Rancang Perjalanan Anda

Nikmati perjalanan yang lancar dengan perancang perjalanan kami yang serba baharu, menawarkan panduan di jalan raya untuk kemudahan anda.

Pengenalan

Rangkaian lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad ini merangkumi 1,130.5 kilometer jalan raya dengan pemandangan landskap yang indah di sepanjang pantai barat dan timur Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini menghubungkan sempadan utara Kedah ke pantai selatan di Johor, termasuk laluan di sepanjang pantai timur yang menghubungkan Pahang dan Terengganu.  

Terokai rangkaian lebuh raya kami yang luas dan temui pelbagai tarikan menarik seperti Kota A Famosa yang bersejarah dan alami kehijauan Cameron Highlands di sepanjang perjalanan!

Sebelum Perjalanan Anda

Nikmati pelbagai pilihan kaedah pembayaran di plaza tol kami.

Kaedah Pembayaran

Touch ‘n Go
Sentuh kad Touch 'n Go anda apabila melalui plaza tol. Bayaran diterima di semua plaza tol PLUS.
SmartTAG
Bayar tol secara automatik dengan peranti SmartTAG. Bayaran diterima di semua plaza tol PLUS.
MyRFID
RFID boleh digunakan di semua plaza tol yang dilengkapi dengan lorong RFID. Gunakan pelekat RFID untuk pembayaran automatik.
Pembayaran Terbuka
Ketik untuk membayar dengan kad debit atau kredit melalui sistem pembayaran terbuka, secara eksklusif di Plaza Tol Jitra di Lebuhraya Utara-Selatan termasuk Plaza Tol Kubang Semang dan Lunas di Lebuhraya Butterworth-Kulim. Sistem ini sedang dalam tempoh percubaan untuk orang awam di Jambatan Pulau Pinang.

Bahagian ini akan dikemas kini kemudian kerana kini terdapat lebih banyak lokasi OPS di plaza tol berikut: Jitra, Kubang Semang, Lunas, Jambatan Pulau Pinang, Mambau, Lukut, Kempas, Lima Kedai dan Taman Perling.

Maklumat Touch ‘n Go

Sila tambah nilai kad Touch 'n Go atau e-dompet anda sebelum anda memasuki lebuh raya PLUS

Sila semak kadar bayaran tol dan pastikan baki yang mencukupi dalam kad Touch 'n Go anda.

Kumpul mata ganjaran PLUSMiles untuk perjalanan anda di Lebuhraya PLUS.

Elakkan menambah nilai kad Touch 'n Go anda di saat akhir bagi memastikan kelancaran perjalanan di plaza tol

Pastikan anda membuat bayaran tol lebuh raya yang ditetapkan bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan undang-undang

Sila pastikan kad Touch 'n Go yang digunakan adalah berdaftar bagi memudahkan proses tuntutan bayaran balik

Maklumat RFID

Sila gunakan kenderaan yang berdaftar di dalam e-Wallet Touch 'n Go anda bagi penggunaan RFID

Sila pastikan plat nombor kenderaan di lorong tol RFID boleh dibaca dan mengikut spesifikasi JPJ

Sila pastikan jarak dan kelajuan yang selamat apabila menghampiri lorong RFID

Jangan memandu laju dan mengekori kenderaan lain semasa di lorong RFID

Pastikan plat nombor kenderaan anda tidak dilindungi

Pastikan pelekat RFID tidak dipegang semasa melalui plaza tol

Perjalanan Pintar

Mudahkan perjalanan anda dengan kemudahan yang disediakan.

Lokasi Tambah Nilai Touch 'n Go

Tambah nilai Touch ' n Go anda dengan mudah di pelbagai lokasi berdekatan.

Pusat Pemasangan Pelekat RFID

Cari pusat pemasangan pelekat RFID yang terdekat untuk pemasangan yang cepat dan lancar.

Semasa Perjalanan Anda

Ketahui Lorong Tol Anda

Harap maklum bahawa lebuh raya kami tidak lagi menerima pembayaran secara tunai.

Lorong Touch 'n Go
Lorong Touch 'n Go yang tersedia memastikan transaksi dilakukan dengan pantas dan mudah di plaza tol.
Lorong SmartTAG
Anda boleh melalui lorong SmartTAG secara mudah dengan mengimbas peranti SmartTAG di dalam kenderaan anda.
Lorong MyRFID
Pasang pelekat RFID pada kenderaan anda bagi merasai pengalaman perjalanan yang lancar di lorong MyRFID
Lorong Pembayaran Terbuka
Anda boleh melalui lorong sistem pembayaran terbuka kami di mana anda perlu sentuh, bayar dan meneruskan perjalanan anda secara mudah.

Maklumat Pembayaran

Sila gunakan kaedah pembayaran yang sama untuk perjalanan masuk dan keluar lebuh raya

Sila gunakan hanya satu kad Touch 'n Go untuk perjalanan masuk dan keluar lebuh raya

Sila kenal pasti laluan masuk dan keluar plaza tol perjalanan anda

Jangan gunakan kaedah pembayaran yang berbeza apabila masuk dan keluar lebuh raya

Jangan gunakan kad Touch 'n Go yang berbeza apabila masuk dan keluar lebuh raya

Jangan masuk dan keluar lebuh raya di plaza tol yang sama

Maklumat lain

Sila gunakan interkom untuk mendapatkan bantuan di lorong tol

Sila patuhi syarat-syarat Lebuhraya PLUS dan undang-undang yang berkaitan

Jangan panik dan elakkan dari meninggalkan kenderaan anda di lorong tol

Jangan terlibat dalam aktiviti penipuan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang di lebuh raya PLUS

Garis panduan semasa kecemasan

Selepas Perjalanan Anda

Anda telah sampai ke destinasi anda dengan selamat.

Jadilah Ahli

PLUSMiles!

Pautkan nombor siri kad Touch 'n Go dan/atau nombor siri RFID untuk mengumpul mata perjalanan dan mula tebus mata ganjaran!

Memohon Bayaran Balik

Dapatkan bayaran balik untuk bayaran lebihan tol yang tidak disengajakan.

  • *Permohonan bayaran balik mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian (Toll)
Beri Maklum Balas

Bagaimanakah kami dapat mempertingkatkan perkhidmatan kami untuk anda? Kongsikan maklum balas anda