Pilihan
Kategori
-
Siaran Media
- Berita/Acara
- Galeri
LANCAR, PELBAGAI LORONG, TANPA HENTI: SISTEM PEMBAYARAN TERBUKA TOL ANPR DI PLUS MENUJU KE ARAH PELAKSANAAN MLFF
Petaling Jaya, 7 Ogos 2024:- Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah meninjau satu inovasi industri lebuh raya untuk melancarkan aliran trafik di plaza tol. Menggunakan sistem pembayaran terbuka tol berasaskan teknologi identifikasi nombor plat automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, rakyat akan menikmati perjalanan yang lebih lancar dengan pilihan pelbagai lorong sedia ada tanpa henti.
KERJA PEMASANGAN STRUKTUR GANTRI PAPARAN IKLAN DI LALUAN ANTARA JALAN DUTA DAN BUKIT LANJAN DI KM25.4 – KM25.7 (KEDUA-DUA ARAH) DI LEBUHRAYA NKVE
Petaling Jaya, 6 Ogos 2025: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan merentasi lebuh raya oleh kontraktor pihak ketiga akan dilaksanakan di laluan antara Jalan Duta dan Bukit Lanjan di KM25.4 hingga KM25.7 (Kedua-dua Arah), di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 7 Ogos hingga 8 Ogos 2025, mulai jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi.
PENGAKTIFAN LENCONGAN JALAN DI LALUAN ANTARA PERSIMPANGAN BERTINGKAT BUKIT GAMBIR-TANGKAK DI KM166.79 – KM168.26 (KEDUA-DUA ARAH) DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN UNTUK KERJA PEMBINAAN JAMBATAN
Petaling Jaya, 1 Ogos 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa lencongan jalan akan diaktifkan secara berperingkat di laluan antara Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir – Tangkak di KM166.79 hingga KM168.26 (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Utara- Selatan mulai 5 Ogos hingga 30 Disember 2025.
PLUS DAN UEM LESTRA MEMETERAI MoU UNTUK MENEROKA PROJEK SOLAR BERSKALA BESAR
Petaling Jaya, 31 Julai 2025 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), yang merupakan anak syarikat kepada UEM Group Berhad (UEM Group), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka secara bersama pelaksanaan projek solar berskala besar (Large Scale Solar – LSS), bermula dengan pembangunan ladang solar di tanah milik PLUS di Ayer Keroh, Melaka.
PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI LALUAN BANDAR SAUJANA PUTRA – PUTRAJAYA DI LEBUHRAYA ELITE UNTUK KERJA PELANCARAN RASUK JAMBATAN
Petaling Jaya, 24 Julai 2024:- Bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan di antara laluan Bandar Saujana Putra – Putrajaya di KM18.0 hingga KM19.5 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 28 Julai hingga 1 Ogos 2025, mulai jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi bagi melaksanakan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan oleh kontraktor pihak ketiga.
LATIHAN SIMULASI KECEMASAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA: PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI ANTARA KOMPLEKS BANGUNAN KASTAM, SINGAPURA KE KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, MALAYSIA DI LEBUHRAYA LINKEDUA
Petaling Jaya, 22 Julai 2025 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan di antara Kompleks Bangunan Kastam, Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia di KM-1.70 hingga di KM-0.6 (Arah Utara) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada 23 Julai 2025 (Rabu), mulai jam 4:00 pagi hingga 2:00 petang.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.