Pilihan
Kategori
-
Siaran Media
- Berita/Acara
- Galeri
JALAN SUSUR KELUAR KE PLAZA TOL UPM DARI ARAH KAJANG/SELATAN DITUTUP SECARA BERPERINGKAT UNTUK KERJA PENYELENGGARAAN
Petaling Jaya, 27 Julai 2023:- Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih selamat buat pengguna lebuh raya, jalan susur keluar ke Plaza Tol UPM dari arah Kajang/selatan di KM304.7 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup secara
berperingkat daripada 27 Julai hingga 30 Ogos 2023, mulai jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
PLUS NAIK TARAF KEMUDAHAN TANDAS AWAM Dl HENTIAN SEBELAH TANGKAK (KEDUA-DUA ARAH) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Tangkak, 28 Julai 2023:- Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menaik taraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Tangkak (Arah Selatan) dan (Arah Utara) bermula 31 Julai ini sehingga 15 Oktober 2023.
PLUS JALANKAN KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH ALOR PONGSU (KEDUA-DUA ARAH) & GELANG PATAH (KEDUA-DUA ARAH) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Petaling Jaya, 3 Ogos 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya dengan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di Hentian Sebelah Alor Pongsu (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Laluan Kedua MalaysiaSingapura (Linkedua).
PLUS SEDIA 214 KEMUDAHAN TEMPAT BERTEDUH UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL UNTUK KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
Petaling Jaya, 5 Ogos 2023:- Dalam usaha memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sentiasa memandang serius mengenai keperluan bagi golongan ini di lebuh raya terutamanya ketika berhadapan dengan cuaca buruk atau hujan. Oleh itu, sejak awal tahun 2000, PLUS telah mula menyediakan tempattempat berteduh khusus untuk penunggang motosikal.
PLUS TAMBAH BAIK KEMUDAHAN TANDAS AWAM Dl MACHAP (ARAH UTARA) UNTUK LEBIH KESELESAAN
Machap, 8 Ogos 2023:- Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja penambahbaikan kemudahan tandas awam di Kawasan Rehat & Rawat Machap (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di kawasan rehat terbabit akan ditutup bermula 8 Ogos sehingga 31 Oktober 2023 bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan.
RANCANG PERJALANAN LEBIH BAIK: PLUS JANGKA PENINGKATAN TRAFIK SEHINGGA 1.9 JUTA KENDERAAN SEHARI PADA HARI-HARI PUNCAK SEMPENA PILIHAN RAYA NEGERI
Petaling Jaya, 10 Ogos 2023:- Bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa ketika pulang ke kampung atau menuju ke lokasi pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos 2023 yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersiap sedia menghadapi peningkatan trafik yang dijangka mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari pada Hari-hari Puncak di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 11 Ogos hingga 12 Ogos ini.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.