- Laman Utama
- Memandu Bersama Kami
- Produk Kami
Produk Kami
Mudahkan perjalanan anda dengan penyelesaian dalam talian kami.
Aplikasi PLUS
Rasai pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan tersusun dengan menggunakan ciri khas dalam Aplikasi PLUS.
Rancang Perjalanan Anda
Fungsi Perancang Perjalanan di dalam Aplikasi PLUS dan Kamera CCTV Langsung akan membantu anda merancang perjalanan dengan memaparkan keadaan trafik terkini. Rancang hidangan, pengisian petrol dan perhentian rehat pada bila-bila masa di mana jua.




Kemas Kini Jalan yang Dinamik
Kekal selangkah di hadapan. Aplikasi PLUS menyediakan paparan CCTV secara langsung dan kemas kini keadaan trafik, membantu perjalanan anda agar lebih lancar. Rancang perjalanan anda dengan tepat sehingga tiba ke destinasi dengan tenang.
Kalkulator Tol
Rancang perjalanan anda dengan tepat menggunakan kalkulator kadar toll di dalam aplikasi PLUS. Dapatkan anggaran kadar tol dengan mudah untuk perjalanan yang lancar.


Program Kesetiaan PLUSMiles untuk Pengguna
Nikmati ganjaran dan faedah yang eksklusif dengan PLUSMiles.
"More Miles, More Smiles"
Jadikan perjalanan anda satu pengembaraan yang penuh ganjaran bersama PLUSMiles!
- Tebus Mata Ganjaran PLUSMiles anda untuk makanan & minuman tempatan yang menyelerakan di Kawasan Rehat & Rawat, Baucar, Produk dan banyak lagi, melalui aplikasi PLUS kami
- Kumpul 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap perjalanan 1 km di Lebuhraya PLUS.
- Kumpul 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap perbelanjaan RM1 apabila anda membuat pembayaran tanpa tunai di R&R, Hentian Sebelah & Restoran Jejantas yang mengambil bahagian.
- Kumpul 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap perbelanjaan RM1 apabila anda membuat bayaran untuk bill & prabayar melalui aplikasi PLUS.


PLUS Care Takaful
PLUSCare Takaful adalah takaful perjalanan flexi yang ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan lebuh raya PLUS. Terdapat sehingga RM30,000* perlindungan daripada pelan mingguan sebanyak RM2.50 tanpa sebarang komitmen. Dapatkan perlindungan di mana sahaja!
MotoCare
MotoCare berfungsi sebagai platform untuk membolehkan pelanggan kami memperbaharui insurans motor/kereta mereka dengan membandingkan harga daripada penyedia perkhidmatan yang berbeza.


Enjoy Rewards
Benefits of being a
member
1 KM = 1 Point
Redeem various
gifts and voucher
Receive latest info/ promotions
Pendaftaran Lancar
Dengan hanya beberapa klik, sertai Program Ganjaran PLUSMiles dan dapatkan ganjaran yang menakjubkan.
Kumpul Mata Ganjaran Semasa Memandu
Kumpul Mata Ganjaran PLUSMiles di sepanjang perjalanan anda. Semakin jauh perjalanan, semakin banyak Mata Ganjaran yang boleh anda nikmati.
Ganjaran Eksklusif Menanti
Tebus Mata Ganjaran PLUSMiles untuk ganjaran eksklusif di R&R kami dan nikmati faedah eksklusif sebagai ahli PLUSMiles.
Soalan Lazim
Panduan untuk mendapat penjelasan dan jawapan pantas kepada soalan-soalan berkenaan Program Kesetiaan PLUSMiles.
Program PLUSMiles adalah program
kesetiasn yang memberi ganjaran &
faedah oleh Projek Lebuhraya
Usahasama Berhad (PLUS Berhad)
untuk ahli PLUSMiles. Melalui PLUSMiles, anda boleh: -
- Kumpul 1 Mata Ganjaran
PLUSMiles bagi setiap 1 km di
Lebuhraya PLUS atau dengan
berbelanja RM1 melalui sistem tanpa
tunai di R&R; - Tebus Mata Ganjaran PLUSMiles
anda untuk mendapatkan pelbagai
hadiah istimewa atau makanan &
minuman tempatan yang lazat di
kawasan R&R kami, Produk dan
Baucar melalui aplikasi PLUS; - Nikmati keistimewaan gaya hidup
istimewa dan eksklusif daripada
pelbagai Rakan Niaga kami; dan - Jadilah yang pertama untuk
mengetahui promosi terbaharu kami
atau berita melalui e-mel anda, akaun
Facebook PLUSMiles dan Aplikasi
PLUS.
Portal PLUSMiles adalah portal
untuk ahli PLUSMiles mengakses dan
kemas kini maklumat akaun
PLUSMiles, mendapat berita terkini
dan menyemak transaksi perjalanan
tol.
Syarat asas untuk menjadi ahli
PLUSMiles adalah:
1. Semua pelanggan mestilah berusia
18 tahun ke atas dan tinggal di
Malaysia, Singapura atau Thailand.
2. Pendaftaran adalah wajib.
3. Semua kelas kenderaan layak
untuk mendaftar. Walau bagaimanapun, hak untuk
mendapat Mata Ganjaran hanya
terpakai kepada kenderaan
persendirian sahaja.
4. Pendaftaran adalah sah untuk
individu sahaja.
PLUSTrack
PLUSTrack mengoptimumkan prestasi untuk pelanggan komersial kami contohnya seperti pengendali pengangkutan.
Pengendalian Kenderaan Komersial yang Lebih Efisien dengan Kaedah Kad Prabayar yang lebih mudah

Pelaksanaan e-Invois oleh PLUS Berhad bagi Bayaran Tol Menggunakan Aplikasi JustGO bermula 1 Julai 2025
- Bermula 1 Julai 2025, PLUS Berhad akan mengeluarkan e-Invois bagi bayaran tol berdasarkan permohonan yang dibuat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”). e-Invois bagi bayaran tol akan dikeluarkan kepada pengguna lebuh raya yang telah memuat turun dan mendaftar dengan aplikasi JustGO, kini tersedia bagi peranti Android dan iOS. Pengguna aplikasi JustGO juga akan menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran Istimewa pada masa akan datang.
- Penyata bulanan e-Invois hanya boleh didapatkan bermula awal Ogos 2025. Untuk makluman, e-Invois mungkin tidak dapat dikeluarkan sekiranya maklumat yang didaftarkan tidak sepadan dengan rekod LHDN, nombor pengenalan cukai (“TIN”) yang tidak sah, atau disebabkan lain-lain isu teknikal atau pengawalseliaan. Sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 82C (11) Akta Cukai Pendapatan 1967, sebarang data peribadi yang diproses untuk e-Invois yang dikeluarkan atau dihantar kepada Ketua Pengarah LHDN adalah tidak tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). PLUS Berhad komited untuk terus mengendalikan semua data pengguna mengikut Notis Privasi Kumpulan PLUS.
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi contact@justgo.com.my
Policies and Frameworks
PLUS komited untuk melindungi privasi dan menggalakkan amalan melindungi maklumat peribadi secara menyeluruh.
Polisi Privasi
Notis Privasi untuk Pelanggan dan Individu Lain