- Laman Utama
- Pandu bersama Kami
- Lebuh Raya Kami
Lebuh Raya Kami
Alami perjalanan melalui rangkaian lebuh raya kami
-
NSE
- NKVE
- SPDH
- NSECL
- Linkedua
- BKE
- Jambatan Pulau Pinang
Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)


Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE)

Siap sepenuhnya pada tahun 1993, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) sepanjang 35km telah dibina untuk menampung pertambahan penduduk di Lembah Klang dan kesesakan lalu lintas yang berlaku semasa waktu puncak antara Kuala Lumpur dan Klang.

Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)

Dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dari Mambau di Seremban ke Port Dickson, Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) sepanjang 23 km ini telah dibuka kepada pengguna lebuh raya pada tahun 1998. Lebuh raya ini menyediakan laluan alternatif kepada jalan persekutuan utama di Negeri Sembilan.

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (NSECL)

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (NSECL), juga dikenali sebagai Expressway Lingkaran Tengah (ELITE), berfungsi sebagai sambungan penting kepada Lebuhraya Utara-Selatan (NSE). Lebuh raya ini memastikan perjalanan yang lancar tanpa henti bagi mereka yang melakukan perjalanan untuk ke utara atau selatan. Lebuh raya ini membolehkan mereka mengelakkan kesesakan di bandar Kuala Lumpur.
Siap sepenuhnya pada tahun 1997, lebuh raya sepanjang 63 km ini menghubungkan Lebuhraya NKVE di Persimpangan Shah Alam dengan NSE di Persimpangan Utara Nilai. Lebuhraya ELITE juga menjadi laluan utama bagi mereka yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pusat pentadbiran Putrajaya.
Semasa dalam perjalanan, anda akan melalui ELITE Speedway Karting Circuit, iaitu litar go-kart di lebuh raya yang pertama di Malaysia, terletak berhampiran Restoran Jejantas USJ.

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, atau LINKEDUA, dibuka pada tahun 1998. Lebuh raya ini menghubungkan Singapura dan Johor, di Malaysia dan dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat di Tambak Johor, serta memudahkan perjalanan harian antara kedua-dua negara.
Lebuh raya dua hala dengan tiga lorong sepanjang 47 kilometer ini turut mempunyai jambatan sepanjang 1.92 kilometer yang merentasi Selat Johor. Lebuhraya ini menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) melalui Persimpangan Senai Utara. Lebuh raya ini menghubungkan Tanjung Kupang di Johor ke Tuas di Singapura. Dengan trafik yang lancar di kedua-dua arah di lebuh raya ini, anda dapat menjimatkan masa perjalanan apabila menggunakan Lebuhraya LINKEDUA berbanding Tambak Johor.
Kompleks Kastam, Imigresen, dan
Kuarantin (CIQ) di kedua-dua negara
turut terdapat di sini. Jambatan yang terdapat di lebuh raya
ini direka untuk menampung sehingga
200,000 kenderaan setiap hari.

Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)


Jambatan Pulau Pinang


Tempurung
Sorotan Lebuh Raya
Selamat Bersama PLUS
Pasukan keselamatan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda di lebuh raya.

PLUSRonda
Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, PLUSRonda telah menyediakan bantuan di lebuh raya 24/7, mencerminkan komitmen kami bagi memastikan perjalanan yang lebih selamat. Bantuan yang kami sediakan termasuk membaiki kenderaan, menunda kenderaan kelas 1 dan pengurusan lalu lintas.
Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh berhubung melalui talian bebas tol di 1800-88-0000, atau melalui telefon kecemasan yang berada di setiap 2 kilometer untuk kemudahan anda.
PLUSRonda menyediakan sokongan terbaik untuk perjalanan anda. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Perkhidmatan PLUSRonda
Fakta Menarik PLUSRonda

- Anggota PLUSRonda telah diberi kuasa menjalankan tugas sebagai Polis Bantuan.
- Setiap anggota PLUSRonda mempunyai latihan dan pengetahuan asas dalam memberikan Bantuan Pertolongan Cemas.
- Setiap anggota PLUSRonda mempunyai pengetahuan asas pembaikan kerosakkan kecil pada kenderaan.
Pusat Pemantauan Trafik


TMC PLUS juga:
- Menguruskan panggilan/permintaan pelanggan yang diterima melalui 1800-88-0000 (PLUSLine), Telefon Kecemasan serta Butang SOS pada Pembantu Maya PUTRI dan aplikasi PLUS.
- Menyampaikan maklumat kecemasan pengguna kepada PLUSRonda.
- Menguruskan peralatan “Intelligent Transport System” (ITS) seperti Kamera Litar Tertutup (CCTV), Papan Tanda Elektronik (VMS), “Oversized Vehicle Detection System” (OSVD), Telefon Kecemasan (ET), SMART LANE, “Video Wall”, “Automatic Vehicle Detection System” (AVDS) dan lain-lain.
- Menyebarkan maklumat trafik masa nyata kepada pengguna melalui X@plustrafik, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi PLUS, “Variable Message Sign” (VMS), PLUSLine dan stesen radio.
- Berurusan dengan pihak berkuasa, pihak berkepentingan dan penyedia perkhidmatan yang dilantik untuk penyelesaian insiden/kerosakan kenderaan yang lebih efisien di lebuh raya.
Merancang Perjalanan?
Ketahui tentang bantuan berikut untuk perjalanan anda di lebuh raya kami..
Rancang Perjalanan Anda
Dapatkan tip perjalanan terbaik mengenai lebuh raya PLUS untuk memastikan perjalanan yang lancar.
Kira kadar bayaran Tol
Dapatkan maklumat tepat kadar tol untuk mengurus perbelanjaan perjalanan anda dengan efisien.
Cari Hentian R&R
Buat pilihan R&R untuk berhenti seketika dan menyegarkan diri semasa perjalanan anda.