Cashless Je Kini di 11 lokasi R&R PLUS!
Kini terdapat 11 lokasi R&R dan Hentian Sebelah PLUS yang beroperasi sepenuhnya secara tanpa tunai (cashless) untuk pengalaman pembayaran yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Pembayaran boleh dilakukan dengan mudah melalui kad debit/kredit atau imbasan kod QR.
Pelanggan turut digalakkan mendaftar akaun PLUSMiles melalui aplikasi PLUS untuk menikmati manfaat pengumpulan 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata ganjaran ini boleh ditebus dalam bentuk pelbagai hadiah menarik sebagai penghargaan atas sokongan pengguna.
Lokasi R&R yang terlibat:
- R&R Rawang (Arah Utara)
- R&R Dengkil (Arah Utara)
- R&R Dengkil (Arah Selatan)
- R&R Seremban (Arah Utara)
- R&R Seremban (Arah Selatan)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan)
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara)
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan)
- Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara)
- Sungai Buloh OBR (Southbound)
Terma & Syarat
Rujuk Terma & Syarat untuk maklumat lanjut mengenai cara menyertai peraduan.
Soalan Lazim
Rujuk Soalan Lazim untuk jawapan kepada soalan-soalan umum berkaitan peraduan ini.
100% Tanpa Tunai di R&R Tapah
Nikmati cara pembayaran yang lebih pantas dan selamat di R&R Tapah dengan Inisiatif 100% Tanpa Tunai! Dipacu oleh PLUS dan disokong oleh rangkaian rakan pembayaran yang dipercayai — termasuk MyDebit, Visa, Mastercard, DuitNow QR, Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, Setel, MAE, Boost dan ShopeePay — inisiatif ini menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan efisien. Pastikan e-dompet atau kad pilihan anda tersedia sebelum membuat pembelian, kerana pembayaran tunai tidak diterima atau mungkin dihadkan. Jom beralih ke tanpa tunai!