Pilihan
Kategori
-
Siaran Media
- Berita/Acara
PROJEK MENAIK TARAF PENGHADANG JAMBATAN SEDIA ADA DI LEBUHRAYA PLUS
Petaling Jaya, 2 Julai 2026:- Sejajar dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang giat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf penghadang jambatan sedia ada di laluan Simpang Pulai ke Gopeng di KM288.1 dan KM293.3 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan, yang dijalankan sehingga 11 September 2026.
PLUS INGATKAN OPERATOR DAN PEMANDU KENDERAAN BERAT PATUHI HAD KETINGGIAN BAGI MENGELAKKAN INSIDEN DI LEBUH RAYA
Petaling Jaya, 29 Jun 2026:– Susulan beberapa insiden yang melibatkan kenderaan berat jenis low loader yang membawa muatan melebihi had ketinggian, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengingatkan semua operator pengangkutan dan pemandu kenderaan berat agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan. Insiden seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan serius kepada infrastruktur lebuh raya, malah turut menjejaskan keselamatan pengguna lain serta mengakibatkan kesesakan trafik yang signifikan.
RANCANG PERJALANAN PULANG KE BANDAR DENGAN MYPLUS-TTA SELEPAS CUTI PERAYAAN BERGANDA
Petaling Jaya, 3 Jun 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara di rangkaian lebuh rayanya bersempena pergerakan pulang ke Lembah Klang selepas berakhirnya cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan perayaan berganda. Sehubungan itu, PLUS menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan pulang lebih awal dengan merujuk kepada jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
PLUS NASIHAT PENGGUNA RANCANG PERJALANAN LEBIH AWAL SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN DAN PERAYAAN BERGANDA
Petaling Jaya, 20 Mei 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik ke kampung atau bercuti dengan lebih awal, susulan jangkaan peningkatan aliran trafik di seluruh rangkaian lebuh rayanya, termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 22 Mei hingga 7 Jun 2026. Peningkatan trafik ini dijangka berlaku sempena musim cuti berganda merangkumi Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan dan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak serta Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh yang sama.
PROJEK PENYURAIAN TRAFIK JURU-SUNGAI DUA SEDANG BERJALAN DENGAN RANCAK
Petaling Jaya, 7 Mei 2026:- Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) terus menunjukkan kemajuan apabila kerja-kerja awalan bagi Pakej 1 telah disiapkan, manakala kerjakerja pengalihan utiliti, geoteknikal dan lain-lain sedang giat dijalankan di tapak projek.
JAMAL ZAMAN KAUS BAWA PULANG PERODUA ALZA 1.5HDALAM KEMPEN PEMBAYARAN TANPA TUNAI “BELANJA DAN MENANG” DI R&R PLUS
Petaling Jaya, 28 April 2026 – Jamal Zaman Kaus merupakan pemenang bertuah bagi kempen ‘Belanja dan Menang’ dan berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah kereta Perodua Alza 1.5H yang bernilai hampir RM70,000.00. Kempen ‘Belanja dan Menang’ ini merupakan program menggalakkan penggunaan tanpa tunai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya PLUS. Kempen strategik ini dianjurkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet).
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.