC 2022
Dengan kerjasama MIROS, kami telah melancarkan HEVTEC pertama pada tahun 2022, yang berjaya menghimpunkan sekitar 120 peserta dari seluruh negara. Acara ini menghubungkan penggiat industri, penggubal dasar, agensi penguatkuasaan dan akademik untuk membincangkan teknologi baharu, amalan terbaik serta penambahbaikan infrastruktur – dengan tumpuan khusus terhadap aspek keselamatan bagi segmen yang kurang mendapat perhatian dalam Program PLUSTrack.
HEVTEC 2023
HEVTEC berkembang menjadi satu siri peringkat wilayah pada tahun 2023, merangkumi Zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur. Penyertaannya meningkat dengan ketara apabila lebih banyak syarikat, wakil industri dan persatuan lori turut serta dalam perbincangan untuk menambah baik keselamatan kenderaan berat.
HEVTEC 2024
Pada tahun 2024, HEVTEC telah menjadi sebahagian daripada Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) yang dianjurkan oleh PERKESO dan MIROS. Penyertaan ini sejajar dengan visi PLUS untuk menjadi ‘Lebuhraya Lestari, Pintar dan Melangkaui’. Siri acara telah diadakan di Zon Tengah dan Selatan, menyokong misi berterusan kami dalam memajukan keselamatan kenderaan berat di seluruh negara.
Hubungi Kami
Ingin berhubung dengan kami?
Penyelesaian Pengurusan Pengendalian Pengangkutan Komersial Anda
Jejak pengangkutan anda, bila-bila masa, di mana jua. Pengurusan pengangkutan lebih mudah dengan hasil yang nyata :
- Tingkatkan Keselamatan Pengangkutan
- Tingkatkan Kecekapan Pengangkutan
- Pastikan Pematuhan Pengangkutan
- Tingkatkan Keselamatan Pemandu & Pengangkutan
Soalan Lazim
Panduan untuk mendapatkan penjelasan dan jawapan pantas kepada soalan-soalan berkenaan PLUSTrack.
Sebuah program yang diwujudkan untuk pengendali pengangkutan komersial yang menyediakan kemudahan, penjimatan, pengurusan dan kawalan yang efisien.
Ia adalah kad prabayar (debit) yang disertakan dengan penggunaan akses untuk tol sahaja. Pengendali pengangkutan komersial perlu mendaftar untuk mendapat manfaat daripada program PLUSTrack.
Kami telah mereka bentuk kad PLUSTrack ini khusus untuk penggunaan tol sahaja sedangkan kad Touch 'n Go biasa boleh digunakan untuk tol dan perbelanjaan lain.