Filter
Categories
-
Media Releases
- Announcements/Events
- Gallery
PLUS KELUARKAN JADUAL TTA UNTUK PENGGUNA RANCANG PERJALANAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
Petaling Jaya, 7 November 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali di Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 November hingga 14 November 2023. Jadual TTA tersebut boleh diperolehi menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia.
BAGAIMANA MENIKMATI TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI DI RANGKAIAN LEBUH RAYA PLUS DAN LPT2
Petaling Jaya, 10 November 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik keputusan Kerajaan berhubung pemberian tol percuma kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi semua kelas kenderaan yang bermula 12:01 pagi, 11 November (Sabtu) hingga 11:59 malam, 12 November (Ahad) bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini.
HARI KOMUNITI MYPLUS BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 10,000 PENDUDUK Dl KOMUNITI TERPILIH SEPANJANG JAJARAN LEBUH RAYA PLUS
Petaling Jaya, 18 November 2023: Lebih daripada 10,000 orang penduduk serta komuniti setempat yang tinggal berhampiran dengan jajaran lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dijangka menerima manfaat yang berterusan dan positif hasil daripada 25
program kemasyarakatan, Hari Komuniti MyPLUS yang dianjurkan secara serentak pada 17 November lalu. Projek-projek kemasyarakatan yang memberi fokus terhadap aspek keselamatan dan kelestarian tersebut dijayakan oleh kira-kira 1,000 warga PLUS dengan penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat setempat.
PLUS PERUNTUKKAN RM18 JUTA UNTUK PENAMBAHBAIKAN TANDAS AWAM Dl 31 LOKASI TAHUN INI KESELESAAN PENGGUNA LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 30 November 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sentiasa komited untuk terus menyediakan pengalaman yang lebih selesa kepada pengguna lebuh raya. Tahun ini, PLUS telah memperuntukkan kira-kira RM18 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol terpilih
sepanjang Lebuhraya PLUS.
PENGGUNA LEBUH RAYA BERPELUANG MEMENANGI BAUCAR BELI-BELAH SEHINGGA RM1,000 APABILA MEMATUHI MY-TTA SEMPENA KRISMAS
Petaling Jaya, 18 Disember 2023:- Seramai 15 pengguna Lebuhraya PLUS yang bertuah
berpeluang memenangi baucar beli-belah sehingga RM1,000 setiap seorang apabila mereka
mendaftar dan mematuhi My-TTA di dalam Aplikasi PLUS sempena cuti perayaan Krismas
dan tahun baharu yang akan datang. Bukan itu sahaja, 100 pengguna lebuh raya juga bakal
memenangi mata ganjaran PLUSMiles bernilai RM50 setiap seorang yang boleh ditebus di
R&R PLUS yang terpilih.
BANTUAN KECEMASAN DAN PERTANYAAN UMUM MELALUI CHATBOT ‘PUTRI’ DI APLIKASI WHATSAPP
Petaling Jaya, 20 Disember 2023:- Pengguna Lebuhraya PLUS kini boleh mendapatkan
bantuan kecemasan dan maklumat berkenaan perkhidmatan lebuh raya dengan lebih pantas
melalui Chatbot PLUS Texting Realtime Interface (PUTRI) di saluran terbaharu menerusi
Aplikasi Whatsapp di talian 019-356 9802 dengan kemampuan berinteraksi secara
dwibahasa.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUS’ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.