Pilihan
Kategori
-
Siaran Media
- Berita/Acara
- Galeri
PLUS LAUNG KOMITMEN ‘NET ZERO’
Petaling Jaya, 6 Jun 2023:- Bertepatan dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pengendali lebuh raya yang utama di Malaysia, mengorak langkah dalam memajukan kelestarian melalui komitmen untuk mencapai sasaran Net Zero menjelang tahun 2050, selari dengan aspirasi negara. Ini termasuklah komitmen jangka masa pendek untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam ekosistem operasi lebuh rayanya sebanyak 35% menjelang 2030 berbanding tahun 2017.
PATUHI TTA UNTUK RANCANG PERJALANAN LEBIH BAIK SEMPENA PERAYAAN AIDILADHA
Petaling Jaya, 27 Jun 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Aidiladha di Lebuhraya Utara-Selatan pada 27 Jun hingga 2 Julai
2023.
PLUS AKTIFKAN SMARTLANE Dl 5 LOKASI SEBAGAI PERSEDIAAN URUS LONJAKAN TRAFIK PERAYAAN AIDILADHA
Petaling Jaya, 27 Jun 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan SmartLane di 5 lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi membantu menyuraikan trafik berikutan lonjakan trafik yang dijangka berlaku pada cuti perayaan
Aidiladha yang akan datang.
PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM Dl HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL KAJANG UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN
Petaling Jaya, 14 Julai 2023:- Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup bermula 18 Julai sehingga 1 September 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dijalankan.
PENUTUPAN SEMENTARA TANDAS AWAM Dl HENTIAN SEBELAH SENAWANG (ARAH SELATAN) DAN HENTIAN SEBELAH PEDAS LINGGI (ARAH UTARA) UNTUK KERJA-KERJA NAIK TARAF
Seremban, 24 Julai 2023:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya dengan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf tandas awam di Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah
Pedas-Linggi (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan. Sehubungan itu, kemudahan tandas awam di kedua-dua lokasi tersebut akan ditutup seperti berikut:-
RUANG MEDAN SELERA Dl MACHAP (ARAH SELATAN) DITUTUP SEMENTARA UNTUK KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN – Ruang tersebut ditutup bermula 26 Julai sehingga 3 Ogos 2023
Machap, 26 Julai 2023:- Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa buat
pengguna lebuh raya, ruang medan selera di Kawasan Rehat & Rawat Machap (Arah Selatan)
di KM74.7 di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara bermula 26 Julai sehingga 3
Ogos 2023 bagi kerja-kerja penambahbaikan bumbung di ruang medan selera R&R tersebut.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.