Pusat Media

Hab berita dan pengumuman terkini.

Pilihan

  • Pilihian Mengikut Tahun

Kategori

18 Ogo 2025 / Siaran Media

112 POIN PENGECAS EV KINI BEROPERASI DI LEBUHRAYA PLUS

Petaling Jaya, 18 Ogos 2025 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terus memperkukuh komitmennya terhadap mobiliti rendah karbon menerusi peluasan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Sehingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 112 Poin Pengecas EV kini sedang beroperasi, melebihi sasaran awal PLUS iaitu 100 poin pengecas EV menjelang akhir 2025.

15 Ogo 2025 / Siaran Media

PLUS LAKSANA KERJA PENAMBAHBAIKAN TURAPAN JALAN DI LALUAN MASUK PLAZA TOL BANDAR BARU NILAI UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

Petaling Jaya, 15 Ogos 2025:- Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja penambahbaikan turapan jalan di Plaza Tol Bandar Baru Nilai di KM283.80 di Lebuhraya Utara-Selatan.

13 Ogo 2025 / Siaran Media

PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA ANTARA LALUAN SIMPANG AMPAT – AYER KEROH DI KM211.90 SEHINGGA KM209.90 BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN GANTRI PAPARAN MESEJ ELEKTRONIK

Petaling Jaya, 13 Ogos 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan di laluan antara Simpang Ampat – Ayer Keroh di KM211.90 hingga KM209.90 di Lebuhraya Utara-Selatan pada 13 Ogos hingga 14 Ogos 2025, mulai jam 11:00 malam hingga 6:00 pagi. Ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan gantri paparan mesej elektronik oleh kontraktor pihak ketiga dijalankan di lokasi.

8 Ogo 2025 / Siaran Media

KERJA PENYELENGGARAAN JALAN KONKRIT DI HENTIAN SEBELAH SERDANG (ARAH SELATAN) UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN KEPADA PENGGUNA

Petaling Jaya, 8 Ogos 2025: – Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit secara berperingkat di Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan), KM308.20. Sepanjang tempoh ini, laluan masuk ke hentian sebelah serta kemudahan gerai dan tandas di hentian tersebut turut ditutup sementara secara berperingkat mulai jam 10:00 malam, 11 Ogos 2025 hingga 5:00 pagi, 15 Ogos 2025 selama 5 hari bagi membolehkan kerja naik taraf dilaksanakan dengan lancar.

7 Ogo 2025 / Siaran Media

LANCAR, PELBAGAI LORONG, TANPA HENTI: SISTEM PEMBAYARAN TERBUKA TOL ANPR DI PLUS MENUJU KE ARAH PELAKSANAAN MLFF

Petaling Jaya, 7 Ogos 2024:- Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah meninjau satu inovasi industri lebuh raya untuk melancarkan aliran trafik di plaza tol. Menggunakan sistem pembayaran terbuka tol berasaskan teknologi identifikasi nombor plat automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, rakyat akan menikmati perjalanan yang lebih lancar dengan pilihan pelbagai lorong sedia ada tanpa henti.

6 Ogo 2025 / Siaran Media

KERJA PEMASANGAN STRUKTUR GANTRI PAPARAN IKLAN DI LALUAN ANTARA JALAN DUTA DAN BUKIT LANJAN DI KM25.4 – KM25.7 (KEDUA-DUA ARAH) DI LEBUHRAYA NKVE

Petaling Jaya, 6 Ogos 2025: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan merentasi lebuh raya oleh kontraktor pihak ketiga akan dilaksanakan di laluan antara Jalan Duta dan Bukit Lanjan di KM25.4 hingga KM25.7 (Kedua-dua Arah), di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 7 Ogos hingga 8 Ogos 2025, mulai jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi.

No events currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Gallery Albums

Gallery Albums

Chinese New Year 2023
Deepavali 2023
Jamuan Raya 2023
International Women's Day 2023

No albums currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Adakah anda seorang pengamal media?

Hubungi Pegawai Media kami!

Ketahui berita terkini PLUS Malaysia​

Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.

PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.
PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.