Pusat Media

Hab berita dan pengumuman terkini.

Pilihan

  • Pilihian Mengikut Tahun

Kategori

9 Feb 2026 / Siaran Media

PLUS SIAP SEDIA HADAPI PENINGKATAN TRAFIK SEHINGGA 2.2 JUTA SEMPENA MUSIM PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

Petaling Jaya, 9 Februari 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada Hari-hari Puncak di rangkaian lebuh rayanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Ini merupakan peningkatan hampir 16 peratus pada hari-hari biasa di rangkaian Lebuhraya PLUS. Jangkaan Hari-hari Puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 12, 13 dan 14 Februari 2026 bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang serta 20, 21 dan 22 Februari 2026 bagi perjalanan kembali semula ke ibu kota.

6 Feb 2026 / Siaran Media

MANFAATKAN MyPLUS-TTA BAGI MERANCANG PERJALANAN BERIKUTAN UNJURAN TRAFIK TINGGI SEMPENA CUTI TAHUN BAHARU CINA & MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Petaling Jaya, 6 Februari 2026:– Berikutan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan pada minggu yang sama dengan ketibaan bulan Ramadan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan khususnya di beberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

6 Feb 2026 / Siaran Media

LENCONGAN JALAN UNTUK KERJA PEMASANGAN RASUK JAMBATAN DI PROJEK PEMBINAAN LORONG TAMBAHAN LEBUHRAYA UTARA- SELATAN DARI YONG PENG (UTARA) KE SENAI (UTARA)

Petaling Jaya, 6 Februari 2026:- Pada ketika ini, Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) sedang giat dijalankan dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna pada masa yang akan datang. Kerja-kerja pelebaran ini turut membabitkan jambatan-jambatan yang merentangi kawasan lebuh raya di laluan Kulai-Sedenak.

20 Jan 2026 / Siaran Media

KERJA PENYELENGGARAAN TALIAN ATAS ELEKTRIK DI LALUAN ANTARA SUNGAI BUAYA DAN RAWANG DI KM443.2 (ARAH SELATAN) MERENTASI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Petaling Jaya, 20 Januari 2026:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan talian atas elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dijalankan di laluan antara Sungai Buaya dan Rawang di KM443.2 (Arah Selatan) merentasi Lebuhraya Utara-Selatan pada 21 Januari (Rabu) sehingga 23 Januari 2026 (Jumaat), mulai jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang setiap hari dalam tempoh tersebut.

17 Jan 2026 / Siaran Media

HARI KOMUNITI MYPLUS BERI MANFAAT KEPADA 138,255 KOMUNITI SEPANJANG LEBUH RAYA
– Inisiatif CSR Diperluas Dengan Penglibatan 5 Sekolah Angkat MADANI

Klang, 17 Januari 2026: Dengan tema “Memperkasa Komuniti Selamat dan Lestari”, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hari Komuniti MyPLUS bagi edisi tahun ke-9 telah memberi manfaat kepada 138,255 ahli komuniti secara keseluruhan di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sejak program ini dianjurkan pada tahun 2013.

9 Jan 2026 / Siaran Media

PLUS RINTIS PROJEK SISTEM PEMBAYARAN TOL TERBUKA ANPR PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KEBEBASAN LORONG DI HUTAN KAMPUNG–SUNGAI DUA

Petaling Jaya, 9 Januari 2026: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kini bebas menikmati ”kebebasan lorong” menerusi Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan projek rintis bagi kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua. Inisiatif ini menandakan satu pencapaian penting dan langkah awal pertama ke arah pelaksanaan sistem ”Multi Lane Free Flow” (MLFF) di lebuh raya Malaysia.

No events currently available

Keep an eye out for updates to stay up-to-date on everything happening at PLUS Malaysia.

Adakah anda seorang pengamal media?

Hubungi Pegawai Media kami!

Ketahui berita terkini PLUS Malaysia​

Lihat manfaat pekerja kami, pelajari tentang komitmen etika kami dan dapatkan akses ke berita dan kemas kini terbaharu kami.

PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.
PLUS Malaysia Berhad
Pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia yang memacu Pembangunan negara
Warga MyPLUS
Kenali pasukan kami sentiasa komited dalam memastikan keselamatan anda terjaga.
Menginstitusikan Tadbir Urus Yang Baik
Polisi, rangka kerja dan kod yang menerangkan komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik.