Mengenai PLUSTrack

Sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara, PLUS komited untuk menyediakan perjalanan yang selamat, lancar dan selesa kepada semua pengguna, termasuk pengendali pengangkutan komersial. Kad PLUSTrack ialah kad debit prabayar yang direka khas untuk memenuhi keperluan sektor komersial pelanggan kami, termasuk pengendali pengangkutan seperti organisasi anda. Kami menawarkan perkhidmatan yang mudah, fleksibel dan boleh dipercayai untuk urusan tambah nilai, pemantauan serta kawalan perbelanjaan tol. Dengan adanya terminal tambah nilai yang dipasang di lokasi anda, kad PLUSTrack boleh ditambah nilai pada bila-bila masa dan boleh digunakan bukan sahaja di Lebuhraya PLUS, malah di lebuh raya lain juga. Ahli PLUSTrack dapat menikmati kawalan kos tol yang lebih baik, pengurangan kerumitan tambah nilai, serta pelbagai keistimewaan menarik yang ditawarkan oleh PLUS. Sehingga kini, lebih daripada 1,600 syarikat telah menyertai program PLUSTrack dengan 47,000 kenderaan unik berdaftar.

Apakah kad PLUSTrack?

Diperkenalkan pada tahun 2008, Kad PLUSTrack  merupakan mekanisma Touch ‘n Go tambah nilai sendiri yang diperkenalkan  sebagai alternatif kaedah pembayaran untuk pengendali pengangkutan komersial.

Tujuan utama PLUSTrack adalah untuk menghapuskan kaedah tradisional pemberian wang tunai kepada pemandu, serta mengurangkan risiko penyalahgunaan bayaran tol oleh pemandu.

Apa Kata Pengguna Kami

Cik. Aida,
TIONG NAM

"Dengan Program PLUSTrack, saya dapat menjejak perbelanjaan tol dengan mudah."

Cik. Yanti,
TASCO BERHAD

"Program PLUSTrack banyak membantu saya sebagai pengendali pengangkutan untuk menguruskan pengangkutan dengan lebih berkesan."

Cik. Idayu,
XIN HWA TRADING & TRANSPORT SDN BHD

"Program PLUSTrack memudahkan saya mengelakkan salah laku pemandu kerana kad ini hanya boleh digunakan untuk bayaran tol sahaja."

Cik. Sharifah,
LEE TING SAN LORRY TRANSPORT

"Bagi saya, ia memberikan ketenangan fikiran kerana saya boleh menjejaki perjalanan pemandu melalui penyata elektronik (e-Statement)."

Manfaat Program PLUSTrack

Tingkatkan kecekapan dan dapatkan kawalan yang lebih baik dengan kad prabayar PLUSTrack, yang direka untuk memberikan pengalaman pengurusan pengangkutan komersial yang lebih lancar.

Sebab Utama Menjadi Ahli

PLUSTrack merupakan salah satu inovasi produk oleh PLUS yang direka khas untuk memenuhi keperluan sektor komersial pelanggan kami, seperti pengendali pengangkutan komersial dari organisasi tuan/puan yang dihormati. Kad PLUSTrack ialah kad prabayar (debit) yang menawarkan kemudahan penggunaan yang lebih mudah, fleksibel dan boleh dipercayai kepada pengendali pengangkutan komersial. Ia membolehkan pengguna untuk menambah nilai, memantau, serta mengawal perbelanjaan tol dengan lebih cekap. Dengan sokongan terminal tambah nilai yang dipasang di permis pelanggan, pengguna boleh menambah nilai kad PLUSTrack pada bila-bila masa, menjadikan pengurusan pengangkutan komersial lebih mudah dan efisien.

Penjejakan dan Pemantauan Dalam Talian

Anda boleh menjejak dan menguruskan pergerakan pengangkutan anda dengan penyata digital Touch 'n Go.

Tambah Nilai Yang Lebih Mudah

Anda boleh menambah nilai kad dengan mudah di premis anda sebelum pengangkutan anda memulakan perjalanan.

Penjenamaan Peribadi

Anda boleh menulis butiran organisasi dan nombor pendaftaran pengangkutan pada setiap kad.

Kawalan Perbelanjaan Yang Lebih Baik

Anda boleh menguruskan pembayaran tol harian dengan membuat tambah nilai sendiri agar perjalanan lebih mudah.

Penjejakan dan Pemantauan Dalam Talian

Anda boleh menjejak dan menguruskan pergerakan pengangkutan anda dengan penyata digital Touch 'n Go.

Tambah Nilai Yang Lebih Mudah

Anda boleh menambah nilai kad dengan mudah di premis anda sebelum pengangkutan anda memulakan perjalanan.

Penjenamaan Peribadi

Anda boleh menulis butiran organisasi dan nombor pendaftaran pengangkutan pada setiap kad.

Kawalan Perbelanjaan Yang Lebih Baik

Anda boleh menguruskan pembayaran tol harian dengan membuat tambah nilai sendiri agar perjalanan lebih mudah.

Boleh Diakses di Semua Lebih Raya

Kad PLUSTrack juga boleh digunakan di lebuh raya bukan kendalian PLUS.

Kawalan Penggunaan Kad

Kad PLUSTrack boleh digunakan secara eksklusif untuk pembayaran tol sahaja.

Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik

Meningkatkan kecekapan organisasi dengan memperkemaskan pengurusan aliran tunai.

Talian Bantuan Khusus

Kami akan menyediakan latihan dan sokongan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi anda.

Boleh Diakses di Semua Lebuh Raya

Kad PLUSTrack juga boleh digunakan di lebuh raya bukan kendalian PLUS.

Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik

Meningkatkan kecekapan organisasi dengan memperkemaskan pengurusan aliran tunai.

Kawalan Penggunaan Kad

Kad PLUSTrack boleh digunakan secara eksklusif untuk pembayaran tol sahaja.

Talian Bantuan Khusus

Kami akan menyediakan latihan dan sokongan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi anda.

Styled Text Example

as PLUSTrack member and start to enjoy all the great benefits

Apakah HEVTEC?

HEVTEC ialah Persidangan Kenderaan Berat yang dianjurkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Persidangan ini menjadi platform khusus untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dalam sektor kenderaan berat. HEVTEC menghimpunkan pihak berkepentingan utama daripada peneraju industri hinggalah kepada agensi Kerajaan, bagi memupuk kerjasama dan perkongsian ilmu ke arah perubahan yang lebih bermakna.

Persidangan ini berteraskan kepada Pendekatan 5E Keselamatan Jalan Raya PLUS: Kejuruteraan, Pendidikan, Penguatkuasaan, Pelan Tindak Balas Kecemasan, dan Penilaian. Menerusi lima teras ini, HEVTEC berusaha merangka dan melaksanakan inisiatif keselamatan yang berimpak tinggi di lebuh raya seluruh Malaysia.

HEVTEC 2022

Dengan kerjasama MIROS, kami telah melancarkan HEVTEC pertama pada tahun 2022, yang berjaya menghimpunkan sekitar 120 peserta dari seluruh negara. Acara ini menghubungkan penggiat industri, penggubal dasar, agensi penguatkuasaan dan akademik untuk membincangkan teknologi baharu, amalan terbaik serta penambahbaikan infrastruktur – dengan tumpuan khusus terhadap aspek keselamatan bagi segmen yang kurang mendapat perhatian dalam Program PLUSTrack.

HEVTEC 2023

HEVTEC berkembang menjadi satu siri peringkat wilayah pada tahun 2023, merangkumi Zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur. Penyertaannya meningkat dengan ketara apabila lebih banyak syarikat, wakil industri dan persatuan lori turut serta dalam perbincangan untuk menambah baik keselamatan kenderaan berat.

HEVTEC 2024

Pada tahun 2024, HEVTEC telah menjadi sebahagian daripada Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) yang dianjurkan oleh PERKESO dan MIROS. Penyertaan ini sejajar dengan visi PLUS untuk menjadi ‘Lebuhraya Lestari, Pintar dan Melangkaui’. Siri acara telah diadakan di Zon Tengah dan Selatan, menyokong misi berterusan kami dalam memajukan keselamatan kenderaan berat di seluruh negara.

Hubungi Kami

Ingin berhubung dengan kami?

Penyelesaian Pengurusan Pengendalian Pengangkutan Komersial Anda

Jejak pengangkutan anda, bila-bila masa, di mana jua. Pengurusan pengangkutan lebih mudah dengan hasil yang nyata :

Emel

b2b.plustrack@plus.com.my

Telefon

+60 3-7666 4609

Telefon

+60 3-7666 4608

Emel

b2b.plustrack@plus.com.my

Telefon

+60 3-7666 4609

Telefon

+60 3-7666 4608

Soalan Lazim

Panduan untuk mendapatkan penjelasan dan jawapan pantas kepada soalan-soalan berkenaan PLUSTrack.

Sebuah program yang diwujudkan untuk pengendali pengangkutan komersial yang menyediakan kemudahan, penjimatan, pengurusan dan kawalan yang efisien.

Ia adalah kad prabayar (debit) yang disertakan dengan penggunaan akses untuk tol sahaja. Pengendali pengangkutan komersial perlu mendaftar untuk mendapat manfaat daripada program PLUSTrack.

Kami telah mereka bentuk kad PLUSTrack ini khusus untuk penggunaan tol sahaja sedangkan kad Touch 'n Go biasa boleh digunakan untuk tol dan perbelanjaan lain.