Pilihan
Kategori
- 
                                                            Siaran Media
 - Berita/Acara
 - Galeri
 
PENGAKTIFAN LENCONGAN JALAN DI LALUAN ANTARA PERSIMPANGAN BERTINGKAT BUKIT GAMBIR-TANGKAK DI KM166.79 – KM168.26 (KEDUA-DUA ARAH) DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN UNTUK KERJA PEMBINAAN JAMBATAN
Petaling Jaya, 1 Ogos 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa lencongan jalan akan diaktifkan secara berperingkat di laluan antara Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir – Tangkak di KM166.79 hingga KM168.26 (Kedua-dua Arah) di Lebuhraya Utara- Selatan mulai 5 Ogos hingga 30 Disember 2025.
PLUS DAN UEM LESTRA MEMETERAI MoU UNTUK MENEROKA PROJEK SOLAR BERSKALA BESAR
Petaling Jaya, 31 Julai 2025 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), yang merupakan anak syarikat kepada UEM Group Berhad (UEM Group), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka secara bersama pelaksanaan projek solar berskala besar (Large Scale Solar – LSS), bermula dengan pembangunan ladang solar di tanah milik PLUS di Ayer Keroh, Melaka.
PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI LALUAN BANDAR SAUJANA PUTRA – PUTRAJAYA DI LEBUHRAYA ELITE UNTUK KERJA PELANCARAN RASUK JAMBATAN
Petaling Jaya, 24 Julai 2024:- Bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan di antara laluan Bandar Saujana Putra – Putrajaya di KM18.0 hingga KM19.5 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 28 Julai hingga 1 Ogos 2025, mulai jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi bagi melaksanakan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan oleh kontraktor pihak ketiga.
LATIHAN SIMULASI KECEMASAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA: PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI ANTARA KOMPLEKS BANGUNAN KASTAM, SINGAPURA KE KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, MALAYSIA DI LEBUHRAYA LINKEDUA
Petaling Jaya, 22 Julai 2025 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan di antara Kompleks Bangunan Kastam, Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia di KM-1.70 hingga di KM-0.6 (Arah Utara) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada 23 Julai 2025 (Rabu), mulai jam 4:00 pagi hingga 2:00 petang.
PENUTUPAN LALUAN SMART LANE DARI KULAI KE SEDENAK (KM26.7 HINGGA KM33.7 ARAH UTARA) DI LEBUHRAYA PLUS BAGI KERJA-KERJA PENAMBAHAN LORONG
Petaling Jaya, 19 Julai 2025 – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi menambah baik infrastruktur lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smart Lane dari Kulai ke Sedenak di KM26.7 hingga KM33.7 (Arah Utara) bermula 21 Julai 2025. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahan lorong di kawasan tersebut.
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DI LEBUHRAYA NKVE & ELITE
Petaling Jaya, 19 Julai 2025:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melalui kontraktor pihak ketiga akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.
No events currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Gallery Albums
Gallery Albums
No albums currently available
Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.
Ketahui berita terkini PLUS Malaysia
Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.