Pusat Media

Hab berita dan pengumuman terkini.

Pilihan

  • Pilihian Mengikut Tahun

Kategori

3 Jul 2026 / Siaran Media

PENUTUPAN SMART LANE DI ANTARA BANDAR SAUJANA PUTRA – PUTRA HEIGHTS (ARAH UTARA) DI KM15.9 HINGGA KM13.9, LEBUHRAYA ELITE BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Petaling Jaya, 3 Julai 2026:- Sebagai sebahagian daripada usaha menambah baik infrastruktur dan keselamatan pengguna lebuh raya serta memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di KM14.4 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), laluan Smart Lane dari Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Arah Utara) di KM15.9 hingga KM13.9, akan ditutup sementara kira-kira lima (5) bulan mulai 6 Julai 2026 sehingga 3 Disember 2026.

2 Jul 2026 / Siaran Media

PROJEK MENAIK TARAF PENGHADANG JAMBATAN SEDIA ADA DI LEBUHRAYA PLUS

Petaling Jaya, 2 Julai 2026:- Sejajar dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang giat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf penghadang jambatan sedia ada di laluan Simpang Pulai ke Gopeng di KM288.1 dan KM293.3 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan, yang dijalankan sehingga 11 September 2026.

29 Jun 2026 / Siaran Media

PLUS INGATKAN OPERATOR DAN PEMANDU KENDERAAN BERAT PATUHI HAD KETINGGIAN BAGI MENGELAKKAN INSIDEN DI LEBUH RAYA

Petaling Jaya, 29 Jun 2026:– Susulan beberapa insiden yang melibatkan kenderaan berat jenis low loader yang membawa muatan melebihi had ketinggian, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengingatkan semua operator pengangkutan dan pemandu kenderaan berat agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan. Insiden seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan serius kepada infrastruktur lebuh raya, malah turut menjejaskan keselamatan pengguna lain serta mengakibatkan kesesakan trafik yang signifikan.

3 Jun 2026 / Siaran Media

RANCANG PERJALANAN PULANG KE BANDAR DENGAN MYPLUS-TTA SELEPAS CUTI PERAYAAN BERGANDA

Petaling Jaya, 3 Jun 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara di rangkaian lebuh rayanya bersempena pergerakan pulang ke Lembah Klang selepas berakhirnya cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan perayaan berganda. Sehubungan itu, PLUS menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan pulang lebih awal dengan merujuk kepada jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

20 Mei 2026 / Siaran Media

PLUS NASIHAT PENGGUNA RANCANG PERJALANAN LEBIH AWAL SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN DAN PERAYAAN BERGANDA

Petaling Jaya, 20 Mei 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik ke kampung atau bercuti dengan lebih awal, susulan jangkaan peningkatan aliran trafik di seluruh rangkaian lebuh rayanya, termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 22 Mei hingga 7 Jun 2026. Peningkatan trafik ini dijangka berlaku sempena musim cuti berganda merangkumi Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan dan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak serta Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh yang sama.

7 Mei 2026 / Siaran Media

PROJEK PENYURAIAN TRAFIK JURU-SUNGAI DUA SEDANG BERJALAN DENGAN RANCAK

Petaling Jaya, 7 Mei 2026:- Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) terus menunjukkan kemajuan apabila kerja-kerja awalan bagi Pakej 1 telah disiapkan, manakala kerjakerja pengalihan utiliti, geoteknikal dan lain-lain sedang giat dijalankan di tapak projek.

No events currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Adakah anda seorang pengamal media?

Hubungi Pegawai Media kami!

Ketahui berita terkini PLUS Malaysia​

Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.

PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.
PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.