Pusat Media

Hab berita dan pengumuman terkini.

Pilihan

  • Pilihian Mengikut Tahun

Kategori

11 Sep 2025 / Siaran Media

RANCANG PERJALANAN DENGAN MYPLUS-TTA SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN DAN HARI MALAYSIA

Petaling Jaya, 11 September 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena kedatangan cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia dengan merujuk kepada jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang tersedia di aplikasi PLUS.

8 Sep 2025 / Siaran Media

KERJA PEMASANGAN STRUKTUR GANTRI PAPARAN IKLAN DI LALUAN ANTARA JALAN DUTA DAN BUKIT LANJAN DI KM28.20 – KM28.25 (KEDUA-DUA ARAH) DI LEBUHRAYA NKVE

Petaling Jaya, 8 September 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan merentasi lebuh raya oleh kontraktor pihak ketiga akan dilaksanakan di laluan antara Jalan Duta dan Bukit Lanjan di KM28.20 hingga KM28.25 (Kedua-dua Arah), di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 10 September hingga 11 September 2025, mulai jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi.

29 Ogo 2025 / Siaran Media

KERJA PENYELENGGARAAN TALIAN ATAS ELEKTRIK DI LALUAN ANTARA SIMPANG PULAI DAN GOPENG (KEDUA-DUA ARAH) DI KM291.50 MERENTASI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Petaling Jaya, 29 Ogos 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan talian atas elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dijalankan di laluan antara Simpang Pulai dan Gopeng (Kedua-dua Arah) di KM291.5 merentasi Lebuhraya Utara-Selatan pada 3 September (Rabu), mulai jam 12.15 malam sehingga 1.30 pagi.

28 Ogo 2025 / Siaran Media

SEMARAK SEMANGAT SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-68 SEPANJANG 1,130 KM LEBUHRAYA PLUS

Petaling Jaya, 28 Ogos 2025:- Sempena cuti hujung minggu dan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian Lebuhraya PLUS pada 29 Ogos dan 1 September 2025. Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal pada musim cuti kali ini untuk menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

26 Ogo 2025 / Siaran Media

PERADUAN ‘TEROKA MALAYSIA BERSAMA PLUS’ TAWAR HADIAH BERNILAI RM15,000 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

Petaling Jaya, 26 Ogos 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menganjurkan peraduan “Teroka Malaysia bersama PLUS” yang berlangsung daripada 1 Ogos hingga 16 September 2025 bersempena Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

22 Ogo 2025 / Siaran Media

PENUTUPAN JALAN SUSUR KELUAR PERSIMPANGAN BANGI KE SOUTHVILLE UNTUK KERJA PEMOTONGAN POKOK PADA 25 OGOS HINGGA 28 OGOS, 10.00 MALAM HINGGA 5:00 PAGI

Petaling Jaya, 22 Ogos 2025:- Dalam usaha meningkatkan keselamatan berterusan untuk pengguna lebuh raya, jalan susur keluar Persimpangan Bangi menuju ke Southville di KM296.5 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara secara berperingkat pada 25 Ogos hingga 28 Ogos 2025, mulai jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

No events currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Gallery Albums

Gallery Albums

Chinese New Year 2023
Deepavali 2023
Jamuan Raya 2023
International Women's Day 2023

No albums currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Adakah anda seorang pengamal media?

Hubungi Pegawai Media kami!

Ketahui berita terkini PLUS Malaysia​

Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.

PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.
PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.