Pilihan
Kategori
-
Siaran Media
- Berita/Acara
- Galeri
PLUS TAMBAH BAIK KEMUDAHAN TANDAS AWAM DI 32 LOKASI UNTUK KESELESAAN PENGGUNA
Petaling Jaya, 14 Jun 2024:- Orang ramai kini boleh menggunakan kemudahan tandas awam yang telah ditambah baik di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol terpilih antaranya di Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Machap (Arah Utara), Hentian Sebelah Pedas Linggi (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Tangkak (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (Kedua-dua Arah), serta di beberapa lagi lokasi lain.
PROJEK PELEBARAN LEBUHRAYA PLUS DARI SEDENAK KE SENAI (UTARA) BERMULA 28 JUN 2024
Petaling Jaya, 20 Jun 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan bahawa projek pembinaan lorong tambahan dari Sedenak ke Kulai (Pakej A) dengan tempoh pelaksanaan selama 36 bulan daripada 28 Jun 2024. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada Fasa 1 dari Sedenak ke Senai (Utara) yang telah diumumkan sebelum ini. Kontrak untuk kerja-kerja tersebut telah dianugerahkan kepada kontraktor tempatan, WCT Berhad selepas menjalani proses tender terbuka.
KENYATAAN MEDIA BERSAMA: PLUS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PETRONAS DAGANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN STESEN SUPER HIBRID PERTAMA DI LEBUH RAYA MALAYSIA
PETALING JAYA, 2 Julai 2024: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan PETRONAS Dagangan Berhad untuk menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia. Kerjasama kedua-
dua pendahulu industri lebuh raya dan sektor peruncitan tenaga bakal menyaksikan pembukaan Stesen Super Hibrid atau ‘Hybrid Super Station’ yang pertama. Ia akan menjadi penanda aras perkhidmatan lebuh raya di negara ini dan memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengguna.
PLUS LAKSANA KERJA PENYELENGGARAAN TURAPAN KONKRIT DI LALUAN TAPAH-BIDOR DARI 29 JULAI HINGGA 23 OGOS 2024
Petaling Jaya, 27 Julai 2024:- Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Tapah-Bidor (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan
susulan penutupan lorong kiri dan lorong kecemasan di antara KM335.7 hingga KM336.6
(Arah Selatan) bermula 29 Julai (Isnin) hingga 23 Ogos (Jumaat) 2024.
LENCONGAN JALAN DI LEBUHRAYA SPDH PADA 31 JULAI UNTUK LATIHAN SIMULASI KECEMASAN
Petaling Jaya, 29 Julai 2024: – Pengguna Lebuhraya PLUS yang menggunakan laluan di antara Lukut dan Mambau (Arah Timur) di KM13.0 hingga KM12.5 di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan laluan tersebut akan digunakan untuk latihan simulasi kecemasan pada 31 Julai (Rabu) 2024, mulai jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
PLUS ZAHIR KOMITMEN TERHADAP PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
Petaling Jaya, 16 Ogos 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar apabila sehingga kini PLUS turut menjaga lebih kurang 270,000 pokok termasuk 250,000 kaki persegi tumbuhan renek di sepanjang lebuh raya kendaliannya.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.