Keselamatan Jalan Raya

Berpandukan kepada lima prinsip teras keselamatan, kami bertekad untuk memastikan pengguna sentiasa selamat di lebuh raya.

Kejuruteraan

Kami fokus kepada teknologi yang dapat meningkatkan keselamatan permukaan jalan, aset lebuh raya dan analitik video kerana inovasi adalah penting untuk mewujudkan infrastruktur yang selamat.

Infrastruktur Lebuh Raya

Ketahui pendekatan kami ke arah membina jalan yang lebih selamat di seluruh Malaysia.

Penambahbaikan Lokasi “Blackspot”
Kami mengenal pasti lokasi “Blackspot” dengan menganalisa jumlah kemalangan dan mata pemberat untuk kerja-kerja penambahbaikan di lokasi.
Aset Lebuh Raya
Kami menguji pantulan cahaya papan tanda dan menambahbaik asset lebuh raya utama seperti penghadang jalan, pagar dan lain-lain
Pengurusan Trafik
Kami memperkenalkan inisiatif SMARTLane dan mencadangkan larangan kenderaan berat di lokasi-lokasi strategik untuk meningkatkan pengurusan trafik.

0 %
penurunan kadar kemalangan hasil daripada reka bentuk jalan raya yang dipertingkatkan
0 %
peningkatan ketahanan jalan raya melalui kejuruteraan maju
0 %
pengurangan tahap parah pelanggaran kenderaan hasil daripada penambahbaikan penghadang jalan
0 %
peningkatan penglihatan pada waktu malam berikutan pemasangan sistem lampu LED

* setakat 27/12/2023

Pendidikan

Kami menganjurkan program untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dikalangan komuniti lebuh raya bagi mendapatkan komitmen mereka dalam memupuk budaya pemanduan yang selamat dan berhemah.

Keprihatinan Terhadap Keselamatan Jalan Raya

Pasukan kami berdedikasi dan komited dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya. kesedaran.

Program Keselamatan Bersama Komuniti Lebuh raya
Kami telah menganjurkan program ini dari tahun 2017 untuk meningkatkan kesedaran keselamatan serta mengurangkan kemalangan jalan raya.
Tips Keselamatan Jalan Raya
Kami memupuk kesedaran keselamatan jalan raya kepada pengguna lebuh raya kami melalui media sosial dengan menggunakan poster dan video interaktif.
PLUS Texting Real-Time Interface (PUTRI)
Kami menyediakan saluran WhatsApp untuk pelanggan PLUS berinteraksi dengan Pembantu Maya PUTRI yang membantu menjawab pertanyaan serta menerima maklum balas berkaitan dengan lebuh raya dengan pantas.

Tips Keselamatan

Tips keselamatan perjalanan kami untuk perjalanan yang lancar di jalan raya.

Sila gunakan kenderaan yang berdaftar di dalam e-Wallet Touch 'n Go anda bagi penggunaan RFID

Sila gunakan interkom untuk mendapatkan bantuan di lorong tol.

Sila patuhi syarat-syarat Lebuhraya PLUS dan undang-undang yang berkaitan

Jangan memandu laju dan mengekori rapat kenderaan lain berhampiran lorong RFID.

Jangan panik dan elakkan dari meninggalkan kenderaan anda di lorong tol

Jangan terlibat dalam aktiviti penipuan atau perbuatan yang menyalahi undang undang di lebuh raya PLUS

Sila gunakan kenderaan yang berdaftar di dalam e-Wallet Touch 'n Go anda bagi penggunaan RFID

Sila gunakan interkom untuk mendapatkan bantuan di lorong tol

Sila patuhi syarat-syarat Lebuhraya PLUS dan undang-undang yang berkaitan

Jangan memandu laju dan mengekori rapat kenderaan lain berhampiran lorong RFID.

Jangan panik dan elakkan dari meninggalkan kenderaan anda di lorong tol

Jangan terlibat dalam aktiviti penipuan atau perbuatan yang menyalahi undang undang di lebuh raya PLUS

0 +
bengkel keselamatan jalan raya diadakan setiap tahun untuk pelajar, pemandu dan ahli komuniti.

0

sekolah mengadakan kerjasama dengan kami di seluruh negara, membantu pelajar membentuk tabiat keselamatan jalan raya yang baik dari kecil.

0 +

universiti dan organisasi mengambil bahagian secara aktif dalam program kesedaran keselamatan jalan raya kami yang berterusan.

* as of 27/12/2024

* setakat 27/12/2023

Penguatkuasaan

Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi lain untuk meningkatkan pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang keselamatan jalan raya.

Strategi Penguatkuasaan

Strategi kami melibatkan pelaksanaan penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan.

Meningkatkan aspek keselamatan dan penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan di sepanjang lebuh raya PLUS. 

Memberikan pertolongan cemas untuk sebarang kecemasan dan kemalangan di lebuh raya. 

Meningkatkan aspek penguatkuasaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan motosikal di lorong kecemasan.

Memperkukuhkan operasi penguatkuasaan dengan melaksanakan operasi bersepadu secara berkala dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Memantau, menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman dan notis serta mengambil tindakan segera terhadap kesalahan jalan raya untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.

Kerjasama strategik termasuk dengan menubuhkan Unit Peronda Lebuhraya PDRM (EMPV), Unit Siasatan Lebuhraya PDRM (USLR) dan Unit Penguatkuasaan Lebuhraya JPJ (UPLR).

0 +
Pegawai berdedikasi yang bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan keselamatan jalan raya kita.
0 %
Pengurangan pelanggaran had laju di kawasan dengan penguatkuasaan aktif oleh PLUS Malaysia.
0 +
Kamera pengesan kelajuan berteknologi tinggi dipasang secara strategik untuk mengurangkan kes pemanduan melebihi had laju.
0 +
Rondaan rutin dijalankan setiap bulan bagi mengurangkan pelanggaran peraturan lalu lintas.

*setakat 27/12/2023

Pelan Tindakan Kecemasan

Kami sentiasa bersedia untuk mengendalikan dan menguruskan kejadian hal luar jangka di lebuh raya, terutamanya insiden yang memberi impak yang besar kepada pengguna kami.

Objektif

Pasukan kami bersedia untuk mengendalikan sebarang kecemasan di lebuh raya

Mengurangkan kerosakan aset dan mengekalkan kesinambungan operasi.

Menggerakkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) untuk memberi bantuan awal semasa kecemasan.

Melindungi komuniti dan pengguna lebuh raya.

Menyelaras komunikasi secara efisien dengan agensi-agensi penyelamat.

Memastikan kakitangan berkemahiran dan bersedia untuk mengendalikan situasi kecemasan.

Hab Komunikasi Lebuhraya

Pasukan kami yang bertugas 24 jam sehari sentiasa bersedia untuk memastikan perjalanan anda selamat dan lancar.

PLUSRonda

Established in 1990, PLUSRonda has been diligently providing 24/7 expressway assistance, reflecting our dedication to ensuring safer travel experiences. Our services encompass vehicle repairs, towing for Class 1 vehicles, and adept traffic management.

For assistance, you can easily connect with us through the toll-free PLUSLine at
1800-88-0000, or the conveniently placed emergency telephones every 2 kilometres.

Your safety is our priority, and PLUSRonda is here to offer reliable support for your journey.

Pusat Pemantauan Trafik (TMC)

Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) berperanan menjaga keselesaan perjalanan pengguna lebuh raya dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas kepada pihak yang berkepentingan dalam menyelaraskan tindakan terhadap krisis, kecemasan dan insiden lain di sepanjang lebuh raya, di mana TMC berkerjasama rapat dengan pasukan PLUSRonda.

Selain itu, TMC juga berperanan dalam menyalurkan maklumat kepada agensi-agensi utama seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ambulans, dan agensi berkaitan, bagi memudahkan pengendalian insiden dan kemalangan di lebuh raya. Tindakan proaktif ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pengurusan krisis dan kecemasan tetapi juga meningkatkan standard keselamatan dan kecekapan operasi di seluruh rangkaian lebuh raya kami.

TMC PLUS juga:

Menguruskan panggilan/permintaan pelanggan yang diterima melalui1800-88-0000 (PLUSLine), Telefon Kecemasan serta Butang SOS pada Pembantu Maya PUTRI dan aplikasi PLUS.

Menyebarkan maklumat trafik masa nyata kepada pengguna melalui X@plustrafik, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi PLUS, “Variable Message Sign” (VMS), PLUSLine dan stesen radio.

Menyampaikan maklumat kecemasan pengguna kepada PLUSRonda.

Berurusan dengan pihak berkuasa, pihak berkepentingan dan penyedia perkhidmatan yang dilantik untuk penyelesaian insiden/kerosakan kenderaan yang lebih efisien di lebuh raya.

Menguruskan peralatan “Intelligent Transport System” (ITS) seperti Kamera Litar Tertutup (CCTV), Papan Tanda Elektronik (VMS), “Oversized Vehicle Detection System” (OSVD), Telefon Kecemasan (ET), SMART LANE, “Video Wall”, “Automatic Vehicle Detection System” (AVDS) dan lain-lain.

0 %
Peningkatan tempoh kepantasan ketibaan pasukan kecemasan .
0 %
Pengurangan kecederaan yang dialami oleh mangsa kemalangan
0 %
Peningkatan jumlah aliran trafik secara keseluruhan.
0 %
Penurunan tempoh kesesakan purata.

*setakat 27/12/2023

Penilaian

Kami menerima penilaian sistematik yang berterusan untuk penambahbaikan inisiatif sedia oleh sistem pensijilan.

Kriteria Penilaian

Penilaian kami adalah berdasarkan komitmen kami untuk terus meningkatkan keselamatan jalan raya.

Keberkesanan inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Kejuruteraan, Penguatkuasaan, Pendidikan dan Respons Kecemasan.

Laporan Bulanan untuk kegunaan dalaman bagi tujuan pemantauan.

Laporan Bulanan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia atau agensi-agensi berkaitan. 

Memantau kadar kemalangan di lebuh raya menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Road Safety Audits

We work closely with iRap and MyRAP to establish maximum safety for all road users.

International Road Assessment Programme (iRAP)

To enhance the quality of our roads and ensure the safety of highway customers, we participate in the International Road Assessment Programme (iRAP), a globally recognised initiative operating in over 100 countries that awards star ratings for road safety improvements.

Read More

Malaysia Road Assessment Programme (MyRAP)

We work closely with the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) under the Malaysia Road Assessment Programme (MyRAP) which utilises the iRAP framework to identify improvements and upgrading requirements to our infrastructures.

Read More

Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menerima Pensijilan ISO 39001:2012 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS) daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Sekaligus menjadikan PLUS sebagai lebuh raya pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Apa itu
ISO 39001:2012 (RTSMS)?

PLUS MENERIMA PENSIJILAN RTSMS: 9 January 2020 (TSD)

TEMPOH SAH : ISO 39001 : 2012 (Sah Sehingga 8 Jan 2026) 

SKOP PENSIJILAN: “Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS) menerusi model 3E (Kejuruteraan, Pendidikan dan Penguatkuasaan)” melibatkan 2,812 kakitangan dan 12 Jabatan & tiga Wilayah.

0 %
peningkatan bahagian lebuh raya yang mencapai penarafan keselamatan lebih tinggi (4 bintang dan ke atas) berbanding dengan penilaian asas.
0 %
penurunan jumlah kematian yang direkodkan di lebuh raya PLUS.
0 %
daripada pengguna yang mengambil bahagian dalam kajian melaporkan mereka berasa lebih selamat dan yakin semasa menggunakan lebuh raya PLUS.

Sertai kami hari ini untuk membina masa depan anda!

Realisasikan potensi anda dan wujudkan impak yang berterusan ke arah membentuk masa depan yang lebih baik.

Ada soalan?
Berinteraksi dengan PUTRI!

Untuk kecemasan, sila hubungi PLUSLine di 1-800-88-0000.

Soalan Lazim

Panduan untuk mendapat penjelasan dan jawapan pantas kepada soalan-soalan berkenaan keselamatan jalan raya.

Sekiranya kenderaan anda rosak, sila berhenti di lorong kecemasan, hidupkan lampu kecemasan anda dan berada di belakang penghadang jalan.

Hubungi PLUSLine di 1800-88-0000untuk mendapatkan bantuan. Mereka akan memberikan panduan dan bantuan untuk memastikan keselamatan anda.