Our Video
Filter
Categories
-
Media Releases
- Announcements/Events
- Gallery
PLUS LAKSANA KERJA PENYELENGGARAAN TURAPAN KONKRIT DI LALUAN TAPAH-BIDOR DARI 29 JULAI HINGGA 23 OGOS 2024
Petaling Jaya, 27 Julai 2024:- Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Tapah-Bidor (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan
susulan penutupan lorong kiri dan lorong kecemasan di antara KM335.7 hingga KM336.6
(Arah Selatan) bermula 29 Julai (Isnin) hingga 23 Ogos (Jumaat) 2024.
KENYATAAN MEDIA BERSAMA: PLUS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PETRONAS DAGANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN STESEN SUPER HIBRID PERTAMA DI LEBUH RAYA MALAYSIA
PETALING JAYA, 2 Julai 2024: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan PETRONAS Dagangan Berhad untuk menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia. Kerjasama kedua-
dua pendahulu industri lebuh raya dan sektor peruncitan tenaga bakal menyaksikan pembukaan Stesen Super Hibrid atau ‘Hybrid Super Station’ yang pertama. Ia akan menjadi penanda aras perkhidmatan lebuh raya di negara ini dan memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengguna.
PLUS JALANKAN KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN TANDAS AWAM DI PLAZA TOL BERTAM & PLAZA TOL BUKIT TAMBUN (KEDUA-DUA ARAH) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN PENGGUNA LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 14 Mei 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya dengan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di Plaza Tol Bertam dan Plaza Tol Bukit Tambun (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Utara-Selatan.
PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI ANTARA PUTRAJAYA-PLAZA TOL PUTRAJAYA DI LINGKARAN PUTRAJAYA (KMP3.3 HINGGA KMP1.9), LEBUHRAYA ELITE BAGI KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN
Petaling Jaya, 8 Jun 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di KM P3.3 hingga KM P1.9 iaitu di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya), di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bagi membolehkan kerjakerja penurapan jalan dilaksanakan seperti berikut:-
PLUS BERSIAP SEDIA URUSKAN PERTAMBAHAN TRAFIK SEMPENA PERAYAAN AIDILADHA
Petaling Jaya, 12 Jun 2024:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuat pelbagai persediaan untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya menjelang cuti perayaan Aidiladha yang akan datang. PLUS akan memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa di lebuh raya sempena perayaan Aidiladha yang akan datang
PLUS TAMBAH BAIK KEMUDAHAN TANDAS AWAM DI 32 LOKASI UNTUK KESELESAAN PENGGUNA
Petaling Jaya, 14 Jun 2024:- Orang ramai kini boleh menggunakan kemudahan tandas awam yang telah ditambah baik di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol terpilih antaranya di Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Machap (Arah Utara), Hentian Sebelah Pedas Linggi (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Tangkak (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (Kedua-dua Arah), serta di beberapa lagi lokasi lain.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Stay up to date with PLUS Malaysia
Explore PLUS’ employees perks, learn about our ethical commitments, and access the latest news and updates.