Our Video
Filter
Categories
-
Media Releases
- Announcements/Events
- Gallery
LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM KINI DIBUKA SEMULA UNTUK SEMUA KENDERAAN
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan keluar di Persimpangan UPM kini dibuka
semula kepada semua kenderaan selepas pihak PLUS dan pihak berwajib mengadakan pemeriksaan lanjut di
plaza tol terbabit.
PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL UPM UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol UPM di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 2 bulan mulai 2 Februari 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dijalankan.
PLUS TUTUP LORONG KIRI DI TEROWONG MERU LALUAN KUALA KANGSAR- IPOH BAGI KERJA PENAMBAHBAIKAN TURAPAN JALAN
Petaling Jaya, 4 Februari 2023:- Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan. Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis) 2023, antara jam 9:00 malam hingga 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut.
KENYATAAN PLUS BERHUBUNG KEBAKARAN BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ALOR SETAR UTARA
Alor Setar, 21 Februari 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengesahkan bahawa berlaku kebakaran di dalam kawasan lebuh raya selenggaraannya di KM43.5 (Arah Selatan) berhampiran Persimpangan Bertingkat Alor Setar Utara kira-kira jam 11 pagi tadi.
PENYELARASAN SEMULA KADAR TOL Dl PLAZA TOL TANJUNG KUPANG MULAI 1 MAC 2023
Johor Bahru, 25 Februari 2023:- Pada 2018, sebagai langkah menggalakkan orang ramai beralih ke Plaza Tol Tanjung Kupang untuk keluar dan masuk ke Singapura, kadar tol waktu luar puncak telah diperkenalkan kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Tanjung Kupang. Namun begitu, walaupun sudah melebihi 5 tahun pelaksanaan, langkah tersebut kurang mendapat sambutan dan berdasarkan rekod, jumlah trafik harian yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang didapati masih sama sepertimana dicatatkan sebelum kadar waktu luar puncak tersebut ditawarkan. Tiada sebarang peningkatan trafik ketara di waktu luar puncak
bagi Plaza Tol Tanjung Kupang.
PLUS SASAR PERKENAL PEMBAYARAN TERBUKA Dl JAMBATAN PULAU PINANG DAN BKE SEPTEMBER INI
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUS’ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.